Menginap 3h2m Di Bertam Resort Penang
Assalamualaikum WBT

NAMPAKNYA mulai hujung minggu ini, PI akan mula sibuk dengan tugasan hakiki. Musim bola juga akan bermula pada bulan Ogos depan. PI kata, sebelum dia sibuk, jom pergi Penang. Sk kata, boleh.. tapi tak mahu pergi masa cuti sekolah atau cuti weekend. Kalau nak pergi, kena pergi weekdays dan ambil cuti. Eh, betul-betul eh dia sanggup ambil cuti. PI punya baki AL banyak lagi, takpe la.. Sk ni ngam ngam ho jer tinggal
Kalau selalunya Sk suruh PI jer yang pilih hotel, kali ni Sk demand nak menginap di Bertam Resort Penang. Sebabnya terpengaruh dengan beberapa pempengaruh dan artis yang datang menginap di sini, laa, hahaha. Katanya ada kolam renang dalam bilik dan siap dihidangkan sarapan terapung dalam kolam. Boleh sarapan sambil menyelam berendam la konon, hahaha. Sementara tunggu PI letak kereta, kita berangan la kat lobi dia yang terpaling cantik pernah Sk kunjungi
Bertam Resort Penang ni terletak tidak jauh dari Plaza Tol Bertam/ Kepala Batas. Dari plaza tol, belok kiri, tak sampai 5 minit, sampailah ke BRP. Ia juga bersebelahan dengan Bertam Souk & Water Park yang telah wujud lebih awal. Nak cari makan pun senang
Senibinanya diinspirasi gaya Morocco. Kolam renangnya besar dan cantik sangat dengan tempat rehat yang banyak. Tapi tak tahulah ya, SK pergi ni weekdays, memang tak penuh sangat kolamnya, kalau weekend mungkin ramai. Sebetulnya, masa Sk pergi ni ramai jugak tetamu menginap
Tapi tu la.... kita belum mampu lagi wak nak menginap kat bilik yang ada kolam, huhu. Dapat bilik mengadap kolam ni pun dah syukur sangat, rezeki Allah swt bagi. Bilik-bilik penginapan di BRP ni ada tersedia dengan balkoni dan tanpa balkoni dengan pemandangan kolam atau taman atau bandar

Aras paling tinggi kat sini tak silap sampai tingkat 5 sahaja. Kami menginap di aras 3

Bilik luas, selesa dan dinginnn

Katil dia tinggi. Cantik jugak bila warna biru tua dijadikan warna latar belakang katil dengan hiasan lampu tu. Simple jer dia buat, kreatif tapi lawa

PI kata, kalau Iman ikut, ni tempat tidur dia, hahahaha. Kalau anak kecik lagi pun SK tak sampai hati nak suruh tidur sini tau. Nantilah kita datang lagi tengok ada tak bilik connecting. Dekat jer BRP ni dengan Kuala Ketil, dalam setengah jam

Sk rasalah kan.. kalau guna filem roll, mesti dah habis satu gulung filem Sk ambil gambar, hahaha

Mini bar untuk mengupi dan mengeteh. Disebabkan rasa sayang nak meninggalkan bilik, tak terkira berapa kali dah Sk bancuh teh dan kopi

Soft drinks dan coklat M&M percuma. Air tu, PI dah bedal satu, tu dalam gambar tinggal satu. Esoknya housekeeping tambah lagi ikut bilangan hari kita menginap, la. Kalau nak lebih, tu kena extra caj

Jajan kekacang pun diberi percuma cuma esoknya tu dia lupa nak letak yang baru kot.

Seterika wap dan papan penggosok disediakan. Kali ni Sk yakin nak guna seterika sebab jenama tefal, lagipun memnag bawa tudung bawal kenalah gosok supaya tak nampak renyuk dan selekeh. Karang orang ingat, nenek kebayan mana pulak duduk kat BRP ni, hahaha. Sejadah juga disediakan untuk tetamu muslim

Dinding kaca lut sinar memisahkan antara kamar tidur dengan bilik mandi. Ada bidai elektronik kalau perlukan privacy. Aaaa.. langsir dia pun guna tenaga elektrik untuk dibuka tau tapi Sk tak la ambil video.

Ampun ya wakkk WP, kali ni banyak gambar bilik air sebab nak kena tunjuk jugak ni kat pembaca. Manalah tahu ada yang tengah cari tempat healing kat Penang, kan.. boleh menginap kat sini. Nak pergi pulau pun tak jauh, dalam 40 - 50 minit sahajo

Selain bath tub, ada juga ruang pancuran berasingan dan ada pintu masing-masing. Tekanan air pun laju dengan sistem pemanasan yang baik

Kelengkapan mandian. Selain tuala badan, juga disediakan tuala muka dan tuala rambut

Bath Gel dan Shampoo ni ada dalam bekas mini macam ni dan juga disediakan dalam botol besar juga

Dari balkoni boleh nampak lobi. Meriah jugak walaupun weekdays sebab ada event mungkin dari syarikat perkilangan sekitar Penang. Memasing bukan main bergaya ikut tema, tak silap mungkin temanya pakaian tradisional Asia, sebab nampak ada yang pakai tradisional Siam

Oh, dari Kuala Ketil nak ke hotel, nampak ada gerai pulut udang, kita belilah empat batang, sebatang seringgit, murahhh! Bancuh teh o panas, minum kat balkoni
Cerita esoknya.... pergi sarapan.

Pakej penginapan kami termasuk sarapan untuk dua orang. Ni pemandangan dari restoran nak pergi sarapan. Bolehlah kalau nak duduk luar tapi kami pilih sarapan di dalam ruang yang berhawa dingin

Tak perlu risau kalau ramai sebab banyak meja disediakan. Ruang makan pun banyak, ada yang privacy

Ni pinggan PI, macam biasalah, nasi lemak is must. Sk buatkan PI cappucino

Sk macam biasalah, American Breakfast dulu

Paling love dengan dia punya pinggan.. mangkuk.. dan cawan kopi dia terpalinggggg cantik ya

Terpaksa buat lagi latte sebab waiter dia boleh kemas meja kitorang masa kami bangun ambil makanan. Aaa.. memang pantas dorang ni angkat pinggan bila kita selesai makan ya. Takdelah tinggal bertingkek-tingkek

PI ni pantang la jumpa buffet ada roti canai. Roti dia lembut dengan kari ayam sedap

Telur separuh masak is wajib jugaklah untuk PI

Sk makan lempeng dan roti jala cicah kari ayam pulak

Serabai pun ada ya. Ni kuih tradisi orang utara, kan. Sedap serabai, kuahnya pun sedap. Kalau depa buat kuah durian mesti lagi sedap. Mahu bersambung-sambung makan serabai, hihi

Dia punya breakfast, memang another level ya. Dari menu international serta local food yang meliputi masakan melayu, india dan cina, ada juga masakan Jepun iaitu Mi Miso tak silap nama dia. Cuma Sk tak berani nak cuba la sebab dia cold soup

Sk dah cakap dengan PI, duduk hotel tak boleh diet-diet. Rugi! Lagilah bila kita disajikan menu yang bukan biashe-biashe

Tapi, sebenarnya rasa rugi sebab tak ada baju renang. Dah lama Sk tak ada baju renang, last pakai rasanya masa pergi Bali, kot.. lepas tu dah gems, dah tak muat. Lepas tu tak beli baru dah

Boleh jer nak lepaks sini kalau tak nak berenang pun kan. Tapi tu laaa, dah remaja purba ni lagi suka melepak dalam bilik

Terlalu indah ya hotel ni. Memang kalau nak balik kampung lagi, duduk sini ajelah sebab lagi dekat dari Sungai Petani. (Ko ingat laki ko cop duit ke, Sk???)

Malam tu kami makan di Acocafe dekat kawasan situ jugak, tapi nanti Sk cerita. Dalam gambar ni, kami tapau burger masa malam last menginap di sini

Lepas tu Sk buat Maggi, hihihi

Masa first day sarapan tu, dah nak keluar cafe, dah kenyang, baru nampak stall apom ni, hahahaha

Jadi, hari kedua, belum apa-apa, PI terus ambil apom. Apom ni disediakan kuah kari kosong

Kena rajin pusing-pusing, ada kari ayam dan kari sayuran jugak tau.

PI kirim salam jer dengan nasi lemak, hahaha

Sk makan Spaghetti Carbonara. PI tengah nak makan apom yang kedua tu ya

Kali ni nak ambil latte kemudian sebab nak minum panas-panas

Selain dishes, cutlery dia pun lawa

Sk makan Mee Sup, ada sambal kicap ala Johor

Kan Sk cakap, tak nak diet. Ambil lempeng lagi, roti jala dan kari ayam. Ambil sekali kuey teow goreng dan popiah sayur. Jagung, wedges dan sosej tu dari buffet english breakfast

Last sekali, ambil Americano, tak jadi ambil latte. Seksi kan, cup dia

Teringat belum makan apom. Tapi kat stall apom, dia tak letak susu dengan gula merah

Nasib baiklah otak Sk ni geliga macam batu cincin, kan. Sk ambil susu dan tuang atas apom, tabur brown sugar sebungkus. Kalau PI pembuka selera dia dengan apom, Sk pulak dessert dengan apom, hihi. Lepas tu balik bilik, caj bateri dulu sampai penuh (zzzzz) sebelum balik Johor, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/06/menginap-3h2m-di-bertam-resort-penang.html