10 Resort Murah Di Terengganu 2025 Harga Bawah Rm300


Resort Murah di Terengganu 2025 – Harga bawah RM300
Sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik di Malaysia, Terengganu menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang memenuhi keperluan bajet setiap jenis pelancong.
Daripada hotel bertaraf lima bintang yang mewah hinggalah penginapan selesa dan mesra poket. 
Jadi, sekiranya anda sedang merancang percutian ke Terengganu dan mencari penginapan resort murah di Terengganu, anda boleh rujuk perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Pasar Payang Terengganu – Tarikan Utama & Waktu Operasi
Senarai Resort Murah di Terengganu – Bawah RM250 1. Bidong View Resort Bidong View Resort cukup dikenali sebagai antara resort bajet terbaik di Terengganu dengan pemandangan laut yang memukau. 
Resort ini terletak hanya 5 minit dari Jeti Merang. Jadi kalau anda bercadang hendak ke Pulau Bidong atau Pulau Redang, menginap di sini adalah pilihan yang ideal. 
Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun solo. Terdapat juga ruang santai di luar bilik seperti wakaf dan tempat duduk menghadap laut. 
Bagi pengunjung yang gemar aktiviti luar, pihak resort turut menyediakan pakej lawatan ke pulau serta aktiviti snorkeling dengan kadar yang berpatutan. 
Harga: Sekitar RM150 – RM220 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, Wi-Fi, restoran, tempat letak kereta percuma, pakej lawatan ke pulau Kelebihan: Terdapat kolam air kanak-kanak, terletak berhadapan pantai, bilik luas dan lengkap. Suasananya sangat mesra kanak-kanak dan keluarga.   KLOOK 2. Tijami Villa & Resort Tijami Villa & Resort juga salah satu pilihan resort murah di Terengganu yang menawakan suasana privasi dan tenang. 
Resort ini terletak di Kampung Baru Merang, lebih kurang beberapa minit dari pantai dan Jeti Merang. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang merancang ke Pulau Redang atau Pulau Lang Tengah.
Penginapan di sini berkonsepkan villa moden yang cukup selesa dilengkapi pelbagai kemudahan. Bukan itu sahaja, Tijami Villa turut menyediakan persekitaran mesra kanak-kanak. 
Harga: Sekitar RM180 – RM230 semalam Kemudahan: Villa berhawa dingin, kolam renang, taman, Wifi, sewaan basikal Kelebihan: Terdapat beberapa unit menawarkan pemandangan sawah dan suasana kampung yang asli.  KLOOK 3. Sutra Beach Resort Sutra Beach Resort terletak di pesisir Pantai Rhu Tapai. Ini memberikan akses terus ke pantai tanpa perlu berjalan jauh. 
Antara tarikan utama Sutra Beach Resort ialah kolam renang infiniti yang menghadap laut, restoran yang menawarkan hidangan tempatan dan barat, serta ruang santai terbuka untuk menikmati angin laut. 
Unit penginapan di sini disediakan dalam bentuk chalet yang disusun rapi mengikut barisan pantai, lengkap dengan balkoni peribadi untuk menyaksikan matahari terbenam.
Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti, anda boleh pilih pakej lawatan yang termasuk aktiviti seperti snorkeling, berkayak dan lawatan ke pulau termasuk Pulau Redang.
Harga: Sekitar RM200 – RM250 semalam Kemudahan: Kolam renang, restoran, Wi-Fi, akses pantai, tempat letak kereta percuma Kelebihan: Akses terus ke kawasan pantai. KLOOK 4. Pandan Laut Beach Resort Pandan Laut Beach Resort juga menawarkan pengalaman penginapan dengan suasana kampung di tepi pantai. Resort ini terletak berhampiran Pantai Pandan Laut. 
Penginapan di resort ini berbentuk chalet yang ringkas tetapi selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. 
Terdapat kawasan BBQ dan wakaf untuk tetamu berkelah atau melepak bersama keluarga. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti memancing, berkelah dan berjalan di pesisir pantai. 
Harga: Sekitar RM120 – RM200 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kawasan BBQ, taman permainan, tempat letak kereta percuma, akses pantai Kelebihan: Akses terus ke kawasan pantai, suasana kampung yang tenang.  AGODA 5. Coral View Island Resort Coral View Island Resort merupakan antara resort murah di Terengganu yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati percutian tanpa berbelanja besar untuk penginapan. 
Resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik, dari chalet kayu tradisional hingga bilik moden. Semuanya lengkap dengan kemudahan asas serta pemandangan taman atau laut. 
Lokasinya yang strategik membolehkan tetamu berjalan kaki ke pantai, pusat menyelam serta restoran tempatan.
Coral View Island Resort juga menyediakan pakej snorkeling dan lawatan pulau dengan harga berpatutan. 
Harga: Sekitar RM180 – RM250 semalam Kemudahan: Chalet berhawa dingin, restoran, Wi-Fi di kawasan awam, pakej snorkeling, akses pantai Kelebihan: Akses mudah ke lokasi snorkeling.  KLOOK 6. BB Durio Chalet BB Durio Chalet terletak sekitar 12 km dari Muzium Negeri Terengganu. Ia boleh diakses dari Kuala Nerus serta Kuala Terengganu dengan mudah. 
Chalet ini terkenal sebagai resort pilihan yang menawarkan suasana damai dan sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 
Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan asas dan sangat selesa. Resort ini juga mempunyai kolam renang, ruang taman dan teres serta tempat meletak kenderaan percuma. 
Lokasinya yang strategik juga memudahkan pengunjung ke tempat menarik seperti Pantai Batu Buruk, Pulau Redang Marine Park, dan Pasar Payang.
Harga: Sekitar RM90 – RM150 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, taman, tempat letak kereta percuma, balkoni peribadi Kelebihan: Hanya 15–20 minit dari pusat bandar Kuala Terengganu dan tempat menarik seperti Muzium Negeri dan Pasar Payang. BOOKING.COM 7. Intan Beach Resort Intan Beach Resort juga antara pilihan penginapan yang popular bagi mereka yang ingin menikmati suasana pantai dengan bajet rendah. 
Lokasinya yang strategik membolehkan anda berjalan kaki ke pelbagai restoran makanan laut, medan selera, dan tarikan utama di sekitar Pantai Batu Burok.
Harga: Sekitar RM120 – RM180 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, Wi-Fi percuma, tempat letak kereta, akses pantai Kelebihan: Lokasi strategik tepi pantai serta hanya 15–20 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Masjid Kristal  AGODA 8. Terengganu Equestrian Resort Terengganu Equestrian Resort atau dikenali sebagai Paddock Inn menawarkan pengalaman penginapan bajet yang lengkap dengan aktiviti menarik.
Antaranya ialah  menunggang kuda, mandi-manda di kolam renang luar, bermain bowling, squash, ping-pong dan aktiviti memanah. 
Lokasinya sangat strategik, hanya sekitar 10 minit pemanduan ke Masjid Kristal dan Pasar Payang, serta mudah diakses ke pelbagai tarikan utama di Kuala Terengganu seperti Muzium Negeri Terengganu dan Floating Mosque. 
Resort ini juga terletak kira-kira 15 minit dari Jeti Shahbandar dan Marang. Ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin ke pulau-pulau sekitar Terengganu.
Harga: Sekitar RM150 – RM220 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, restoran, taman permainan, aktiviti berkuda Kelebihan: Pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga dan kumpulan, lokasi strategik berhampiran tarikan utama. KLOOK 9. Batu Burok Beach Resort Batu Burok Beach Resort menawarkan pemandangan laut memukau dan akses terus ke pantai. 
Lokasi resort yang strategik membolehkan tetamu berjalan kaki ke pantai untuk aktiviti mandi-manda, berjoging, atau sekadar bersiar-siar menikmati pemandangan matahari terbenam. 
Kawasan sekitar juga kaya dengan pilihan makanan laut segar dan kedai-kedai tempatan yang menarik untuk diterokai.
Selain penginapan yang selesa, Batu Burok Beach Resort turut menyediakan kemudahan kolam renang, restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, serta ruang santai untuk tetamu berehat sambil menikmati angin laut. 
Harga: Sekitar RM130 – RM200 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, restoran, Wi-Fi percuma, akses pantai Kelebihan: Akses terus ke pantai, dekat dengan pusat bandar Kuala Terengganu dan tempat tarikan.  BOOKING.COM 10. Gading Chalet Gading Chalet merupakan pilihan penginapan bajet yang terletak di kawasan kampung berhampiran pantai di Terengganu. 
Chalet ini juga mesra kanak-kanak dan dilengkapi kawasan dapur berkongsi, dart, mini‑golf dan ruang santai berbumbung. 
Keunikan Gading Chalet terletak pada persekitarannya yang dikelilingi kehijauan, jauh dari kesibukan bandar. Ini menjadikannya lokasi ideal untuk berehat dan melarikan diri dari rutin harian.
Harga: Sekitar RM90 – RM150 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, tempat letak kereta percuma, ruang santai luar Kelebihan: Kolam renang depan pintu, hanya 4 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dand dekat dengan tempat tarikan. KLOOK 11. Bukit Keluang Beach Resort Bukit Keluang Beach Resort terletak berhampiran Pantai Bukit Keluang. Antara tarikan utama ialah kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan akses mudah ke pantai untuk aktiviti mandi-manda atau berkelah.
Lokasinya juga sangat strategik, berhampiran tarikan utama seperti Bukit Keluang Trail Head, Pantai Bukit Keluang dan laluan berjalan kaki pesisir pantai yang popular untuk aktiviti riadah dan fotografi.
Harga: Sekitar RM180 – RM230 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, kolam renang, restoran, taman permainan, akses pantai Kelebihan: Lokasi strategik dekat pantai & laluan hiking, suasana tenang, kemudahan lengkap untuk keluarga & kumpulan, harga bajet. AGODA 12. Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant juga pilihan resort murah di Terengganu yang anda boleh pertimbangkan. 
Resort ini menawarkan pengalaman penginapan bajet di tepi pantai Kijal yang terkenal dengan keindahan pasir putih dan suasana damai. 
Lokasinya yang strategik hanya sekitar 30 minit pemanduan dari Cherating, sejam dari Air Terjun Chemerong, dan tiga jam dari Kuala Lumpur, menjadikannya pilihan ideal untuk percutian keluarga atau pasangan yang mahukan ketenangan di tepi pantai. 
Salah satu tarikan utama resort ini ialah restorannya yang menawarkan hidangan autentik Arab dan tempatan, menjadikan pengalaman makan di sini lebih istimewa.
Harga: Sekitar RM150 – RM220 semalam Kemudahan: Bilik berhawa dingin, restoran, akses pantai, ruang BBQ, tempat letak kereta percuma Kelebihan: Suasana tenang dan privasi, pemandangan pantai yang indah, restoran autentik Arab, kemudahan mesra keluarga, lokasi strategik berhampiran tarikan utama Kijal KLOOK –
Jadi, tunggu apa lagi? Rancang percutian bajet anda ke Terengganu sekarang dan nikmati penginapan hebat tanpa perlu berbelanja besar!
NOTA: Harga setiap resort adalah bergantung pada jenis bilik dan juga musim. Sila rujuk laman web resort masing-masing untuk harga terkini dan sebarang pertanyaan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/resort-murah-di-terengganu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=resort-murah-di-terengganu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 252 hits
WindMill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025 WindMill Fun Park satu lagi taman tema di Malaysia yang patut masuk ke dalam senarai ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan menarik terma...
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 256 hits
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga Musim durian kembali lagi Bagi peminat durian inilah masa yang ditunggu tunggu Segamat Johor sangat terkenal sebagai salah satu port durian di Malaysia yang cukup popular Jadi jika anda seda...
Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 237 hits
Senarai iPhone Murah di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025 Mencari iPhone murah di Malaysia bukan lagi perkara yang mustahil Dengan pelbagai platform e dagang yang tersedia pengguna kini boleh mendapatkan iPhone berkualit...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 248 hits
Mencari hotel murah Kuala Lumpur dengan bajet bawah RM100 semalam Anda berada di tempat yang tepat Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal sebagai pusat bandar yang moden dan meriah tetapi juga menawarkan pelbagai pilihan penginapan bajet yang s...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 209 hits
USD JPY Selasa 01 Julai 2025 Walaupun potensi USD JPY masih menunjukkan kelemahan terdapat potensi USD JPY mengukuh sementara untuk menguji tahap PIVOT sebagai Rintangan disebabkan harga komoditi Getah dan Minyak Mentah yang masih berubah u...
Seramai 128 Pemain Berentap Di Villea Rompin Resort Golf Rebut Gelaran Juara Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025

Seramai 128 Pemain Berentap Di Villea Rompin Resort Golf Rebut Gelaran Juara Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 202 hits
KUANTAN Seramai 128 pemain dari seluruh Pahang memeriahkan pusingan kedua Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 di Villea Rompin Resort Golf kejohanan golf diraja yang dinanti nantikan sempena sambutan ulang tahun ke 66 Kebawah Duli Yang Mah...
Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 19 22 Jun 2025 Jual Di Bawah 1 1535

Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 19 22 Jun 2025 Jual Di Bawah 1 1535

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 232 hits
EUR USD didagangkan sekitar 1 1474 di bawah SMA 21 bulan di bawah tekanan menurun menunjukkan pemulihan sedikit tetapi menunjukkan penurunan yang lebih rendah dalam jangka pendek Tinjauan kekal negatif untuk euro kerana kenaikan harga minya...
Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Julai Hingga 9 Julai 2025

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Julai Hingga 9 Julai 2025

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 156 hits
Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 3 sen kepada RM3 18 seliter dan harga runcit diesel di Semen
Talula Hill Farm Resort Kluang Panduan Lengkap 2025

Talula Hill Farm Resort Kluang Panduan Lengkap 2025

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 176 hits
Talula Hill Farm Resort Kluang adalah salah satu pilihan penginapan terbaik di Malaysia yang menawarkan ketenangan alam semula jadi suasana mesra keluarga serta kemudahan yang serba serbi moden Resort ini menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Siapakah Keutamaan Kita Untuk Bersedekah

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Tenang Ada Allah

Rini Evelna Jinak Burung Achang Chord