Mengenali Kelicitan Annuar Musa


CERMIN HIKMAT 

Annuar jangan
perkecilkan politiknya.
WALAUPUN sudah lebih lapan bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk tetapi ia masih belum menunjukkan kestabilan dan menenangkan semua orang. 
Pergolakan dan "soksek-soksek" yang kedengaran menjadikan ramai orang gundah gulana. Salah seorang yang begitu jelas keresahannya dengan kerajaan PN ialah seorang anggota jemaah kabinetnya yang juga ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa. 


Sejak sebermula kerajaan PH diwujudkan Annuar telah menunjukkan sikap berbagai-bagainya (chameleon) sekaligus membayangkan dia tidak ketentuan. 
Tanpa bersembunyi juga beliau mendoakan agar kerajaan PH tidak kekal lama. Beliau pernah membuat ramalan kerajaan PH akan jatuh. Beliau jadi sasau apabila Umno hilang tampuk pemerintahan. Keterkejutan membuatkan jiwanya sakit, pedih dan berdendam.
Dalam Parlimen beliau menjadi macam burung Merak menari-nari untuk menunjukkan kecantikan mempamerkan bulu emasnya di hadapan OT95 - Dr Mahathir Mohamad. Secara tersembunyi persis beliau cuba memancing hati OT95 dengan tujuan dan muslihat tertentu. 
Beliau memuji dan tidak banyak mengkritik OT95 seperti ahli Parlimen Umno yang lain. Tetapi OT95 tidak mudah terpancing dengan nyanyian dan kiraian bulunya yang megah dan hebat itu kerana OT95 sudah ada pengalaman dengannya.
Tidak kenang budi.
OT95 adalah orang yang bertanggungjawab meletak Annuar atas "par" keemasan dalam politik apabila dilantik buat pertama kali jadi menteri. Pada tahun 1990, apabila kalah ditangan Mohamad Sabu di Parlimen Kubang Kerian beliau dilantik menjadi Senator kemudian dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan (1990 - 1993). 
Apabila menang kembali tahun 1995 di kerusi Parlimen Kubang Kerian mengalahkan Cikgu Rafie daripada S46 beliau dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar (1995 - 1999). 
Pelantikan itu sebagai balasan atas keberanian dan ketergamakannya meninggalkan orang bertanggungjawab membawanya ke gelanggang siasah yakni Tengku Razaleigh Hamzah demi menyokong OT95 dalam tahun 1987. 
Tengku Razaleigh lah guru yang mengajar dia bertatih dalam politik dengan mengambil menjadi calon di DUN Peringkat tahun 1986. 
Apa yang berlaku ke atas Tengku Razaleigh itu bererti Annuar bukan seorang tahu mengenang budi. Dia pernah "lerak" Tengku Razaleigh dan lupa kepada jasa dan budi besar OT95. 
Justeru apabila beliau tidak bersama OT95, ia tidak menghairankan kerana politiknya mencari naungan dan bayangan perteduhan. Beliau tidak ada kesetiaan kepada OT95 jauh sekali untuk mengenang budinya. 
Seiras pandang Annuar seorang berprinsip dan menjadikan Umno sebagai nadi perjuangannya dan dia seperti tidak akan berkompromi dengan peribadi sesiapa pun, tetapi itu sangkaan semata-mata.Sangkaan yang terkhilaf.
Beliau boleh dan sanggup meninggalkan orang mendidik dan membantunya begitu sahaja bila ia merasakan orang itu sudah tidak berguna lagi buatnya lagi. Annuar hanya menjadikan mereka mendidik, membimbingnya sebagai titian sahaja, selepas menyemberangi jambatan titi itu dilupakan. Mengenai sikap dan perangai Annuar ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mendekatinya baik tujuan untuk membantunya atau atas permintaannya. Annuar seorang yang mudah lupa rumput di bumi tatkala ternampak cendeni di awan. Cendeni tu gak bulanlah.
Saya ada pengalaman dengan beliau macam mana beliau sanggup melakukan apa sahaja apabila terdesak. Tahun 2004 apabila Umno yang diketuainya gagal untuk tawan Kelantan dan kebetulan Pas menang dengan dua kerusi sahaja, beliau menghubungi saya agar kecek Allahyarham Nik Abdul  Aziz agar tubuh kerajaan bersama Umno. 
Saya menyampaikan permintaanya itu kepada Tok guru, malangnya Tok guru menolaknya hidup-hidup atas atasan tidak boleh berkawan dengan Umno kerana parti itu pernah mengkhianati Pas. Kisah ini ada saya rakam dalam buku saya;  "Pilihan Raya Umum Ke-11 SUATU TRAGEDI." Terbitan 2004. (Sesiapa bverhajat untuk memiliki buku ini sila WhatsApp ke No 016 8443996).
Berbalik kepada cerita asal tadi, apabila Dr Mahathir tidak terpesona dengan tarian meraknya di Parlimen, untuk mengecek OT95 kembali kepada Umno, maka beliau bersekongkol dengan pemimpin Umno lain nekad mendesak supaya Parlimen dibubarkan. Setelah terangkaiannya Umno dengan Pas dalam MN beliau yakin kalau Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan, Umno akan kembali berkuasa semula dengan bantuan Pas. 
Sebab itu apabila OT95 telah tersilap langkah meletak jawatan, 25 Februari 2020 beliau adalah antara individu yang bersungguh mahukan parlimen dibubarkan. Beliau telah mengeluarkan kenyataan bersama Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan mendesak parlimen dibubarkan. Kerana itulah apabila para ahli Parlimen Umno dan Pas dipanggil mengadap Agong untuk mengetahui kedudukan, Umno mahukan parlimen dibubar bukan melantik perdana menteri baru. 
Bagaimana pun pelan asal itu bertukar di tengah jalan, apabila Muhyiddin Yassin mendapat nombor dengan sokongan Umno dan Pas. Perubahan sikap inilah memberi gambaran kelicitan dan stail politik Annuar.
Ohya sebelum itu dia juga telah cuba mengambil kesempatan menunjukkan kehebatan apabila dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno. Masalah dihadapi Zahid Hamidi sehingga presiden Umno sehingga terpaksa bercuti dari jawatannya digunakan sebaik mungkin olehnya untuk mempopularkan diri. 
Dengan jawatan itu Annuar mengambil peluang menonjolkan dirinya dengan mengeluarkan idea-idea yang boleh membina semula Umno yang telah ranap itu. Diam-diam dia cuba "merukah" belakang Zahid Hamidi yang pernah cuba dirukahnya semasa zaman Pemuda dalu tetapi gagal. Kesedaran gerak laku itulah menyebabkan Zahid memecatnya sebagai Setiausaha Agung Umno diganti oleh Ahmad Maslan.
Namun, tembelang dan nawaitu sebenarnya kian terdedah apabila kerajaan PH ditumbangkan. Annuar telah mengubah kiblat usahanya ke arah bertentangan, daripada meminta parlimen dibubarkan kepada menyokong pengkhianatan kudeta kerajaan PH. Ironisnya dia pula menjadi baji dan tongkat bagi menguat dan menongkat Muhyiddin. Kejatuhan kerajaan PH itu juga dijajanya sebagai ia adalah usahanya?
Sebenarnya yang menjadi kapak menebang pohon bernama PH ialah Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin. Mereka bertindak sebagai hulu kapak untuk menebang pokok daripada batang yang sama.  Annuar Musa bersama yang lain, termasuk Takiyuddin Hassan hanya tukang tarik atau tolak sahaja. Tetapi setelah kerajaan PH tumbang, atau pokok bernama PH tumbang Annuar dan Takiyuddin yang menghingguk-hingguk batang itu macam beruk mengakui sebagai itulah jasa mereka. 
Stail politik. 
Sudah jadi stail politik Annuar, apabila PH jatuh dan tertubuhnya kerajaan PN, beliau perlahan-lahan memainkan peranannya dan cuba mula menjadi Kancil yang berak atas pusu. Bila ada pertemuan beliau bijak menyelitkan tubuhnya untuk berada di barisan hadapan. Pelantikannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dipercaya jauh daripada menyenangkannya, tetapi diterima dengan baik. Annuar tidak menunjukkan protesnya, disinilah kehebatan dan kelicitan dalam berpolitik.  

Beliau menerima seadanya sahaja. Walhal kalau hendak diukurkira beliau dengan Radzi Jidin, si pemungut bola golf Muhyiddin itu jauh lebih rendah berbandingnya dari segi nilai dan pengalaman. Yang patut dan layak jadi Menteri Kiri Kanan berdasarkan pengalaman dan sejarah, adalah beliau bukan Radzi. 
Tetapi beliau cool sahaja dan dia menunjukkan kesetiaan dan penghormatan kepada Muhyiddin. Muhyiddin memang seniornya dalam Umno yang dijadikannya tempat menumpang dan bergantung harap. Semasa beliau tidak mempunyai sebarang jawatan setelah kalah, tahun 1999 beliau dilantik jadi Pengerusi Kada yang mana Muhyiddin adalah Menteri Pertanian ketika itu yang bertanggungjawab terhadap Kada.
Semasa Piraum 2014, namanya sudah pun tidak ada untuk kerusi Ketereh tetapi kerana syufaat Muhyiddin sebagai timbalan presiden, nama beliau naik kembali di saat-saat akhir. Sepatutnya kerusi Parlimen Ketereh bertukar kepada Alwi Che Ahmad sekali lagi. Ugutan dilakukan melalui  penyokongnya dimana kalau beliau tidak diberikan kerusi Parlimen Ketereh beliau akan menyokong pembangkang, Pas. Puluhan ribu t-shit memboikot pilihan raya juga sudah dicetak?
Bahkan pernah di hadapan saya ketika minum di cafe sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail beliau membayangkan untuk menyertai Pas setelah dirasakan dia tersisih.
Kelicitan Annuar dalam politik memang tidak dapat dilawan. Dengan Pas dia tahu mempunyai dosa dan kesalahan banyak di Kelantan sejak beliau menjadi Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Umno Kelantan lebih 12 tahun. Tetapi dia cuba menyamaknya dengan kenyataan dan kata-kata indah yang boleh melalaikan hati orang Pas sehingga orang Pas percaya seolah beliau tidak pernah berdosa dengan Pas dan rakyat Kelantan. 
Terbaharu apabila PN berjaya mengambil alih Sabah beliau mencadangkan kepada kerajaan Sabah agar melantik wakil Pas dalam kerajaan negeri di bawah Bayu itu. Padahal keperluan itu sudah pun ditetapkan sebelum ini, Pas sedia tidak bertanding dengan syarat dilantik sebagai Adun lantikan. Bukan kerana jasanya pun.
Namun beliau pandai mencuri ruang untuk menunjukkan dia pembela Pas.Sudah pasti kepada ahli dan penyokong Pas tidak pernah menghidu bau beraknya seronok dengan pembelaanya itu. 
Berubah mengikut musim.   
Berbalik kepada sikap dan pendiriannya,  Annuar berubah mengikut musim dan ini menjadikan kita tidak dapat berpegang kepada sikap politiknya yang nampak berprinsip tetapi lebih berupa, hipokrit. Hari ini dia cuba pula menjadi master mind mengukuhkan kerajaan PN dengan mendukung Muhyiddin. Beliau bertindak lebih sudu daripada kuah, menjadi "tukang air yang pandai-pandai mengadunkan gulai." Beliau lebih mempertahankan Bersatu daripada Umno sendiri. Lebih membela Muhyiddin daripada Zahid Hamidi. 
Kerana Zahid sedar hakikat ini beliau bertindak memecat Annuar sebagai Setiausaha Agung Umno dan diberikan jawatan lain yang tidak begitu berkuasa berkuasa yakni Setiausaha Barisan Nasional. 
Terbaru dalam usaha menunjukkan kreatifvitinya beliau melontarkan cadangan pembentukan grand coalition yang mengandungi 12, 13 buah parti sealiran. Tujuan gabungan itu mestilah antara parti satu aliran dengan syarat utamanya untuk menghancurkan PH. Mana-mana parti yang tidak senang dengan PH, (baca PKR dan DAP) diminta dan diajak bergabung dengan gabungan itu.
Cadangan ini sesuatu yang praktikal untuk mengukuhkan kerajaan PN bagi orang terdesak. Dan Annuar bersungguh kerana dia menyedari keadaan kerajaan PN yang kini seperti "gelas di bucu meja berlantaikan marmar," ia sangat bahaya. Jadi untuk menyelamat kerajaan itu dia perlu kadi lebih kreatif lagi. 
Walaupun anjuran politik Annuar itu berundur ke belakang kerana berelemenkan politik rasis, assobiyah yang sempit, bertentangan dengan naluri generasi muda, tetapi ia dilihat kaedah untuk menyelamatkan PN. Beliau tidak peduli kepada falsafah politik yang mampan dan sesuai untuk negara berbilang kaum ini yang penting diri dan PN selamat. Kalau kerajaan PN selamat beliau akan mendapat habuan besar. 
Jelas sangat gagasan mewujudkan gabungan baru itu berasaskan politik nafsu sehingga cuba mengkhianati pembangunan nusabangsa. 
Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi saya lihat dengan telatah dan ada kalanya beliau sanggup melakukan apa sahaja demi survive diri, tidak mustahil beliau akan meninggalkan Umno kalau dia merasakan Bersatu boleh melindunginya. Orang seperti Annuar yang berpolitik untuk dirinya akan buat sesuatu yang dikira menguntungkan. 
Dan beliau juga seorang yang tidak tahu malu dan sanggup menangis dan bermuka-muka. Jangan terkejut kalau dia akan menemui seorang demi seorang pemimpin pembangkang yang dilihat dapat dijinakkannya dengan teori-teori politiknya. Perjumpaan seorang pemimpin daripada parti PH dengan pemimpin tertinggi dalam gabungan PN baru-baru ini saya berpendapat adalah atas cadangan dan idea beliau?
Dan kepada orang Pas yang kini sudah terdoidoi dengan slogan perpaduan dilaungkan Annuar dalam menubuhkan MN hendaklah kena beringat dan berhati-hati. Terimalah apa-apa pelan Annuar setelah diteliti sebaik mungkin. 
Dalam hal ini saya ingin memberi petua kepada sesiapa yang akan menghadapi dan berhadapan dengan Annuar ini ia hendak bersikap sepertilah pemburu yang hendak masuk kehutan. Apabila terjumpa dengan najis haiwan itu baik Harimau atau Gajah, tikamlah ia beberapa kali kemudian baru melangkah.
 Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua itu, anda tidak akan termakan dek haiwan buas itu bahkan dia akan mengelak daripada untuk berjumpa dengan kita. [wm.kl.12:32 pm 17/11/2020].


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/11/mengenali-annuar-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Masih Umno

Annuar Musa Masih Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 303 hits
S E T E P E K Tidak ragu ragu lagi Annuar wajar dilantik TPM memenuhi kuota UMNO Annuar akan lebih dikenang jika berani bersuara minta Najib dan Zahid berundur atau direhatkan sehingga kes mahkamah selesai UMNO akan lebih mudah bergerak dan...
Annuar Musa Wants Grand Coalition Woos Muda Pejuang Warisan

Annuar Musa Wants Grand Coalition Woos Muda Pejuang Warisan

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 240 hits
BN secretary general Annuar Musa has called for a grand coalition to settle Malaysia s political paralysis and made overtures to parties and groups such as Warisan Muda and Pejuang to join In a Facebook post this morning the Ketereh MP refe...
Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong Datuk Seri Najib dalam Umno menyifatkan Tan Sri Annuar Musa sudah menjadi jurucakap Bersatu demi mempertahankan kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional Dia ni sudah jadi Setiausaha Agung Ber...
Beware Dap S Trojan Horse Strategy Says Annuar Musa

Beware Dap S Trojan Horse Strategy Says Annuar Musa

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 268 hits
BN secretary general Annuar Musa says there are moves to break up Perikatan Nasional PETALING JAYA Barisan Nasional secretary general Annuar Musa sounding a warning against the Trojan horse strategy of the DAP has urged political parties in...
Tahniah Dbkl Annuar Musa Dan Zahid

Tahniah Dbkl Annuar Musa Dan Zahid

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 253 hits
Isu arak jangan pula selepas ni jadi macam pemimpin PAS minta maaf Jangan ditarik balik untuk dapat sokongan undi kelak Tak perlu jadi pemimpin PAS untuk melaksanakan sesuatu yg lebih baik nilainya Pemimpin Melayu PH takkan mampu lakukannya...
Muhyiddin Rejected Proposal To Give Zahid The Post Of Dpm Says Annuar Musa

Muhyiddin Rejected Proposal To Give Zahid The Post Of Dpm Says Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin rejected the proposal that Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi be given the deputy premier post says Tan Sri Annuar Musa The former Umno secretary general said that the Prime Minister had made...
Sudah Sampai Masanya Annuar Musa Perlu Diganti Sebagai Setiausaha Agung Bn

Sudah Sampai Masanya Annuar Musa Perlu Diganti Sebagai Setiausaha Agung Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 290 hits
Melihat kemelut terbaru UMNO khususnya kenyataan Annuar Musa bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan parti itu jika tanpa ada Bersatu dibawa bersama jelas memperlihatkan parti terbesar Melayu itu sedang cuba dipesongkan hala tujunya oleh p...
Pas Sambut Baik Cadangan Gabungan Besar Politik Cadangan Annuar Musa

Pas Sambut Baik Cadangan Gabungan Besar Politik Cadangan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 302 hits
Pemimpin PAS menyambut baik cadangan gabungan besar politik yang dicadangkan oleh Setiausaha Agung BN Annuar Musa Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata ia satu cadangan yang baik demi kepentingan negara dan rakyat Pada pandangan saya...
Fitnah Jual Tanah Dbkl Annuar Musa Saman Ketua Dap Kl

Fitnah Jual Tanah Dbkl Annuar Musa Saman Ketua Dap Kl

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 276 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah bertindak menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tegasnya sepanjang...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Apa Itu Wang What Is Money

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

From The Dock To Rubbing Shoulders With Pmx Kk Mart Founder Shows Steely Resurgence With Uzbek Expansion Plan

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution