Mengenali Gangguan Saka Keturunan Dan Cara Merawatnya


Di dalam budaya masyarakat Melayu, istilah saka adalah merujuk kepada jin yang diambil sebagai pendamping dan diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya.
Manakala gangguan saka pula merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai tanda gangguan saka dan ianya telah dipastikan setelah dilakukan rawatan dengan kaedah ruqyah ke atas diri orang itu.
Di dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan kongsikan dengan anda perkara-perkara yang berkaitan dengan saka.
Tujuan Saka Diambil & Bahayanya Oleh kerana jin saka ini berkaitan dengan keturunan, biasanya ia melibatkan generasi yang terdahulu. Mereka ini mengambil jin saka sebagai pendamping demi untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu.
Dan sebagai balasannya, jin saka ini membuat perjanjian supaya dirinya akan terus diwariskan ke generasi yang akan datang.
Perjanjian inilah yang membuatkan jin saka akan terus mengganggu keturunan tuannya. Diantara tujuan-tujuan jin saka ini diambil sebagai pendamping ialah:
untuk tujuan perubatan.untuk tujuan perlindungan diri.untuk tujuan kecantikan.untuk tujuan perbidanan.untuk tujuan membantu menjaga harta benda. Maklumat-maklumat di atas saya dapat hasil daripada pengalaman buang jin saka yang saya jalankan kepada pesakit-pesakit saya.
Apakah bahayanya mengambil jin saka ini sebagai pendamping?
Kita kena ingat bahawa iblis adalah dari golongan jin. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Kahfi ayat 50:
“Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam. Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (selain Allah)”
Dan iblis yang berasal dari golongan jin ini telah berjanji kepada Allah. Apakah janji iblis? Janji iblis ini Allah telah rakamkan di dalam Al-Quran iaitu surah Al-A’raf ayat 16 dan 17:
Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukumkanku tersesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”
Ya, iblis telah berjanji akan sedaya upaya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah yang lurus dan benar. Inilah bahaya mengambil jin sebagai pendamping.
Jin tidak akan bersetuju untuk menjadi pembantu kepada manusia melainkan manusia itu sanggup mengikut syarat-syaratnya. Syarat-syarat yang diletakkan oleh jin inilah peluangnya untuk menjadikan manusia itu sesat.
Mari lihat ayat Al-Quran di bawah iaitu dari surah Jin ayat 6:
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka akan menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”
Jadi apakah kebaikan yang boleh diharapkan apabila Al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa apabila seorang manusia itu meminta pertolongan jin, tindakan itu hanya menambahkan kejahatan jin sahaja. Inilah bahayanya.
Bahaya yang pertama dan utama apabila mengambil jin sebagai pendamping ialah boleh merosakkan akidah. Ini kerana mereka yang mengambil jin sebagai pendamping akan meyakini bahawa jin mampu membantu mereka mencapai apa sahaja tujuan yang mereka inginkan.
Jadi, hilanglah pergantungan dia kepada Allah. Dia lebih yakin kepada pertolongan jin berbanding pertolongan daripada Allah.
Dan bahaya yang kedua ialah jin saka ini akan berterusan mengganggu generasi yang akan datang. Ini disebabkan perjanjian yang telah dilakukan oleh jin saka ini dengan tuannya yang asal. 
Ini adalah bentuk-bentuk kejahatan yang dilakukan oleh jin kepada manusia. Diakibatkan oleh kesilapan manusia itu sendiri.
Jenis-Jenis Jin Saka Kita selalu mendengar pelbagai istilah yang disebut dikalangan masyarakat Melayu berkaitan dengan jin saka ini. Antara istilah yang digunakan ialah:
saka keturunan raja.saka keturunan jawa.saka puteri.saka bidan.saka harimau.saka harimau putih.saka harimau berantai.dan saka buaya putih. Ini adalah istilah-istilah yang popular. Saya tidak pasti mengapa nama-nama tersebut dipilih dan siapa yang memberikan istilah tersebut.
Itu tidaklah penting. Yang pentingnya kita mesti faham bahawa hakikatnya semua istilah di atas adalah merujuk kepada golongan jin. Hanya panggilannya sahaja yang berbeza.
Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara). Satu golongan berbentuk ular dan anjing. Manakala golongan ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah”. (Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak)
Ada pendapat yang mengatakan bahawa jin yang diambil sebagai saka ini biasanya melibatkan jin dari jenis yang suka berpindah-randah. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran pendapat ini.
Tanda-Tanda Ada Jin Saka Di dalam artikel saya yang sebelum ini pun saya dah jelaskan. Bahawa apabila seseorang itu mengalami gangguan jin, akan zahirlah pada diri orang tersebut tanda-tanda. 
Begitulah juga bagi mereka yang ada gangguan dari jin saka. Akan ada juga tanda gangguan tersebut.
Tanda-tanda yang menunjukkan mungkin seseorang itu mengalami gangguan saka ialah:
susah tidur malam tanpa sebab.sering terjaga pada waktu malam diikuti dengan perasaan takut.mimpi buruk atau menakutkan contohnya mimpi hantu yang sedang mengejar. kerap terjadi gejala seakan ditindih oleh seseorang.mimpi melihat binatang seperti ular, kala jengking dan sebagainya.selalu mengetap gigi ketika sedang tidur.kerap bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.selalu bermimpi berada di tempat kotor atau kawasan perkuburan.selalu bermimpi budak kecil atau bayi. Contohnya mimpi menyusukan bayi.selalu mimpi melihat salib atau gereja.selalu mengalami pening kepala yang tidak diketahui puncanya.sering lupa bahkan ada yang sampai tahap kronik boleh menyebabkan gila.sering rasa sakit pada salah satu anggota badan tanpa dapat dipastikan sebabnya.sentiasa sakit dibahagian belakang terutamanya disekitar tulang belakang.sentiasa mengantuk terutamanya apabila berada di dalam majlis ilmu.cepat marah walaupun disebabkan perkara kecil.mudah teremosi dan sensitif. Anda ada tanda-tanda di atas? Jika ada, itu tmenunjukkan anda sedang mengalami gangguan jin, dan mungkin juga ianya disebabkan oleh gangguan saka.
Teruskan bacaan kerana dalam subtopik seterusnya saya akan kongsikan kaedah-kaedah rawatan ruqyah mandiri yang boleh anda ikhtiarkan.
Sasaran Jin Saka Bukan semua keturunan yang mempunyai jin saka akan mewarisinya. Jin saka ini akan memilih siapakah yang dirasakan sesuai untuk menjadi pewarisnya yang baru.
Anda jangan lupa bahawa setiap dari kita Allah telah utuskan qarin dari bangsa jin yang telah berdampingan dengan kita sejak dari kita dilahirkan.
Jadi, jin qarin ini sudah tahu sangat segala-galanya tentang diri kita. Dan jin qarin ini juga tahu di mana kelemahan kita yang memungkinkan jin saka untuk mengambil kesempatan untuk mengganggu kita.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana jin qarin ini mampu menarik gangguan jin saka, anda boleh baca artikel saya bertajuk Bagaimana Jin Qarin Boleh Menarik Gangguan Jin Lain.
Ciri-ciri mereka yang akan menjadi sasaran jin saka ini ialah:
Mereka yang cetek pengetahuan agama dan tidak berusaha untuk mendalaminya.Mereka yang gemar melakukan maksiat.Mereka yang sentiasa meninggalkan amalan-amalan fardhu seperti solat dan puasa. Bagi perempuan pula, yang tidak menutup aurat adalah berisiko diganggu jin saka.Mereka yang mempelajari ilmu-ilmu kebatinan yang melanggar batasan agama.Mereka yang kuat berpegang dengan agama dan rajin beribadah juga tak terkecuali akan cuba diganggu. Bagi golongan begini, pastikan anda mendalami ilmu tauhid dan juga ilmu akhlak. Kerana mereka yang tidak kuat pegangan akidah dan buruk akhlaknya juga berisiko menjadi sasaran jin saka. Cara Merawat Saka Dari pengalaman saya, kes-kes gangguan yang melibatkan saka keturunan bukanlah mudah untuk dirawat. Ia memerlukan kesungguhan terutamanya dari pihak pesakit. Tetapi ia tidak mustahil.
Di bawah saya kongsikan langkah demi langkah ruqyah mandiri yang boleh anda lakukan.
Pertama: Yakinlah bahawa gangguan saka yang sedang anda hadapi ini sebenarnya adalah suatu bentuk ujian dari Allah. 
Di dalam sebuah hadis, Nabi menyebutkan bahawa segala musibah penyakit atau bencana yang berlaku kepada kita sebenarnya adalah kafarah (penebus) di atas segala dosa yang kita lakukan selama ini.
Jadi, langkah pertama ialah perlulah bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah. Buatlah dua rakaat solat sunat taubat dan mohonlah ampun kepada Allah.
Apabila seseorang itu hendak bertaubat di atas segala dosa yang dilakukan, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi agar taubat yang kita lakukan diterima oleh Allah.
Sekiranya dosa yang dilakukan itu adalah dosa kepada Allah tanpa melibatkan dosa dengan manusia, syarat-syaratnya ialah:
Menyesal dengan bersungguh-sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa menyesal, sedih, dukacita dan berasa tidak sepatutnya melanggar perintah Allah.Berazam dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi dosa tersebut.Meninggalkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa samada dosa kecil ataupun dosa besar. Jadi, kalaulah sebelum ini kita ada terlibat dengan dosa-dosa besar seperti berzina, meninggalkan solat, tidak berpuasa, minum arak dan sebagainya, maka selepas ini berazamlah untuk tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.
Sekiranya dosa yang dilakukan sebelum ini ada melibatkan dosa dengan manusia, ada satu syarat tambahan yang perlu anda lakukan, selain syarat-syarat di atas iaitu:
Perlulah meminta maaf di atas segala dosa yang telah dilakukan kepada orang tersebut. Contohnya jika kita pernah memfitnah orang tersebut, maka perlulah meminta maaf dan menceritakan segala fitnah yang telah dilakukan. Sekiranya pernah mengambil barangnya, perlulah dipulangkan semula. Jika barang yang pernah diambil itu sudah tiada, perlulah diganti semula atau diminta halal kepada orang tersebut.  Kedua: Amalkan membaca zikir pagi dan petang setiap hari. Anda boleh dapatkan buku al-Mathurat yang memuatkan bacaan zikir pagi dan petang dikedai-kedai buku agama yang berhampiran dengan anda.
Ketiga: Minum dan mandi dengan air yang telah diruqyahkan dengan ayat-ayat khusus untuk merawat gangguan jin. Senarai ayat-ayat ini anda boleh download secara percuma di sini. Air ini anda boleh lakukan sendiri jika anda mampu membaca Al-Quran. Jika tidak mampu, berjumpalah dengan mana-mana perawat berhampiran anda.
Keempat: Pastikan anda sentiasa tidur dalam keadaan berwuduk. Kerana mereka yang tidur dalam keadaan berwuduk akan sentiasa didoakan keselamatannya oleh para Malaikat.
Kelima: Mesti lakukan solat sunat tahajjud sekurang-kurangnya dua rakaat setiap hari.
Keenam: Langkah keenam ini adalah pilihan. Jika anda rasa langkah-langkah yang dilakukan di atas masih belum mencukupi, dalam masa yang sama anda juga boleh dapatkan rawatan dari perawat berpengalaman yang berhampiran dengan anda.
Kesimpulan Nasihat saya, keenam-enam langkah di atas mestilah dilakukan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Jangan mengharapkan satu kaedah ajaib di mana anda hanya perlu lakukan sekali dan gangguan jin terus hilang selama-lamanya. 
Jangan dicari kaedah tersebut kerana anda tidak akan jumpa sebagai bila-bila. 
Anda Dapat Sesuatu? Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://perawatislam.com/ruqyah-syariah-2/mengenali-gangguan-saka-keturunan-dan-cara-merawatnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Macam Gangguan Jin Dan Cara Mengatasinya

Macam Macam Gangguan Jin Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 334 hits
Oleh Fadhil ZA Bangsa Jin adalah mahluk cerdas yan memiliki akal perasaan dan nafsu sama seperti manusia Karena itu mereka juga diwajibkan beribadah dan kelak juga akan dihisab di akhirat seperti halnya manusia Didalam Al Qur an banyak seka...
Mitos Jeragat Keturunan Dan Cara Mengatasinya

Mitos Jeragat Keturunan Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 524 hits
Jeragat bintik hitam atau freckles adalah masalah kulit yang menyebabkan tompokan yang tidak rata Tompokan ini boleh jadi warnanya hitam pekat atau hitam kelabu Ia juga boleh tumbuh seperti satu peta yang besar mahupun bintik bintik yang me...
Masalah Sakit Lutut Dan Sendi Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya

Masalah Sakit Lutut Dan Sendi Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 445 hits
Masalah Sakit Lutut Dan Sendi Ini Makanan Yang Perlu Dielakkan Dan Cara Merawatnya Sakit lutut membuatkan kita sukar untuk bergerak secara agresif Nak duduk pun sakit apatah lagi nak berjalan dalam tempoh yang lama kan Sebenarnya sakit lutu...
7 Cara Pegangan Tangan Sama Pasangan Ini Menunjukkan Bagaimana Hubungan Kalian Berjalan Lho

7 Cara Pegangan Tangan Sama Pasangan Ini Menunjukkan Bagaimana Hubungan Kalian Berjalan Lho

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 950 hits
Pegangannya sama pasangan sendiri ya bukan sama pasangan orang lain p Kalau kamu favoritnya yang mana
Cara Mudah Membuat Aplikasi Apk Sederhana Tanpa Coding

Cara Mudah Membuat Aplikasi Apk Sederhana Tanpa Coding

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 393 hits
Aplikasi Apk atau lebih dikenal dengan Aplikasi Android merupakan aplikasi terpopuler yang sering kita gunakan pada smartphone Android Dengan adanya Aplikasi android maka segala keperluan kita Baca selengkapnya di https www a dhea com
Cara Membuat Tokebi Atau Hotang Jajanan Pinggir Jalan Hits Dari Korea

Cara Membuat Tokebi Atau Hotang Jajanan Pinggir Jalan Hits Dari Korea

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 469 hits
Cara membuat tokebi atau hotang jajanan pinggir jalan hit dari Korea Pada dasarnya hotang atau tokebi adalah sejenis corndog terbuat dari sosis atau keju yang ditusuk lidi kemudian dilapisi adonan tepung Sebagai variasi tokebi dibalur poton...
Cara Membuat Tombol Show Hide Di Blog Website

Cara Membuat Tombol Show Hide Di Blog Website

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 4726 hits
Terkadang artikel Blog yang terlalu panjang membuat pengunjung blog enggan membaca seluruh konten pada salah satu postingan blog kita nah salah satu cara mengakalinya adalah dengan menggunakan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

Peguam Ulas Cara Kerajaan Ph Hadapi Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 344 hits
Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman Saya ingat lagi bagaimana seorang demonstran yang berlari tersungkur dan ditahan oleh polis di hadapan mata saya Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam me...
Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Ini

Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 674 hits
Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Ini Semua menyedari hakikat bahawa tulang tulang kita disambungkan antara satu sama lain di dalam badan dan oleh itu kesakitan di satu kawasan boleh membawa kepada isu isu pada ora...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui