Mengecat Rumah Dengan Berus Yang Disangka Daripada Bulu Khinzir



SOALAN:
Saya telah mengecat rumah saya hampir 100% dengan menggunakan berus cat yang saya khuatiri ia diperbuat daripada bulu khinzir. Walaupun saya cuba berpura-pura bahawa ia bukan, namun jauh di sudut hati berat saya merasakan bahawa ia haram selepas memeriksa dan membuat carian di internet.

Saya menjadi tidak tenteram kerana memikirkan, adakah dinding rumah saya tersebut bernajis, dan juga apakah ibadat saya dan keluarga selama ini tidak sah disebabkan menyentuh dan memegang dinding tersebut? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Allah SWT mengharamkan umat Islam untuk memanfaatkan apa sahaja bahan yang diambil daripada khinzir. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.” (Surah al-Maidah: 3)

Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan daging khinzir tersebut adalah secara umum (aghlabiyyah), bahkan ia juga termasuk kesemua anggota khinzir hatta lemaknya sekalipun. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 2:36)

Disamping itu, dalam satu hadith Rasulullah SAW pernah bersabda:

إِنَّ الله وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ الله، أَرَأَيْتَ شُحُومَ الْمَيْتَةِ، فَإِنَّهَا يُطْلَى بِهَا السُّفُنُ، وَيُدْهَنُ بِهَا الْجُلُودُ، وَيَسْتَصْبِحُ بِهَا النَّاسُ، فَقَالَ: لَا هُوَ حَرَامٌ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم عِنْدَ ذَلِكَ: قَاتَلَ الله الْيَهُودَ إِنَّ الله لَمَّا حَرَّمَ شُحُومَهَا، جَمَلُوهُ، ثُمَّ بَاعُوهُ، فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
“Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual-beli arak, bangkai, khinzir dan patung berhala.” Lalu ditanya kepada Rasulullah SAW: “Adakah kamu tahu bahawa lemak daripada bangkai haiwan tersebut, sedangkan ia digunakan untuk mengecat kapal-kapal dan kulit binatang serta digunakan oleh manusia.” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan, ia tetap haram.” Kemudian, Rasulullah SAW bersabda pada ketika tersebut: “Semoga Allah SWT menghancurkan golongan Yahudi. Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan lemak haiwan tersebut, namun mereka memperelokkannya dan menjualnya serta mengambil keuntungan daripadanya!” [Riwayat al-Bukhari (2082) dan Muslim (2960)]

Imam al-Nawawi juga telah menukilkan ijma’ pengharaman memakan sebarang bahagian daripada khinzir: Telah berlaku ijma` umat Islam ke atas pengharaman lemak, darah dan setiap bahagian khinzir.” (Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzdzab, 9:5)

Daripada nas-nas di atas jelas kepada kita bahawa hukum menggunakan dan mengambil manfaat daripada mana-mana bahagian tubuh khinzir adalah haram sama sekali. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu berada dalam keadaan yang darurat seperti membawa kepada kematian dan kecelakaan, maka dibolehkan baginya untuk mengambil manfaat daripada khinzir berdasarkan kepada firman Allah SWT:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ الله بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ الله غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nahl: 115)

Justeru itu, kaedah fiqh menyebutkan bahawa:

الضَّرُورَات تُبِيْحُ المَحْظُورَات
“Keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang terlarang.”

Begitu juga, ia juga hendaklah diikat dengan kaedah:

الضَّرُورَةُ تُقَدَّر بِقَدَرِهَا
“Darurat itu ditentukan mengikut kadarnya sahaja.”

Berbalik kepada soalan yang ditanya, persoalan ini berlegar berkaitan dengan berus yang digunakan untuk mengecat rumah yang dikhuatiri diperbuat daripada bulu khinzir. Dalam perkara tersebut, ia masih tidak jelas sama ada berus itu betul dibuat daripadanya ataupun tidak. Jika sekiranya perkara tersebut pada peringkat syak, maka hendaklah tidak dihirau syak-wasangka tersebut berdasarkan kaedah yang menyebutkan:

اليقين لا يزول بالشكّ
“Keyakinan tidak terluput dengan syak.”

Begitu juga, kaedah lain menyebutkan bahawa:

اليقين لا يزول إلاَّ باليقين
“Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan suatu yang yakin juga.”

Hal ini kerana perkara yang dzhon tidak memberi apa-apa kesan terhadap satu keyakinan. Firman Allah SWT:

وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
“Padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Surah al-Najm: 28)

Justeru itu, janganlah terlalu khuatir dan mencari-cari sesuatu yang belum pasti yang akan membebankan kita sekiranya kelak. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu.” (Surah al-Maidah: 101)

Walau bagaimanapun, seelok-eloknya hendaklah menukar berus tersebut dengan berus yang diyakini halal bagi mengecat baki bahagian yang belum dicat. Sabda Rasulullah SAW:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
“Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu.” [Riwayat al-Tirmidzi (2442)]

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa dinding yang dicat dengan berus yang dikhuatiri diperbuat daripada bulu khinzir merupakan sesuatu perkara yang disyaki sahaja kerana ia bukan sesuatu benar-benar pasti dengan bukti yang nyata. Oleh itu, hendaklah meninggalkan perasaan syak-wasangka tersebut dan meyakini dengan berpegang asal kesuciannya. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberatkan seseorang hamba-Nya daripada syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya. Firman Allah SWT:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ
“Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Hajj: 78)

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/mengecat-rumah-dengan-berus-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mengecat Rumah Sendiri

Tips Mengecat Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1416 hits
Segala ilmu disimpan disini buat rujukan dikemudian hari Tips mengecat dinding rumah sendiri 1 Mula2 kena la pilih warna2 pilihan yang dirasa sesuai dan sedap mata memandang Pilihan warna boleh dapatkan dirujuk template warna daripada kedai...
Patutlah Wi Fi Kat Rumah Lambat Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Buat Line Slow

Patutlah Wi Fi Kat Rumah Lambat Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Buat Line Slow

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 512 hits
Patutlah Wi Fi Kat Rumah Slow Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Buat Line Slow Kebanyakan orang menyedari bahawa internet sangat penting dalam dunia yang dipenuhi dengan teknologi maklumat ini Dengan mempunyai sambungan internet Wi Fi di ru...
4 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti

4 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 331 hits
4 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti Bukan kita sahaja yang berada di atas muka bumi ini kerana ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita samada sedar atau tidak sedar Oleh itu kita disarankan untuk s...
Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 346 hits
Hi berjumpa kembali artikel ini akan membawa pembahasan tentang cara belajar di rumah Cara Mudah Daftar di Rumah Belajar Kemendikbud go id simak selengkapnya Cara Mudah Daftar dengan Login masuk di Rumah Belajar Kemendikbud go id Rumah bela...
Wanita Maut Dipanah Petir Di Belakang Rumah

Wanita Maut Dipanah Petir Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 318 hits
Panahan petir dilihat di Kuala Lumpur Ogos 2018 Seorang Seorang wanita maut dipanah petir ketika berada di belakang rumahnya di Kampung Baru Permatang Pauh Pahang semalam Foto oleh Azneal IshakPEKAN 1 Nov Seorang pesara Majlis Ugama Islam d...
Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 396 hits
Allow selamat pagi sesi kali ini akan membahas tentang cara agar efektif belajar Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis simak selengkapnya Cara belajar berhasil dengan Quipper Video andaikata di rumah rutin belajar tapi s...
Banyuwangi Dipilih Jadi Tuan Rumah Liga Selancar Paling Bergengsi Dunia 2020

Banyuwangi Dipilih Jadi Tuan Rumah Liga Selancar Paling Bergengsi Dunia 2020

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 251 hits
Manajer WSL Asia Steven Robertson menjelaskan Banyuwangi dipilih karena perhatian pemerintah daerahnya yang cukup besar pada pengembangan sport tourism
Belanja Telur Pakai Uang Palsu Ibu Rumah Tangga Di Deli Serdang Masuk Bui

Belanja Telur Pakai Uang Palsu Ibu Rumah Tangga Di Deli Serdang Masuk Bui

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 225 hits
Seorang ibu rumah tangga di Sunggal Deli Serdang Sumut tertangkap tangan mengedarkan uang palsu Dia diamankan warga lalu diserahkan ke polisi
Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 537 hits
Kelemahan kaum suami hari ini masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu Tak tahu mana yang silap baru kahwin terus ada masalah rumah tangga Bila pasangan nak betulkan keadaan masing masing mula tinggi suara Akhirnya anak ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa