Mengapa Zahid Kena Bercuti


Al-Abror Mod Yusuf  | 26 Okt 2018     PULASAN | Apabila ada pensyarah universiti menulis mengenai politik negara dengan bersahaja dan bebas, dan tidak pula mengambil kira perasaan orang lain, ia memang agak janggal.
Secara politik ia menjadi satu lagi petanda bahawa negara yang tercinta ini sedang berubah ke arah yang tidak menentu selepas 9 Mei 2018.Selama lebih 60 tahun Malaysia dipandu dengan begitu baik dan terkawal di bawah BN, kini Pakatan Harapan (HARAPAN) sedang memporak-perandakan masyarakat dengan keterbukaan sikapnya.
Tugas hakiki seorang pensyarah bukanlah menyuruh atau mendorong orang supaya berfikir, sebaliknya memandu masyarakat supaya kekal mendengar kata.Kata-kata itu pula mestilah daripada orang atas yang serba tahu. Semakin tinggi kedudukan seseorang semakin banyaklah tahu yang ada dalam kepalanya. Sepatutnya.
Justeru memang wajar pensyarah itu dipanggil oleh pentadbiran universiti dan ditegur supaya tidak menulis sangat. Kalau masih mahu menulis pun, biarlah hal-hal yang lebih penting daripada mengajak masyarakat berfikir.Mencipta hidangan berbentuk kipas menggunakan tempoyak, misalnya, atau mementaskan drama tentang perlunya orang Melayu menjadi penjilat kepada pembesar-pembesar negara dan negeri adalah contoh aktiviti yang mustahak digerakkan oleh cendekiawan di negara ini.
Berani sindir pemimpinRindu benar kita kepada aktiviti kreatif yang luar biasa seperti membentuk logo 1Malaysia menggunakan gula-gula itu, atau bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk mencatat nama dalam buku rekod Malaysia itu.Apa hak pensyarah itu menulis dan mengajak orang berfikir?
Jika kemandulan fikrah pensyarah itu belum cukup meresahkan, lihat pula bagaimana anggota Umno tergamak bersuara menyuruh presiden mereka bercuti sehari dua ini.
Itu adalah satu lagi natijah daripada kegagalan HARAPAN mengawal tatasusila orang Melayu pascapilihan raya umum ke-14 lalu.Tanpa Umno berkuasa, orang Melayu sudah berani menyindir pemimpin sendiri.Justeru kita dapat faham sangat mengapa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan soalan wartawan yang bertanya mengenai saranan supaya beliau bercuti.
Ahmad Zahid seorang pejuang. Pantang untuk si pemberani bercuti. Pedulilah kalau ada 145 kes di mahkamah pun, tanggungjawab mesti dilunaskan.Tidak ada apa-apa yang perlu diaibkan dengan kes di mahkamah kerana orang Melayu itu memang terlalu istimewa dan unik.Keadaan itu memang difahami majoriti orang Melayu sejak sekian lama.Orang Melayu mesti menyokong bangsa sendiri walau apa pun yang dilakukan.
 Kalau yang dipertikaikan itu seorang pemimpin, lagilah besar beban tanggungjawab masyarakat mempertahankan wibawa individu terbabit.Salah atau benar - itu nombor dua. Yang penting, kalau seseorang itu Melayu, maka Melayu yang lain mesti bersatu membela.
Lompat, tapi bukan menariItu antara jasa besar Umno selama ini, sehinggalah HARAPAN memecahkan tradisi berkenaan pada 9 Mei 2018. Sejak itu haru-biru orang Melayu.Apa hak Datuk Mohamad Hasan bercakap tentang idea supaya Ahmad Zahid bercuti?
Pantang besar untuk seorang pemimpin hebat seperti anggota parlimen Bagan Datuk itu berundur setapak.Kewajiban Ahmad Zahid bukan bergerak ke belakang tapi kalau boleh biar melompat dua tiga depa ke depan.
Cuma untuk mengharapkan beliau lincah menari ke kiri dan ke kanan seperti Tan Sri Irwan Serigar Abdullah agak keterlaluanlah. Bukan semua orang besar dalam negara ini memiliki bakat sedemikian rupa.Semalam Ketua Pemuda Umno pula secara celupar membangkitkan idea perlunya presiden Umno bercuti.Sebenarnya Ahmad Zahid bukanlah asing sangat kepada cuti. Dalam seminggu tentu ada hari tertentu untuk beliau melupakan seketika segala sepak terajang dalam partinya.
Tidak cukupkah cuti itu wahai Asyraf Wajdi Dusuki?Apa hak you bangkitkan soal keperluan presiden Umno bercuti?Pemimpin Umno - seperti Tok Mat dan Asyraf Wajdi - wajib belajar adab berpolitik daripada PAS.
Parti tersebut sesuai dijadikan suri teladan untuk orang seperti Tok Mat dan Asyraf Wajdi melaksanakan tugas masing-masing dalam Umno.Pernahkah kita melihat mana-mana orang PAS memberi cadangan kepada Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bercuti?Mungkin ada tetapi ia tidak begitu ketara. Kalau ada pun, mungkin dibuat secara tertutup dan PAS sangat mahir menangani desakan seumpama itu.Mengadakan rehlah di Tasik Kenyir, misalnya, dapat mewujudkan kesatuan fikrah agar seluruh pemimpin dan anggota parti sentiasa walak kepada pemimpin.
Itulah yang dipelajari Ahmad Zahid sejak berkawan dengan PAS rasanya. Cuma tidak ramai yang memahami. Cuma kaedah PAS dan Ahmad Zahid mempertikaikan hak seseorang bertanya tentang cuti itu adalah sedikit perbezaan.
Kalau dalam kalangan PAS, mereka tidak akan bertanya: "Apa hak you cakap soal cuti?"Orang PAS ada cara tersendiri. Orang PAS akan kata: "Apa hak enta mintak ana bercuti?"AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang tidak menggunakan 'pembaris' semasa menulis.Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2018/10/mengapa-zahid-kena-bercuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Mungkin Perlu Bercuti Datuk Mohamad Hassan

Zahid Mungkin Perlu Bercuti Datuk Mohamad Hassan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 265 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti daripada menjalankan tugas tugas parti selepas berdepan dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Timbalannya Datuk Mohamad Hassan memberitahu pemberita bahawa...
Pemuda Umno Gesa Ahmad Zahid Bercuti

Pemuda Umno Gesa Ahmad Zahid Bercuti

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO hari ini menggesa Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kes di mahkamah selesai Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wa...
Zahid Bercuti Adu Domba Malaysiakini

Zahid Bercuti Adu Domba Malaysiakini

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 271 hits
Semalam portal Malaysiakini melaporkan berita bertajuk Zahid mungkin perlu bercuti kononnya memetik temubual wartawannya dengan Timbalan Presiden UMNO Dato Seri Mohamad Hassan Pagi ini secara peribadi Tok Mat menghubungi saya menceritakan s...
Zahid Enggan Bercuti Kekal Tugas Presiden Umno

Zahid Enggan Bercuti Kekal Tugas Presiden Umno

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 281 hits
KUALA TERENGGANU 26 Okt Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau akan terus menerajui parti itu walaupun terdapat gesaan supaya beliau bercuti seketika daripada menjalankan tugas presiden Ahmad Zahid yang kini berdep...
Dakwaan Terhadap Ahmad Zahid Berniat Jahat

Dakwaan Terhadap Ahmad Zahid Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 266 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Pendakwaan yang dijangka dilaksana mahkamah esok terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan bertujuan untuk memalukan pemimpin tersebut Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Jala...
Zahid Tolak Diikat Jamin Mahu Duduk Lokap

Zahid Tolak Diikat Jamin Mahu Duduk Lokap

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 286 hits
PUTRAJAYA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya supaya beliau memohon kebenaran untuk diikat jamin dan tidak ditahan semalaman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perkara itu dimaklumkan ister...
Zahid Didakwa Esok

Zahid Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 401 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat agensi penguatkuasaan itu SPRM dalam kenyataan hari ini ber...
Ahmad Zahid Serah Diri Tepat Jam 3 Petang

Ahmad Zahid Serah Diri Tepat Jam 3 Petang

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 317 hits
Ahmad Zahid tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebentar tadi Foto Kosmo PUTRAJAYA Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menerima notis untuk serah diri semalam tiba di pejabat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
Umno Pahang Menyatakan Sokongan Kepada Ahmad Zahid

Umno Pahang Menyatakan Sokongan Kepada Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 293 hits
KUANTAN UMNO Pahang menyatakan sokongan penuh kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikehendaki melaporkan diri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner