Zahid Bercuti Adu Domba Malaysiakini


Semalam portal Malaysiakini melaporkan berita bertajuk ‘Zahid mungkin perlu bercuti’ kononnya memetik temubual wartawannya dengan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hassan (Tok Mat).
Pagi ini secara peribadi Tok Mat menghubungi saya menceritakan situasi sebenar percakapannya dengan wartawan Malaysiakini semasa beliau hadir memberi sokongan kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.
Pertamanya saya selaku bekas wartawan nak memberitahu bahawa sejak sekian lama saya tidak percaya sepenuhnya setiap laporan Malaysiakini yang dilihat lebih cenderung memutarbelitkan kenyataan individu yang ditemubual. Apatah lagi dengan rencana-rencana kolumnisnya yang gemar mensensasikan isu, suka mengadu-domba dan dijadikan alat pihak tertentu untuk menghancurkan perpaduan UMNO.
Tok Mat adalah mangsa terbaru Malaysiakini. Ketika menjawab soalan wartawan portal itu semalam, Tok Mat tidak sama sekali menyebut bahawa DS Zahid mungkin perlu bercuti sebagaimana intro berita yang disiarkan.
Apa yang dinyatakan secara umum oleh Tok Mat adalah SOP parti pada 2009 yang memerlukan pemimpin UMNO bercuti jika berdepan tuduhan di mahkamah.
SOP pada 2009 itu dibuat oleh UMNO sebagai langkah untuk menjaga integriti parti itu dan BN yang sedang memerintah ketika itu. Pendakwaan juga dibuat oleh pihak kerajaan.
Selepas PRU14 lalu kerajaan sudah bertukar tangan. UMNO kini bukan lagi pemerintah. Pemimpin UMNO kini berdepan dengan pelbagai tuduhan dan pendakwaan daripada kerajaan baru. Rata-ratanya pendakwaan bermotif politik terhadap pemimpinnya dengan tujuan mahu menghancurkan sama sekali UMNO.
Kesian Tok Mat yang menjadi mangsa manipulasi dasar kebebasan akhbar yang dahulu diperkenalkan oleh Kerajaan BN selepas era Mahathir. Malaysiakini menggunakan sepenuhnya dasar terbuka BN itu, bukan sahaja untuk menjatuhkan UMNO ketika parti itu berkuasa, malah selepas BN jatuh tersungkur. Adu domba untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO kini menjadi agenda utama Malaysiakini, portal yang tidak berintegriti dan bercanggah dengan etika kewartawanan itu.
Wartawan selaku pelapor yang berintegriti sepatutnya meletakkan kenyataan Tok Mat mahu membawa isu ini ke mesyuarat pengurusan dan memutuskannya di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebagai intro beritanya. Sebaliknya disebabkan sikap tidak berintegriti, wartawan berkenaan meletakkan intro yang tidak disebut pun oleh Tok Mat dalam temubual itu.
Saya tidak mempersalahkan jika ada pemimpin UMNO sendiri terkeliru dengan manipulasi berita oleh Malaysiakini. Itu sudah menjadi hakikat yang sejak sekian lama terpaksa ditelan oleh UMNO, termasuk oleh mereka yang kini tidak lagi berjuang bersama parti keramat ini.
Semoga para pemimpin UMNO terus istiqamah mempertahankan institusi kepresidenan parti daripada perbuatan zalim Kerajaan PH yang sedang ghairah membuat pendakwaan politik seperti dihadapi DS Zahid ketika ini.
Bercuti bukan pilihan terbaik bagi seorang Presiden yang telah dipilih oleh akar umbi parti. Apatah lagi ketika UMNO berada di blok pembangkang, yang nyawanya masih bugar berbanding sebuah parti kerajaan yang hanya menguasai 13 kerusi dalam PRU lalu.
Apapun, sama-sama kita tunggu keputusan yang bakal dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana itulah hairaki tertinggi dalam perlembagaan parti dalam membuat sebarang tindakan.
Semoga para pemimpin dan ahli UMNO terus bersatu mendepani dugaan yang mencabar ini.
Salam hormat
Mohd Khusairi Abdul Talib
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/10/20/zahid-bercuti-adu-domba-malaysiakini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prabowo Curiga Pembakaran Bendera Kalimat Tauhid Untuk Adu Domba

Prabowo Curiga Pembakaran Bendera Kalimat Tauhid Untuk Adu Domba

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 310 hits
Berita Islam 24H Calon presiden nomor 02 Prabowo Subianto curiga dengan aksi pembakaran bendera bertuliskan tauhid yang identik dengan Hizbut Tahrir Indonesia di Garut Jawa Barat Prabowo menduga ada yang memerintahkan pembakaran tersebut un...
Mengapa Zahid Kena Bercuti

Mengapa Zahid Kena Bercuti

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 443 hits
26 Okt 2018 PULASAN Apabila ada pensyarah universiti menulis mengenai politik negara dengan bersahaja dan bebas dan tidak pula mengambil kira perasaan orang lain ia memang agak janggal Secara politik ia menjadi satu lagi petanda bahawa nega...
Kpk Dan Polri Akan Ungkap Surat Palsu Yang Adu Domba Aparat Penegak Hukum

Kpk Dan Polri Akan Ungkap Surat Palsu Yang Adu Domba Aparat Penegak Hukum

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 208 hits
Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Agus Rahardjo menegaskan surat panggilan untuk Kapolri Jenderal Tito Karnavian adalah palsu atau hoaks
Pemuda Umno Gesa Ahmad Zahid Bercuti

Pemuda Umno Gesa Ahmad Zahid Bercuti

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO hari ini menggesa Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kes di mahkamah selesai Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wa...
Zahid Enggan Bercuti Kekal Tugas Presiden Umno

Zahid Enggan Bercuti Kekal Tugas Presiden Umno

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 283 hits
KUALA TERENGGANU 26 Okt Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau akan terus menerajui parti itu walaupun terdapat gesaan supaya beliau bercuti seketika daripada menjalankan tugas presiden Ahmad Zahid yang kini berdep...
Zahid Mungkin Perlu Bercuti Datuk Mohamad Hassan

Zahid Mungkin Perlu Bercuti Datuk Mohamad Hassan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 271 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti daripada menjalankan tugas tugas parti selepas berdepan dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Timbalannya Datuk Mohamad Hassan memberitahu pemberita bahawa...
Kenapa Ahmad Zahid Disiasat Sprm

Kenapa Ahmad Zahid Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 394 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya hari ini Foto BERNAMAPUTRAJAYA Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Presiden UMNO Datuk Seri Ahma...
Nasib Wak Zahid Harini 9jam Esok Sambung Lagi

Nasib Wak Zahid Harini 9jam Esok Sambung Lagi

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 248 hits
Sudah banyak kali wak zahid dipanggil sprm untuk disoal siasat namun apa yang disoal tidak dimaklumkan Kita tunggu hasil siasatan sprm mungkinkah akan ada kejutan baru Katanya anak dan menantu wak juga dipanggil sprm untuk disoal siasat Pre...
Ancaman Zahid Hamidi Terbukti Tidak Memberi Kesan

Ancaman Zahid Hamidi Terbukti Tidak Memberi Kesan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 249 hits
Seorang lagi Ahli Parlimen UMNO Rozman Isli dari Labuan secara rasmi mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai Parti Warisan bermula hari ini Katanya keputusan ini demi untuk memupuk hubungan yang lebih baik dengan kerajaan negeri Sabah yang ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor