Mengapa Tok Mat Dan Dato Jo Tak Ada Masalah Dgn Langkah Tz
Md Zulaimi Kazim
Turut berlegar sehari dua ini Video sedutan ucapan DSAI masa kempen PRU los yg mengataka beliau akan pastikan Tg Zafrul tidak masuk dlm kabinet beliau seandainya beliau jd PM.
Tapi rezeki TZ tetap terlantik juga jd Menteri walaupun UMNO sendiri tidak mencalonkan beliau, antara kompromi dgn pihak Istana, sama dgn kerajaan PN sblm ini.
Tetapi setelah dilantik mengetuai MITI dan dalam masa yg sama PMX bergerak laju utk pastikan ekonomi pulih sepenuhnya, TZ telah bertindak cemerlang dan dapat bekerja ikut rentak PMX dan dilihat sangat serasi dgn PMX.
Tok Mat pula ditukar dr Menteri Pertahanan ke Kementerian Luar juga menambahkan lagi keserasian ini. Tok Mat bertindak sebagai perunding diplomasi dengan negara2 luar khususnya kuasa2 besar dunia dan TZ pula bekerja mengatur pertemuan dengan syarikat pelabur khususnya syarikat2 besar dunia untuk melabur di Malaysia.
Dato Jo pula selepas membaiki struktur perladangan dan hasil komuditi dalam negara, tugas seterusnya membuka pasaran hasil komuditi negara keluar. Kerja dan tugas mengatur Dato Jo keluar negara berunding dan mencari pasaran luar negara dibuat oleh Tok Mat dan TZ dan segalanya berjalan lancar menjadikan nilai eksport negara semakin bertambah.
Jadi Tok Mat dan Dato Jo bila diminta komen isu TZ nampak lebih harmoni sbb mereka lihat keperluan negara lebih besar dari mempertahankan ego UMNO. Yang ni budak macam Dr Ikmal dan Fuad Batu Pahat tak boleh baca.
Tok Mat dan Dato Jo faham dan tahu kehendak PMX nak pastikan TZ blh terus berperanan di MITI. Mungkin masa lawatan keluar negara sudah ada rumusan antara PMX, Tok Mat, Dato Jo dan TZ dan saya pun percaya DSZH pun sedia maklum cuma DSZH kena respon cara lain sbb dia Presiden UMNO yg faham ahli UMNO susah nak hadam isu yg rumit sot ini sbb Presiden pun sedia faham isu antara TZ dgn UMNO Selangor dan peluang TZ nak menang di Selangor atas tiket BN juga susah bila Kuala Selangor dah sah miliki Amanah, begitu juga Bukit Raja yg jadi milik Presiden Amanah. Mana ada kawasan yg jamin selamat utk BN di Selangor?
Percayalah… kalau tanpa perbincangan dan rundingan awal, TZ tak akan beriya keluar kenyataan letak jawatan dlm UMNO dan umum masuk PKR? Saya lihat dinamika politik seperti ini perlu ada utk ikut peraturan hukum dan dalam masa yg sama keperluan negara juga dipertimbangkan.
Kalau tgk perkembangan semasa, siapa berani kata TZ dan MITI gagal? Saya bangga bila ada menteri Melayu yg diamanhkan menjaga MITI berjaya menarik syarikat2 gergasi seperti Microsoft dll membuka operasinya di Malaysia dan memberi peluang pekerjaan yg bergaji besar kpd rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, saya dokong PMX, DSZH, Tok Mat dan Dato Jo dalam langkah TZ ini dan saya tak nampak langkah TZ ini utk jd MB Selangor selain dr jalan utk kekalkan TZ di MITI. Sebab itulah Presiden UMNO lebih sebut kekalkan kuota jumlah menteri UMNO, dia tak sebut pastikan MITI itu kekal jadi hak UMNO? Nampak?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/06/mengapa-tok-mat-dan-dato-jo-tak-ada.html