Saya Tiada Masalah Rafizi Menang Atau Kalah Tapi Sukar Saya Bersimpati Jika Beliau Kalah


 







Raggie Jessy Rithaudeen


Dalam ucapan penggulungan di pentas jalajah Hiruk malam tadi, Rafizi Ramli, antara lain, memberi bayangan bahawa terdapat usaha terancang untuk mencantas beliau walaupun congakkan kasar menunjukkan majoriti perwakilan menyokong pencalonannya sebagai Timbalan Presiden PKR.


Rafizi mendakwa usaha ini wujud disebabkan penggal ini merupakan penggal terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti, dan sekiranya Rafizi kekal Timbalan Presiden, tidak mustahil beliau menggantikan Anwar sebagai presiden kelak.


Lebih kurang gitulah mesej Rafizi malam tadi...


Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak ingin mencampuri proses pemilihan PKR, kerana saya tidak pernah memperjuangkan ideologi parti itu selama ini dan tidak begitu hirau siapa yang menang atau kalah.


Namun, ada yang bertanya kepada saya, “Apakah Raggie tidak kasihankan Rafizi kerana diperlakukan sebegini (lebih kurang lah ayatnya).”


Jawapan mudah saya: “Tidak."


Sukar bagi saya bersimpati terhadap Rafizi walaupun saya tidak ada apa-apa permusuhan dengan beliau.


Ini setelah saya mengenangkan peranan Rafizi dalam Langkah Kajang, iaitu langkah yang ‘diwujudkan’ semata-mata untuk mencantas arwah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor.


Matlamat awal langkah ini adalah untuk menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


Namun, di pertengahan jalan, matlamatnya diubah kepada menjadikan Dr Wan Azizah Wan Ibrahim sebagai pemegang jawatan itu.


Pada 29 Januari, 2014, Rafizi mengaku menjadi ‘mastermind’ Langkah Kajang sebagai langkah persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum seterusnya.


Di sini sahaja, sudah cukup jelas bahawa 'cantas-mencantas' adalah sebahagian daripada budaya PKR yang Rafizi sendiri 'halalkan', barangkali atas nama 'strategi' dan 'demi parti'. 


Sebelum Langkah Kajang, watak-watak utama yang bersekongkol untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim Ibrahim memuji-muji pentadbiran beliau ke tahap langit, kononnya pentadbiran beliau cukup bersih, cekap dan amanah.


Namun, sebaik sahaja kerusi Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, watak-watak yang sama mula menghasut warga Selangor untuk menolak Khalid Ibrahim atas beberapa dakwaan yang akhirnya terbukti fitnah.


Adakah ini sebahagian daripada 'strategi' yang 'dihalalkan'? 


Dakwaan-dakwaan ini dikumpulkan dalam satu dosier 91 mukasurat yang menjadi asas kepada desakan PKR agar Khalid Ibrahim berundur.


Kandungan dosier itu terbukti fitnah apabila salah seorang watak yang dikaitkan dengan dosier itu memohon maaf kepada Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 14 Ogos 2015.


Dalam kenyataan maafnya, watak tersebut, Saifuddin Nasution, menyenaraikan dengan jelas kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang terkandung dalam dokumen 91 mukasurat itu.


Saifuddin mengaku, bahawa kandungan dan tuduhan dalam dosier itu telah menjejaskan nama baik dan reputasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, seorang bekas tokoh korporat dan seorang ahli perniagaan serta keluarga beliau.


Sebaik sahaja permohonan maaf itu dibuat, Rafizi membuat kenyataan di Facebook bahawa kedua-dua pihak saling memohon maaf.


Namun, peguam Khalid Ibrahim, Edmund Bon, mengesahkan bahawa permohonan maaf Saifuddin tidak bersyarat, manakala permohonan Khalid Ibrahim pula dibuat atas semangat Syawal, bulan orang Islam bermaaf-maafan.


Bukan niat saya untuk mengungkit kembali kes Khalid Ibrahim – walaupun saya cukup sedih dengan apa yang berlaku, saya juga sedar bahawa kita tidak boleh terus hidup dalam kenangan lampau tanpa memandang ke hadapan, berpandukan realiti politik semasa.


Namun, ketika Rafizi berucap di Johor malam semalam, beliau mendakwa budaya “tegur-menegur secara terbuka” atau “hiruk-piruk” dengan cara “beremosi” merupakan budaya asal PKR yang paling disukai pengundi, yang rata-ratanya “mengundi dari hati.”


Jadi saya nak tanya, di manakah semangat “tegur-menegur secara terbuka” atau “hiruk-piruk” ini ketika Khalid Ibrahim diserang secara terbuka semata-mata untuk mencantas beliau?


Kenapa Rafizi tidak "menegur secara terbuka" pihak-pihak yang bersekongkol untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim, apabila kandungan dosier yang menjadi asas kepada gerakan menumbangkan mantan Menteri Besar Selangor itu disahkan fitnah?


Bukankah apa yang berlaku pada Khalid Ibrahim sedikit sebanyak mirip apa yang Rafizi sendiri dakwa sedang berlaku pada dirinya, yakni langkah terancang untuk mencantasnya dengan menikam dari belakang?


Bukankah Rafizi sendiri mengaku menjadi ‘mastermind’ kepada langkah terancang untuk mencantas Khalid Ibrahim?


Sejujurnya, jika Rafizi menang pemilihan Timbalan Presiden, saya tidak akan teragak-agak untuk mengucapkan tahniah kepada beliau.


Namun, jika Rafizi kalah, amat sukar bagi saya bersimpati sekalipun beliau gugur sebab ditikam dari belakang.


RJ Rithaudeen






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/saya-tiada-masalah-rafizi-menang-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

Antara Rafizi Atau Nurul Izzah Siapa Pilihan Chatgpt

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 137 hits
Apa kata ChatGPT Rafizi atau Nurul Izzah HarapandailySiapa lebih sesuai sebagai Timbalan Presiden PKR Ini kata ChatGPT mengenai Rafizi dan Nurul Izzah 1 RAFIZI RAMLIKelebihan Bijak dan teknokratik Rafizi dikenali sebagai tokoh yang cerdas b...
Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 108 hits
Malaysiakini nbsp Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri berkuat kuasa 17 Jun ini iaitu kurang dua minggu dari sekarang Menurut Rafizi dia telah menyerahkan surat peletakan jawatan kep...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry