Mengapa Susah Terima Anwar Adakah Muhyiddin Cemerlang





Ketidaktentuan politik yang berterusan selepas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mempunyai cukup majoriti untuk mengambilalih kuasa sebagai Perdana Menteri (PM) ke 9 pada Selasa lalu menatijahkan satu persoalan, mengapakah begitu sukar untuk menerima Anwar sebagai PM?

 
Persoalan itu dilontarkan oleh Profesor Dr Razali Nawawi dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia dari Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan, malam tadi.
 
Bekas Presiden ABIM kedua dan merupakan teman rapat Anwar itu bertanya kepada hadirin, adakah kerana Muhyiddin atau PM sebelum ini cemerlang menyebabkan jawatan PM sukar diberi kepada Anwar?
 
"Apakah PM sekarang ini Muhyididn cemerlang? Berapa bulan dia jadi PM? Saya tanya rakyat adakah merasa tenang, yakin?
 
"Saya di Bangi penuh dengan doktor, profesor, CEO. Bila saya tanya adakah Malaysia selamat. Mereka kata tidak. (Malah) ada yang kata jangan esok kita (penjawat awam) tidak dapat pencen (kerana negara kekurangan wang).
 
"Saya nak tanya mengapa sekarang pelajar tak mahu masuk universiti? Mengapa?
 
"Masuk universiti 3 tahun, kalau mereka ambil kursus (kemahiran) tiga bulan, keluar dapat kerja.
 
"Golongan belia tahu masa depan mereka sangat-sangat tidak jelas. Banyak syarikat sekarang buang pekerja. Apakah nasib kita di bawah pimpinan sekarang?" tanyanya.
 
Menurut bekas Dekan Kulliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, sekiranya kerajaan yang ada tidak mampu memberi kemakmuran kepada rakyat maka seharusnya jawatan PM diserahkan kepada Anwar bagi membina keyakinan antarabangsa dan memulihkan ekonomi.
 
Beliau menempelak sikap meneruskan amalan PM sebelum ini, Tun Mahathir yang tidak mahu melantik Anwar sebagai penggantinya. Sebaliknya, Mahathir memilih Abdullah Badawi kemudian menjatuhkannya, menaikkan Najib dan menjatuhkannya.
 
Dr Razali menegaskan Anwar amat dikenali oleh musuh-musuh politiknya. Oleh sebab itu beliau dikenakan pelbagai tuduhan di mahkamah dan dilabel dengan pelbagai label yang merosakkan imej.
 
"Mahathir tahu siapa Anwar, Abdullah Badawi tahu siapa Anwar. Mereka tahu kemampuan Anwar.
 
"Tetapi mengapa mereka nak sekat Anwar dari naik ke atas dengan melemparkan bermacam-macam tohmahan. Tiada seorang yang lebih hebat dari Anwar yang dikenakan tohmah yang pelbagai.
 
"Saya kaji, kalau Presiden Jamal Abdel Nasir (Mesir) satu tuduhan saja terhadap dia. Tuduhan Jamal ini seperti Firaun.
 
"Tetapi Anwar bermacam-macam. Liberal, berbagai wajah (perisik Barat). Rakyat boleh terimakah kalau dikatakan Anwar liberal. Liberal ini ketepikan agama.
 
"Saya kagum dengan Anwar kerana dia bukan mengaji agama tetapi dia mampu bertahan di dalam penjara ISA di Kamunting, 2 tahun. Saya hantar buku 'Learning Arabic' masa tu. Dari situ dia boleh baca Ilhya Ulumuddindalam bahasa Arab.
 
"Kalau kita kata Anwar liberal, maka ia tuduhan yang dibuat oleh orang yang jahil atau jahat. Saya minta seluruh rakyat di luar berilah penilaian terhadap Anwar secara adil, bandingkan dengan lain-lain (tokoh)," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/mengapa-susah-terima-anwar-adakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Reason Why Some In Umno Are Angry With Muhyiddin And Might Support Anwar

The Reason Why Some In Umno Are Angry With Muhyiddin And Might Support Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 520 hits
The bottom line is many Umno people cannot stand being number two and in Perikatan Nasional they feel they are number two with Bersatu being number one And they feel if GE15 is held Umno Barisan Nasional can win enough seats to form the gov...
Anwar Ada Majoriti Tolak Tindakan Buta Tuli Kata Muhyiddin

Anwar Ada Majoriti Tolak Tindakan Buta Tuli Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 833 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat menolak ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara Ia dibuat beberapa jam selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mendapat s...
Anwar Bayangkan Tempat Buat Muhyiddin Dalam Kerajaan Baru

Anwar Bayangkan Tempat Buat Muhyiddin Dalam Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 883 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berharap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bekerjasma memastikan peralihan lancar tampuk kepimpinan negara Anwar berkata dia tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan Muhyiddin atau mempunyai masalah peribadi deng...
Saya Pm Selagi Anwar Tak Buktikan Majoriti Muhyiddin

Saya Pm Selagi Anwar Tak Buktikan Majoriti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 824 hits
Muhyiddin Yassin menegaskan yang dia masih lagi memegang jawatan perdana menteri selagi Anwar Ibrahim tidak membuktikan mempunyai majoriti cukup Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Pe...
Anwar Claims To Possess Solid Majority Declares Muhyiddin S Reign Over

Anwar Claims To Possess Solid Majority Declares Muhyiddin S Reign Over

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 364 hits
PKR president Anwar Ibrahim claims he has majority support from MPs to seize control of Putrajaya and will have an audience with the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah soon With a solid and convincing majority it means ...
Anwar Offers Muhyiddin Suitable Role If He Cooperates With Transition

Anwar Offers Muhyiddin Suitable Role If He Cooperates With Transition

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 337 hits
PKR president Anwar Ibrahim who today claimed he has secured a simple majority in the Dewan Rakyat said he is willing to consider a suitable role for Prime Minister Muhyiddin Yassin if he cooperates with the transition of power Muhyiddin s ...
Muhyiddin Meminta Anwar Buktikan Sokongan Dia Sendiri Tidak Pernah Buktikan Di Parlimen

Muhyiddin Meminta Anwar Buktikan Sokongan Dia Sendiri Tidak Pernah Buktikan Di Parlimen

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 470 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak pernah membuktikan sokongan yang diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu melalui undi di ...
Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 480 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini Menjawap soalam w...
Mp Bintulu Nafi Sokong Anwar Ikrar Sokong Muhyiddin Mana Bilangan Anwar

Mp Bintulu Nafi Sokong Anwar Ikrar Sokong Muhyiddin Mana Bilangan Anwar

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 464 hits
Presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Tiong King Sing hari ini berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus mengakhiri spekulasi yang mengaitkan namanya dengan senarai ahli parlimen yang didakwa...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian