Mengapa Spr Tak Benar Pembangkang Dapat Daftar Pemilih Terkini



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoalkan tindakannya kerana masih tidak membenarkan parti parti pembangkang mendapat Daftar Pemilihan Tambahan (DPT) biar pun dikatakan telah diwartakan pada 14 Januari lalu.
Pengarah Pilihan Raya Pusat KEADILAN, Fuziah Salleh mendakwa DPT yang mengandungi maklumat terbaharu pengundi sehingga Disember 2021 itu, tidak dapat dibeli oleh Pakatan Harapan biarkan senarai harga telah dikeluarkan SPR pada 7 Februari lalu.
“Pada 7 Februari 2022, SPR telah mengeluarkan senarai harga Daftar Pemilih Induk (DPI) 2021 untuk seluruh negara dan memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Induk ini sudah sedia untuk dibekalkan kepada parti parti politik.
“Namun sehingga kini, sebulan selepas DPT BLN12/2021 diwartakan, SPR masih belum bersedia membekalkan senarai daftar tersebut kepada pihak yang ingin membeli.
“Apakah alasan sebenar kegagalan tersebut? Adakah ianya disebabkan data terdapat kesalahan atau ianya disebabkan SPR tidak mahu membekalkan senarai tersebut kepada pihak pembangkang? Atau apa sebenarnya? Berkali kali pihak unit data PH tidak dibenarkan membeli DPT BLN12/2021 dengan pelbagai alasan,” kata Fuziah dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, DPT tersebut juga diragui kesahihannya kerana terdapat kecelaruan nama nama pengundi yang tidak membayangkan maklumat pengundi di Malaysia.
“Saya terima aduan dari unit data parti-parti PH berkenaan data yang pelik-pelik sebagai nama pengundi. Misalnya ‘Deceased’ dan ‘Expired’ sebagai nama pemilih.
“Maka saya sendiri membuat semakan pemilih di laman web SPR menggunakan sampel no kad pengenalan dari DPT tersebut. Ternyata aduan tersebut adalah benar,” katanya.
Hal sama tidak berlaku sebelum ini kerana menurut Fuziah SPR menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) dalam tempoh tertentu dan parti parti politik atau individu boleh melakukan bantahan sekiranya terdapat data yang pelik sebagai maklumat pengundi.
“Sebelum ini SPR menyediakan RDPT setiap suku tahun yang dipamerkan kepada awam serta dibekalkan secara percuma untuk disemak oleh parti parti politik dan individu yang boleh membuat bantahan sebelum SPR mewartakan daftar pemilih tambahan tersebut.
“Akan tetapi amalan tersebut kini tidak lagi di teruskan. Dan Daftar Pemilih Tambahan terpaksa dibeli oleh parti politik dengan kos yang mahal. Parti politik tidak lagi dibenarkan menyemak kesahihahan daftar tambahan dalam bentuk RDPT yang dipamerkan.
“Ianya kini dipaksa untuk kami terima dan dipaksa pula untuk kami beli untuk tujuan menyemak,” katanya.
Sehubungan itu, Fuziah meminta SPR memberikan penjelasan menyeluruh mengenai DPT. Adakah hal tersebut merupakan kecuaian suruhanjaya itu atau terdapat isu isu lainnya.
“Ternyata apabila ianya tidak dipamerkan kali ini, terdapat nama-nama yang pelik dalam DPT bulan Disember 2021.
“Saya gesa SPR membuat kenyataan secara terbuka berkenaan integriti data yang telah pun diwartakan tersebut. Bagaimana SPR boleh mewartakan sesuatu data melibatkan lebih 5.8 juta pengundi, tetapi diragui kesahihannya?
“Dan adakah Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac 2022 akan dikompromi keputusannya kerana terdapat ‘irregularities’ pada daftar pemilih yang telah di wartakan?” tanya Fuziah lagi.
Untuk rekod, daftar maklumat pengundi amat berguna untuk parti parti yang bertanding membuat culaan dan sebagainya. Sedekad lalu SPR pernah dipersoalkan kerana daftar mengadungi senarai pengundi hantu yang melibatkan berpuluh puluh nama didaftarkan dlaam satu rumah dan sebagainya. Bagaimanapun pembersihan daftar pada 2017 menyebabkan PH berjaya menewaskan BN dalam Pilihan Raya Umum 2018 lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/34102

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Daftar Pemilih Spr 2022

Semakan Daftar Pemilih Spr 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 220 hits
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR 2022 Anda ingin tahu cara buat SEMAKAN DAFTAR PEMILIH bagi yang telah buat pendaftaran pemilih pilihanraya sebelum ini Melalui SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ini anda akan tahu lokasi atau tempat mengundi terkini SEMAKAN ...
Daftar Pemilih Meragukan Dakwa Fuziah

Daftar Pemilih Meragukan Dakwa Fuziah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 274 hits
Fuziah meminta SPR memberikan penjelasan menyeluruh mengenai DPT sama ada hal tersebut merupakan kecuaian suruhanjaya itu atau terdapat isu isu lain Ternyata apabila ianya tidak dipamerkan kali ini terdapat nama nama yang pelik dalam DPT bu...
Tubuh Jawatankuasa Audit Nama Pelik Daftar Spr

Tubuh Jawatankuasa Audit Nama Pelik Daftar Spr

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 201 hits
Kewujudan nama nama pelik dalam Daftar Pemilih Tambahan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak seharusnya dibiarkan menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat Sebaliknya pertubuhan pemantau pilihan raya Bersih 2 0 menyarankan kerajaan segera menubuh...
Prn Johor Benar Ceramah Kecil Kecilan Di Tempat Terbuka Pkr Beritahu Spr

Prn Johor Benar Ceramah Kecil Kecilan Di Tempat Terbuka Pkr Beritahu Spr

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 195 hits
February 9 2022 Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata kelonggaran perlu dibenarkan kepada ceramah kecil kecilan di tempat terbuka selain memberi peluang kepada calon memperkenalkan diri kepada pengundi muda susulan pelaksanaan Un...
Daftar Game Yang Dilarang Pemerintah Alasannya Aneh

Daftar Game Yang Dilarang Pemerintah Alasannya Aneh

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 194 hits
Ternyata ada beberapa yang dilarang oleh pemerintah di seluruh dunia Alasan pelarangannya pun seringkali nyeleneh dan terkesan aneh Hal ini tentu dapat kita cermati dan bandingkan bagaimana pemerintah Indonesia juga beberapa kali sempat mel...
Jawatan Kosong Terkini Kerani Pelbagai Syarikat Jabatan Di Sabah Februari 2022 Gaji Rm1 200 Hingga Rm3 500

Jawatan Kosong Terkini Kerani Pelbagai Syarikat Jabatan Di Sabah Februari 2022 Gaji Rm1 200 Hingga Rm3 500

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 316 hits
Pengambilan Besar Besaran Kerani Pelbagai Syarikat Jabatan di Sabah GAJI RM1 200 hingga RM3 500 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat ...
Pelaburan Pasif Income Terkini Yang Terbukti Selamat Dengan Copytrade

Pelaburan Pasif Income Terkini Yang Terbukti Selamat Dengan Copytrade

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 342 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai