Maksud Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah Saw



Soalan:
Boleh jelaskan tentang maksud dan hakikat selawat dan salam kepada Baginda Nabi SAW?

Jawapan:
Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Surah al-Ahzab (56)]

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 11/5511)

Al-Qadhi Iyadh dalam kitab al-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa (hlm. 138-139) menyebut: “Menurut Ibn Abbas R.Anhuma, makna ayat ini adalah, Allah SWT dan para Malaikat sentiasa melimpahkan berkat kepada Nabi SAW. Ada juga yang mengertikan ayat ini dengan menyebut: Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa melimpahkan rahmat kepada Nabi.”

Al-Mubarrid berkata: “Makna asal selawat adalah limpahan rasa kasih sayang. Namun jika selawat itu berasal daripada Allah SWT, maka maknanya adalah rahmat. Manakala jika berasal dari para Malaikat, ia bermaksud kasih sayang dan doa permohonan rahmat kepada Allah SWT.”

Disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, bentuk bacaan selawat para Malaikat untuk orang-orang yang duduk menantikan solat adalah “اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ” (Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, berikanlah rahmat kepadanya). Tentu sahaja bentuk selawat seperti ini pada hakikatnya adalah bacaan doa.

Abu Bakar al-Qusyairi berkata: “Selawat daripada Allah yang diberikan kepada selain Nabi adalah bermaksud rahmat. Manakala selawat Allah kepada Nabi adalah satu bentuk kemuliaan dan tambahan pangkat kepada Baginda.”


Abu al-‘Aliyah berkata: “Selawat Allah kepada Nabi adalah dalam bentuk pujian kepada Baginda di hadapan para Malaikat. Manakala selawat para Malaikat kepada Baginda merupakan dalam bentuk doa.”

Al-Qadhi Abu al-Fadhl berkata: “Dalam hadis yang menyebut berkenaan berkenaan cara membaca selawat, Rasulullah SAW telah membezakan antara lafaz selawat dan lafaz barakah. Kedua-duanya mempunyai makna masing-masing.”

Adapun mengenai bacaan salam yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, maka menurut al-Qadhi Abu Bakar bin Bukair, ia telah dijelaskan dalam ayat yang telah disebutkan di atas. Dalam ayat tersebut, Allah SWT memerintahkan para sahabat untuk membaca salam kepada Rasulullah SAW. Hal ini juga berlaku bagi orang-orang yang hidup setelah mereka. Dengan kata lain, orang-orang yang hidup setelah generasi sahabat juga diperintahkan untuk membaca salam ketika mereka menziarahi maqam Rasulullah SAW atau ketika mengingati Baginda.

Mengenai makna lafaz salam kepada Rasulullah SAW, terdapat tiga bentuk:

“السَّلَامَةُ لَكَ ، وَمَعَكَ” yang bermaksud, semoga keselamatan menjadi milikmu dan selalu bersamamu. Perkataan al-salam dalam susunan kalimat seperti ini, dalam tatabahasa Arab berbentuk masdar.“السَّلَامُ عَلَى حِفْظِكَ ، وَرِعَايَتِكَ” yang bermaksud, semoga Zat Yang Maha Pemberi Keselamatan memberikan penjagaan dan jaminan untukmu. Dengan kata lain, kata al-salam dalam kalimat itu bererti salah satu daripada nama Allah.Al-Salam yang maknanya pasrah dan tunduk. Hal ini sebagaimana yang terungkap dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 65: “فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا” (Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.) (Lihat al-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa, 138-139)

Wallahua'lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/maksud-selawat-dan-salam-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Perantau Esok Raya

Salam Perantau Esok Raya

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum w b t Saya Sam a k a Miss Mirror mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua follower muslimin dan muslimat kepada saudara mara sahabat handai yg mengenali Andai ada kelancangan bic...
Salam Aidilfitri 2019 Jangan Dilupa Ini Semua

Salam Aidilfitri 2019 Jangan Dilupa Ini Semua

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 671 hits
Salam Aidilfitri 2019 Ramadan dah berlalu Semoga berjumpa lagi Amin Banyak dah doa sepanjang Ramadan Makbul or belum Tetap terus berdoa So di kesempatan ni Nona nak jugak berpantun Ewahh Bila kata menyakiti jiwa Bila sikap membekas lara Amp...
Adik Cuma Nak Salam Peluk Cium Ibu Di Pagi Raya Sekejap Pun Jadilah Anak Rayu Ibu Kesayangannya Kembali

Adik Cuma Nak Salam Peluk Cium Ibu Di Pagi Raya Sekejap Pun Jadilah Anak Rayu Ibu Kesayangannya Kembali

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 562 hits
Remaja perempuan berusia 15 tahun bernama Ika ditinggalkan ibu kandungnya di rumah perlindungan di Kuala Lumpur dan tidak pernah kembali untuk mengambil mahupun menjenguknya Si ibu berbuat demikian tahun lalu kerana keadaan kewangannya yang...
Salam Aidifitri Pohon Kemaafan

Salam Aidifitri Pohon Kemaafan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 466 hits
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI 1440 2019Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Saya mengucapkan selamat hari raya Aidifitri kepada semua penjengok blog Merah Tinta Saya mengambil kesempatan memohon keampunan dan kemaafan kepada semua atas apa apa...
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Semua Aidilfitri 2019 1440 H

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Semua Aidilfitri 2019 1440 H

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 1783 hits
Assalamualaikum Hi Semua Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Semua Aidilfitri 2019 1440 H Hari ni sudah pun masuk hari terakhir kita berpuasa dan insyaAllah esok raya Yeayy Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa dan berbuka...
Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 1911 hits
as salam Pepagi raya mulakan dengan memuji Allah The Only Person you should try to be better than is the Person you Were Yesterday wise man said
Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Aynorablogs Dot Com

Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Aynorablogs Dot Com

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 1154 hits
Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca Aynorablogs Dot Com Dah sampai kampung dan bertemu family tercinta Alhamdulillah Perjalanan anda telah menemukan dengan orang yang anda sayangi Bagi yang tak dapat balik kampung dan terpaksa bekerja pad...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain