Mengapa Pesakit Diabetes Harus Jauhi Buah Buahan Ini
Ramai di kalangan kita tidak mengetahui bahawa ada beberapa jenis buah-buahan tertentu boleh menyebabkan perubahan kandungan gula dalam darah meningkat mendadak terutamanya pesakit diabetes. Oleh itu, pengidap penyakit diabetes perlu tahu dengan jelas jenis buah yang dimakannya tidak menjejaskan kesihatan diabetesnya.
Masalah besar bagi pengidap diabetes ialah jenis buah yang dimaksudkan merupakan buah-buahan yang menjadi kegemaran ramai kerana selain enak rasanya, harganya mampu beli dan mudah didapati. Justeru, anda perlu bijak mengawal agar tidak menimbulkan masalah yang merugikan bagi tubuh anda.
Berikut buah-buahan yang mengandung kadar gula tinggi yang harus dalam pengetahuan pesakit diabetes;
Buah Mangga
Buah yang harus dihindari penderita diabetes pertama adalah Mangga. Satu biji buah mangga memiliki 30 gram karbohidrat dan 26 gram gula.
Walaupun buah ini memiliki tekstur yang sangat enak, indeks glikemik akan semakin tinggi dan secara automatik akan meningkatkan gula dalam darah bagi diabetes.
Anggur
Buah anggur memang kaya dengan serat, vitamin, dan nutrisi lainnya. Namun anggur juga mengandung kadar gula yang tinggi.
Anggur sebaiknya dihindari oleh penderita diabetes kerana tiga aun anggur saja mengandung 15 gram karbohidrat yang mampu meningkatkan kadar gula dalam darah. Menurut seperti dikutip dari Very Well Health, sebiji buah anggur mengandung 1 gram karbohidrat.
NanasNanas mengandung nilai indeks glikemik yang tinggi. Dalam semangkuk kecil nanas sajamengandungi lebih 20 gram karbohidrat. Pesakit diabetes sebaiknya menghindari buah ini.
Semakin tebal dan lebar buah nanas, semakin banyak karbohidrat yang terkandung. Menghiris nanas kecil-kecil dipadukan dengan makanan kaya protein dapat jadi penyelesai masalah memakan nanas agar gula darah tidak melonjak naik.
Pisang
Pisang adalah salah satu buah yang mudah dan murah untuk dinikmati. Namun sayangnya pisang tidak baik untuk penderita diabetes kerana setengah cawan pisang saja sudah mengandungi 15 gram karbohidrat.
Nilai Indeks Glikemik pisang juga cukup tinggi antara 46 - 70. Pisang yang sudah terlalu masak terutamanya harus dihindari oleh penderita diabetes.
TembikaiSemangka atau tembikai mengandungi banyak air dan memiliki lebih sedikit serat serta kalori. Tembikai juga merupakan sumber vitamin A dan C yang baik.
Namun begitu, tembikai merupakan salah satu buah yang harus dijauhi oleh pengidap penyakit diabetes. Ia memiliki nilai Indeks Glikemik yang tinggi, iaitu 72.
Betik
Buah betik memang mengandungi serat yang sangat baik untuk pencernaan, namun buah ini memiliki nilai Indeks Glikemik tinggi yaitu 59, dan tinggi karbohidrat serta kalori. Pesakit diabetes perlu berhati-hati, sebaiknya membatasi pengambilan buah ini jika ingin memastikan kadar gula dalam darah kekal stabil
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://orangmuo.blogspot.com/2019/12/buah-buahan-ini-harus-dihindari-oleh.html