Mengapa Perlu Gandakan Simpanan Akaun 1 Kwsp Di Tempat Yang Kalis Inflasi
Assalamualaikum & Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai “Tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda?” dan “Mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS?”. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang mengapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi?

Mengapa anda perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi?
Contoh
Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila telah bersara nanti. (Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)
Andaikan umur anda sekarang adalah 30 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh selama 25 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara bukan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat setelah bersara pada umur 55 tahun nanti? Anggarkan wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 240,000? Adakah kita tahu sampai bila jangka hayat hidup kita? Tidak pasti bukan? Andaikan jangka hayat hidup hingga usia 75 tahun? Ini bermakna setelah bersara nanti anda hanya bergantung dengan wang simpanan KWSP sebanyak RM 240,000 selama 20 tahun?
Anda merancang untuk bersara pada umur 55 tahun20 Tahun = RM 240,0001 Tahun = RM 12,000 (RM 240,000/20 Tahun)1 Bulan = RM 1,000 (RM 12,000/12 Bulan)Adakah nilai wang RM 1,000 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimanakah pula dengan kos sara hidup, hutang, kesan Inflasi setelah bersara nanti
Tahukah anda simpanan Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:I. Umur 55 TahunII. KematianIII. Pelaburan Amanah Saham, Saham Amanah, Unit Amanah, Unit Trust, Mutual FundMelabur Akaun 1 KWSP dalam Unit AmanahObjektifPengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
Kelayakan Memohon1. a) Warganegara Malaysia; ATAUb) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAUC) Bukan warganegara Malaysia:*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP, DAN3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 240,000 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun
I) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
II) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1
III) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa
IV) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri
V) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda
VI) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP
Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan
Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan
Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur: (Berkuatkuasa 1 Januari 2019)
   Umur
   (Tahun)    Simpanan Asas
  (RM)    Umur
   (Tahun)  Simpanan Asas
  (RM)   18  2,000  37  68,000   19  4,000  38  74,000   20  6,000  39  80,000   21  8,000  40  86,000   22  10,000  41  93,000   23  13,000  42  101,000   24  15,000  43  108,000   25  18,000  44  116,000   26  21,000  45  125,000   27  24,000  46  134,000   28  27,000  47  144,000   29  31,000  48  154,000   30  35,000  49  164,000   31  39,000  50  175,000   32  43,000  51  187,000   33  47,000  52  199,000   34  52,000  53  212,000   35  57,000  54  226,000   36  62,000  55  240,000 Sumber: http://www.kwsp.gov.my/Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSPSituasi 1Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 41,000
Cara pengiraan(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%RM 41,000 – RM 35,000 = RM 6,000RM 6,000 x 30% = RM 1,800KelayakanAnda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800
Situasi 2Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 36,000
Cara pengiraan(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%RM 36,000 – RM 35,000 = RM 1,000RM 1,000 x 30% = RM 300KelayakanAnda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000. 
   Ahli  Umur  Simpanan   di dalam Akaun 1 (RM)   Simpanan   Asas Baharu(RM)   Pengiraaan   untuk pelaburan (30%)   Kelayakan      A  22  4,000  10,000  -  Ahli tidak layak memohon. Simpanan di   Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas baharu.   B  22  11,000  10,000  RM11,000.00-10,000.00   x 30%    = RM300.00  Ahli tidak layak memohon.  Amaun   kelayakan minimum adalah RM1,000.00.   C  25  24,000  18,000  RM24,000.00-RM18,000.00   x 30%  = RM1,800  Ahli layak memohon. Amaun kelayakan   minimum adalah  RM1,000.00 dan maksimum   adalah RM1800.00 
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Berdasarkan kepada formula inflasi peraturan 72 (rule of 72)Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 2%72/2 = 36 (Selama 36 tahun baru simpanan anda akan berganda)2019: RM 100,0002055: RM 200,0002091: RM 400,0002127: RM 800,000Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 4%72/4 = 18 (Selama 18 tahun baru simpanan anda akan berganda)2019: RM 100,0002037: RM 200,0002055: RM 400,0002073: RM 800,000Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 6%72/6 = 12 (Selama 12 tahun baru simpanan anda akan berganda)2019: RM 100,0002031: RM 200,0002043: RM 400,0002055: RM 800,000Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang beri anggaran kadar pulangan setahun = 8%72/8 = 9 (Selama 9 tahun baru simpanan anda akan berganda)2019: RM 100,0002028: RM 200,0002037: RM 400,0002046: RM 800,000Dimanakah tempat anda buat simpanan
1. Akaun Simpanan (0-1%)2. Deposit Tetap (2-4%)3. Tabung Haj* (4-6%)4. KWS* (5-7%)5. AS* (7-9%)6. Unit Amanah (10-15%)P/S: Segala maklumat yang saya kongsikan ini adalah anggaran kadar pulangan secara purata, bukan lah muktamad seperti yang tercatat
ContohAndaikan anggaran kadar Inflasi adalah 4%. Sekiranya anda buat simpanan di tempat yang memberi anggaran kadar pulangan 9% maka anggaran baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi adalah hanya 4.8077% sahaja. Hal ini kerana anggaran kadar pulangan 9% perlu ditolak dengan anggaran kadar Inflasi 4% dan bakinya adalah 4.8077% merupakan anggaran baki kadar pulangan yang bakal anda perolehi
Anggaran Kadar Inflasi = 4%Anggaran Kadar Pulangan = 9%Anggaran Baki Kadar Pulangan = 
(Kadar Pulangan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Kadar Pulangan(9% - 4%) / (1 + 4%) = 4.8077% (Baki Kadar Pulangan)Apakah itu Inflasi
Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa
Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga barang atau perkhidmatan naikAnggaran kadar Inflasi yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM)=2.5% hingga 4%Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh institusi kewangan= 7% hingga 12%
Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72), andaikan anggaran kadar Inflasi adalah 4% maka nilai wang pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 18 tahun
Anggaran Kadar Inflasi = 4%Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72)72/Kadar Inflasi72/4 = 18Contoh2019: RM 100,0002037: RM 50,000 = RM 100,000 (2019)P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang kalis Inflasi! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 25 tahun yang lepas. Waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan adalah dari sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:Muhammad AizuddinPerunding Unit Amanah
Perunding Skim Persaraan SwastaSingle License InvestmentEmel: 
[email protected]/P: 019-548 1304Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau PinangSekian, Wassalam
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://aizuddinazmi.blogspot.com/2019/04/mengapa-perlu-gandakan-simpanan-akaun-1.html