Kelebihan Dan Kekurangan Tempat Untuk Membuat Simpanan Atau Pelaburan Wang
Assalamualaikum & Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang jenis dana Unit Amanah di Malaysia. Saya juga telah berkongsi tentang senarai syarikat pengurusan Unit Amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kali ini saya nak berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan tempat untuk membuat simpanan atau pelaburan wang. Segala maklumat yang akan saya kongsikan ini adalah untuk tujuan membuat perbandingan secara umum sahaja
Akaun SimpananKelebihan:* Mudah dibuka dan dijaga* Keperluan minimum. Memang munasabah
* Akses tunai adalah fleksibel
Kekurangan:* Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakkan rancangan simpanan anda
* Kadar faedah agak rendah
Deposit TetapKelebihan:* Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan
* Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan
Kekurangan:* Kadar faedah mungkin kurang dari kadar Inflasi
* Pengeluaran kurang fleksibel
HartanahKelebihan:* Satu rancangan “simpanan-paksa” yang baik
* Sebagai lindung nilai yang baik untuk mencegah Inflasi
* Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi “melambung”
Kekurangan:* Untuk mula menyimpan, memang sukar; wang pendahuluan “permulaan” yang tinggi, dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank
* Skim pembayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel
* Tidak boleh segera ditukar kepada tunai
Insurans Hayat/TakafulKelebihan:* Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat
* Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum insurans hayat/takaful matang, maka ia bertindak sebagai mekanisme untuk menggalakkan simpanan
* Terbukti sebagai rancangan “simpanan paksa” yang berkesan
Kekurangan:* Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain
* Kurang fleksibel
Unit AmanahKelebihan:* Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang buat simpanan kerap
* Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan, tetapi munasabah
* Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap
* Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar
* Unit amanah memberikan portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan
* Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa
Kekurangan:* Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan
Pasaran SahamKelebihan:* Lebih memberangsangkan daripada akaun semasa
* Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya
Kekurangan:* Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham
* Bukan untuk penyimpan biasa yang melabur cuma beberapa ratus ringgit sebulan
* Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri pelaburan anda dengan jayanya
P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda membuat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:Muhammad AizuddinPerunding Unit AmanahPerunding Skim Persaraan SwastaSingle License InvestmentEmel:
[email protected]/P: 019-548 1304Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau PinangSekian, Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizuddinazmi.blogspot.com/2019/03/kelebihan-dan-kekurangan-tempat-untuk.html