Mengapa Pas Hari Ini Tidak Seperti Pas Seawal Dulu 9196
PAS perlu melakukan sesuatu untuk membersihkan nama baiknya. Bukan sekadar pemimpin-pemimpinnya berkata-kata, mendakwa sesuatu hal itu tidak berasas dan semata-mata fitnah sahaja. Salah satu cara ialah Saman Hadi ke Sarawak Report di London. Bagaimana pun hal tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah.
Kenyataan SPRM tentang RM90juta bukan bersifat hal berpanjangan. Setakat siasatan hari ini SPRM tidak lagi temui bukti dari Umno ke Akaun Bank PAS.
d0t.
Hadi’s pain, Mahathir’s gain...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Sejam yang lalu
*PAS president Abdul Hadi Awang is a desperate man. Revelations that PAS secretly accepted millions of ringgit from Umno in the run-up to the last election and then lied to cover it up has left his reputation in tatters.* *From what we now know, PAS took the money to fund the unprecedented number of candidates it fielded in the last election, part of a deal to help Umno by splitting the Malay votes. Unsurprisingly, some of that money appears to have also found its way into fancy cars, superbikes and high-end properties. The MACC is now investigating the whole affair.* *Whichever w... lagi »
tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
26 February 2019
Hadi’s pain, Mahathir’s gain...
PAS president Abdul Hadi Awang is a desperate man. Revelations that PAS secretly accepted millions of ringgit from Umno in the run-up to the last election and then lied to cover it up has left his reputation in tatters.
From what we now know, PAS took the money to fund the unprecedented number of candidates it fielded in the last election, part of a deal to help Umno by splitting the Malay votes. Unsurprisingly, some of that money appears to have also found its way into fancy cars, superbikes and high-end properties. The MACC is now investigating the whole affair.
Whichever way you look at it, PAS now stands exposed as being cut from the same cloth as Umno, corrupt and conniving, willing to go to any lengths to cling to power.
They pretend to be defenders of the faith but they think nothing of defrauding the faithful. They talk about Malay rights but are more concerned with their own power and ambition.
They have also shown themselves to be utterly unprincipled by insisting that it is morally acceptable to lie for the party, going so far as to even call it “shariah-compliant.” How can anyone trust a so-called religious party that makes a virtue out of lying?
Hadi’s schemes
In order to distract attention from his own misdeeds, Hadi is now trying to pit Pakatan Harapan parties against each other by insisting that a plot is afoot to engineer Mahathir’s removal from office via a no-confidence vote in parliament. And, very conveniently, he has let it be known that in the interests of defending the faith and protecting Malay rights (what else?), he is willing to put aside his own differences with Mahathir and support him.
It’s a devilishly cunning plan to distract attention by hinting that the DAP is plotting with Anwar to oust Mahathir. It also provides him with the justification to suddenly shift his support to Mahathir in the hope of saving himself from the anti-corruption agency and his party from extinction. That it also sows further distrust and suspicion within the PH coalition is an added bonus.
Of course, it’s all rubbish, just another scheme from the fetid imagination of a racist politician but it seems to be working; everyone is now fixated on the imaginary no-confidence vote instead of Hadi’s misdeeds. In Malaysian politics, nothing distracts attention better than suggestions that the Chinese, or Christians or Jews are plotting to undermine Malay power.
We will have to see if kissing Mahathir’s hand will save Hadi from prosecution. It may be recalled that Zahid Hamidi tried that, too, but to no avail; hope springs eternal for desperate politicians, I suppose.
Anwar’s concerns
Anwar, for his part, appears to be extremely cautious. He tried to overthrow Mahathir once before and paid dearly for it. He is unlikely to act hastily again. At this point of time, he simply doesn’t have the votes in parliament for a no-confidence motion. The public is also unlikely to take kindly to any move to oust Mahathir though the ground is slowly shifting. Furthermore, as concerned as he might be about his future, the situation vis-à-vis Mahathir has not yet come to the point where he might feel compelled to act. In any case, even if he is planning to move against Mahathir, mischievously putting up banners across town calling for Mahathir’s resignation is hardly the way he would go about it.
Hadi’s insinuation that the DAP might be conspiring with Anwar against Mahathir is also pure hogwash. As worried as they may be about the shifting balance of power within the coalition (as a result of Umno MPs migrating to Bersatu), the DAP leadership is highly unlikely to take sides in what is essentially a Malay power struggle. The risks are simply too great especially given the deep-seated anti-DAP suspicions that have been ingrained into large swathes of the Malay population.
Mahathir’s games
Interestingly, while senior coalition leaders (including from Mahathir’s own party) rushed to deny rumours of a coup, Mahathir himself cryptically remarked that, “If there is a vote of no confidence then I will see if PAS will support me or not.” He could have dismissed the rumours and put an end to Hadi’s scheming but he appears to have chosen to keep the ball in play for reasons of his own.
Mahathir being Mahathir, he probably couldn’t pass up an opportunity to add to Anwar’s discomfort as well as keep everyone guessing. Whatever it is, it must be satisfying to hear everyone, including Hadi, now professing their support for him.
Mahathir may be getting on in years but he hasn’t lost his ability to adroitly exploit every situation to his advantage. With Umno floundering under the weight of corruption charges, PAS grovelling before him and Anwar and other coalition leaders dutifully pledging their loyalty to him, Mahathir remains the unchallenged master of the realm. - Dennis Ignatius,fmt
Saya tak perlukan sokongan PAS...
Pesan Dr.M kepada Hadi...SPRM perlu ambil masa siasat dakwaan pemimpin PAS terima wang RM90 juta
Sengaja SPRM bagi peluang walaun bodoh seronok seketika dengan pengumuman terbaharu. Pengubahan wang haram memang tak masuk ke akaun PAS Pusat, sebab itu PAS tak mampu bayar hutang printing Harakah...f/bk😂😂😂😂😂😂
Setakat berselfie jahlah...
Bosskurrr Najib turun ke Semenyih setakat bergambar dan berselfie sahajalah. Nak bagi duit atau umum projek, duit dah tak ada. Nak umum projek berbillion kuasa juga dah tak ada. Duit yang dirampas oleh polis di kediamannya, bukan duit dia, duit Umno kalau tidak dapat juga halur samah serial.
Nantilah bila jadi PM kali kedua, Najib tidak akan lupa rakyat bawahan. Dan pemimpin biasanya teringat rakyat apabila sudah tidak berkuasa. Macam orang sakit dengan ubatlah, bila sakit baru teringat ubat. - mso
Jenis macam ni pun UMNO boleh ambil sebagai calon di Semenyih...😂😂😂😂😂😂😂😂
cheers. Posted by ali allah ditta at 12:12:00 AM tumpang sekole...?: Hadi’s pain, Mahathir’s gain...
SPRM tak jumpa RM90 juta dalam akaun bank PAS....ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Sehari yang lalu
[image: Image may contain: 4 people, text that says 'Dulu sbb apa kata Umno kafir Dulu Tun tak bagi 90 JUTA mcm ds'] *Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.* *Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, hari ini.* *"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengena... lagi »Hadi saja yang dok meroyan pasai usul tak percaya...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 2 hari yang lalu
*Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terdapat usaha untuk membuat usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen.* *Ditanya sama ada beliau akan menyokong Mahathir sekiranya usul berkenaan, Anwar berkata, usul seumpamanya hanya akan datang daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.* *"Apa isunya? Kenapa anda bangkitkan apa yang Abdul Hadi mahu?* *"Itu usul Abdul Hadi. Biar dia yang buat usul tu," kata Anwar kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini. * *Anwar juga berkata bahawa spekulasi untuk menjatuhkan Mahathir hanya percubaan PAS untuk mem... lagi »Kalu PAS saman SR kali ke-2 ada can menang dak...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 3 hari yang lalu
*Kalau parti agama mengambil keputusan untuk saman Sarawak Report round kedua kerana memfitnah parti itu menerima wang RM2.5 juta untuk bayar deposit calon-calonnya dalam pilihan raya lalu, tentu saman itu akan dimenangi dengan mudah.* *Pas boleh mengemukakan Najib Razak sebagai saksi utamanya. Menurut Najib beliau tidak tahu mengenai pemberian wang deposit itu. Hujah Najib boleh dijadikan hujah sokongan bagi Pas saman Sarawak Report. Najib boleh diyakini kerana ketika itu dia presiden Umno.* *Cuma satu hal yang Pas perlu beri penjelasan berkaitan dengan wang sebanyak RM2.5 juta ... lagi »Lepas isu RM90 juta disiasat, PAS ‘minta nyawa’ pada PM...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 4 hari yang lalu
[image: Image may contain: one or more people and text] *Selepas episod Nik Mohamad Abduh Nik Mat kantoi berbohong sehingga membawa kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PAS berhubung dana RM90 juta daripada UMNO, PAS kini mencipta pula drama dan naratif pembohongan baru. * *Semua ini dilakukan PAS semata-mata untuk menyelamatkan tembolok mereka selepas habis semua pekung pecah.* *Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mencium bau bahaya berikut langkah SPRM yang dilaporkan mahu menyiasat penderma tetap dan kroni partinya itu. * *Abdul Ha...lagi »Hadi,the king maker nak jadi lilin, lilin tipu sunat...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 5 hari yang lalu
*Kata Hj Hadi.. dia sanggup jadi lilin membakar diri.. kononnya demi penyatuan Ummat Islam.. Hakikatnya Politik Haji Hadi sejak zaman mudanya.. Ibarat Kecewa membunuh diri..* *Sejarah Politik Haji Hadi bukan lah dikenal sebagai tokoh Perpaduan, Tetapi seperti kata Tok Guru Nik Aziz tentang agenda Perpaduan PAS-UMNO.. Haji Hadi ini adalah bapa perpecahan Ummat Islam..* *Dari Sejarah Amanat Haji Hadi, Dia lah bapa pepecahan Ummat Islam.. menyemarakkan semangat Ashabiyah dan budaya Takfiri.. Ummat Islam Solat 2 Imam, Kafir mengkafir, Bercerai sebab Politik, Tak makan sembelihan UMNO,... lagi »Nik Amar dah berkokok...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 6 hari yang lalu
[image: Related image] *Saya tunggu Mohd Amar “memenatekan” isu pertemuan Hadi Awang dengan Dr Mahathir. Selalunya kalau Nik Amar bersuara ia boleh menghilangkan katuk. Nampaknya dia sudah bersuara. Katuk saya pun dah hilang.* *Dia seperti juga orang Pas lain menafikan perjumpaan itu kononnya untuk mengharap belas ehsan bersabit isu siasatan RM90 juta.* *Sebaliknya kata Nik Amar pertemuan itu untuk mengatakan sokongan kepada Dr Mahathir atas kepasitinya sebagai PM demi Melayu dan Islam dan juga untuk selamatkan Mahathir daripada diganggu pihak tertentu.* *Wah, hebat Nik Amar dan ca... lagi »PAS fitnah DAP untuk tutup skandal RM90 juta wang UMNO...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*DAP membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa terdapat usaha oleh “dua parti komponen Pakatan Harapan” untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.* *Menyifatkan ia sebagai dakwaan palsu, berunsur fitnah serta helah untuk menutup skandal pemimpin PAS terima wang UMNO, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Harapan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir.* *“Tidak ada satu parti komponen PH ataupun mana-mana pemimpin PH yang menyatakan tidak sokong atau mahukan undi tidak percaya k... lagi »Sapa berbohong Atok atau Tok Lebai...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
[image: Image may contain: 2 people, meme, text and closeup] *1. Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya hari ini mendakwa Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu telah menyatakan bahawa Pas tidak akan menyokong Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Sekiranya benar kenyataan Tun M itu, ia adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.* *2. Perakuan tersebut dikatakan dibuat di hadapan Tun M sehari sebelum penamaan calon PRK Semenyih, ia menimbulkan persoa... lagi »Nanti jawapan Pak Lebai kpd pendedahan Atok...ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Ekoran perjumpaan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir semalam, menyebabkan timbul berbagai spekulasi. Saya memberi bayangan ia akan terjawab apakah maksud dan tujuan perjumpaan itu akan diketahui selepas proses penamaan calon di Semenyih hari ini.* *Ternyata sudah ada jawaban kepada perjumpaan itu. Abdul Hadi sekali lagi tidak berani bercakap benar dan mendedahkan apakah mauduk di sebalik perjumpaan itu.* *Dr Mahathir seperti biasa hari ini, kurang enam jam selepas proses penamaan calon mendedahkan antara tujuan kedatangan Abdul Hadi bersama MB Terengganu dan Setiausaha Agung Takiyudd... lagi »Tunggulah siasatan penuh SPRM, kata Sarawak Report kepada Pas MALAYSIA DATELINE
Sarawak Report berkata, semasa pembelaan dalam saman oleh Hadi kepadanya, mereka memberikan bukti bahawa Umno telah memberikan wang kepada Pas untuk membayar deposit untuk calon-calon pilihanrayanya.
Sarawak Report meminta Pas agar menunggu hasil siasatan penuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum membuat kenyataan bahawa dakwaan Pas menerima duit Umno tidak berasas.
Dalam jawapannya kepada kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan bahawa kenyataan SPRM bahawa tiada bukti yang menunjukkan RM90 juta wang ke akaun Umno, Sarawak Report berkata;
“Mari kita tunggu laporan penuh dari siasatan SPRM dan tidak memberikan komen berdasarkan apa yang tidak didakwa,” kata Sarawak Report.
Semalam Takiyudin berkata, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa tiada bukti dakwaan kemasukan RM90 juta ke dalam akaun Pas menunjukkan bahawa semua dakwaan dalam isu itu adalah palsu.
Takiyudin berkata pengesahan dibuat pemimpin tertinggi SPRM itu membuktikan segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat kepada parti terbabit adalah pembohongan dan fitnah.
Kata Takiyuddin lagi ia juga menunjukkan perancangan jahat ke atas Pas bertujuan untuk memburukkan imej dan integriti parti tersebut terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Justeru itu, Pas menyeru semua pihak agar dapat menerima pengesahan daripada SPRM ini sebagai suatu fakta sahih yang dibuat hasil siasatan yang telus, profesional dan tanpa gentar atau berat sebelah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu ketika bertemu dengan pemberita di Terengganu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri berkata hasil siasatan SPRM setakat ini tidak menemui sebarang bukti ada kemasukan dana RM90 juta ke dalam akaun Pas sebagaimana yang didakwa sebelum ini.
Sarawak Report dalam kenyataaannya hari ini meminta Takiyudin membuktikan bila laman itu mendakwa “wang dari Umno kepada Pas adalah wang dari 1MDB.”
Dalam kenyataannya, Sarawak Report berkata, semasa pembelaan dalam saman oleh Hadi kepadanya, mereka memberikan bukti bahawa Umno telah memberikan wang kepada Pas untuk membayar deposit untuk calon-calon pilihanrayanya.
“Sarawak Report ada bukti kemasukan wang dari Umno ke akaun Pas menjelang PRU 14 bertujuan untuk itu (membayar deposit calon) sebagai sebahagian dari pembelaan dari tuntutan saman Hadi,” kata Sarawak Report.
Hadi telah menarik balik saman itu dengan cara penyelesaian di luar mahkamah.
at 2/26/2019 12:00:00 PG
KERENGGA: Tunggulah siasatan penuh SPRM, kata Sarawak Report kepada Pas
Adib beritahu dia dipukul, kata pakar IJN Faiz Zainudin
SHAH ALAM: Anggota bomba yang maut, Muhammad Adib Mohd Kassim sempat memberitahu seorang kakitangan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur bahawa beliau dipukul.
Saksi ke-14, yang juga Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat yang diberikan kakitangan IJN yang dikenali sebagai Asyraf, antara individu dalam pasukan khas yang memantau secara rapi perkembangan rawatan Adib.
Ezani berkata, Asyraf ada memberitahunya mengenai perkara itu beberapa hari selepas Adib meninggal dunia.
“Asyraf ada tanya sama ada dia (Adib) ingat apa terjadi dan dia angguk kepala,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-9 inkues kematian Adib di Mahkamah Koroner, Shah Alam.
Ezani berkata, beliau kemudian menasihati Asyraf berhubung dengan bahagian guaman IJN untuk langkah seterusnya.
Beliau juga berkata, sepanjang merawat Adib, beliau pernah bertanyakan anggota bomba itu sama ada dia ingat apa yang berlaku kepadanya.
“Bagaimanapun, pesakit (Adib) hanya menggelengkan kepala,” katanya sambil menambah soalan sama pernah ditanya pegawai penyiasat.
Ezani memberitahu, Adib dipindahkan dengan berhati-hati dari Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center ke IJN pada sebelum tengah malam 27 November 2018.
Katanya, sebaik tiba di IJN, mangsa segera dikejarkan untuk menerima rawatan dengan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), mesin khas bagi menyokong paru-paru dan jantung mangsa.
“Keadaan dia ketika dibawa turun dari ambulans adalah sangat kritikal. Kami semua ingat dia akan mengalami serangan jantung. Jadi, pesakit dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.
Sebelum ini, pakar bedah kardiotoraks yang merawat Adib memberitahu Mahkamah Koroner, kecederaan parah dialami anggota bomba itu mungkin bukan berpunca daripada serangan.
Dr Anand Sachithanandan yang berkhidmat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) berkata, kecederaan pada dada kanan hingga bahu Adib akibat trauma tumpul pada dada yang mungkin berpunca daripada rempuhan, jatuh dari tempat tinggi, libasan atau serangan.
Ezani berkata pada hari ke-6 rawatan, beliau telah berkomunikasi dengan Adib.
“Adib tidak dapat bercakap kerana mempunyai tiup dalam mulutnya dan hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat dan menulis.”
Katanya, pada waktu itu, keadaan Adib bertambah baik.
“Dia memberi maklumbalas ketika kami memanggil namanya dan boleh mengerakkan anggota badan.
“Dia menulis di papan putih dan mahu telefon bimbitnya,” katanya.
Ezani berkata, keadaan kesihatan Adib kembali merosot pada 14 Disember apabila gagal mengekalkan tahap oksigen dalam badan.
“Pada 15 Disember, keadaannya semakin merosot dan kami perlu mengerakkan mesin ECMO untuk menstabilkan tahap oksigen dan tekanan darah. Sehari selepas itu keadaanya bertambah buruk,” katanya.
Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.
at 2/25/2019 06:33:00 PTG
KERENGGA: Adib beritahu dia dipukul, kata pakar IJN
Jho Low guna 'projek Makkah' beri MO1 AS$10j MalaysiakiniJabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan menggunakan projek hartanah di Makkah dan Madinah untuk memindahkan AS$10 juta kepada 'Malaysia Official 1' melalui orang tengah.
'MO1' merupakan nama yang digunakan DOJ bagi merujuk bekas perdana menteri Najib Razak.
Pemindahan dana itu didakwa merupakan sebahagian daripad AS$20 juta yang dikatakan diberi kepada MO1 di bawah fasa Good Star.
Perincian ini pertama kali dikemukakan oleh DOJ pada 2007. Malaysiakini menyemak semula dokumen berkenaan susulan saman sivil terbaru yang difailkan DOJ berhubung 1MDB pada Jumaat lalu.
Menurut DOJ, Good Star yang merupakan syarikat di bawah kawalan Jho Low, menerima AS$700 juta pada 2009, dan AS$330 juta yang diambil dari 1MDB pada 2011.
Sejumlah AS24.5 juga dari Good Star ketika itu dipindahkan ke dalam akaun Riyadh Bank di bawah nama individu yang digelar 'Saudi Associate 1' dan 'Saudi Associate 2'.
Dana AS$20 juta yang diberikan kepada M01 itu dikatakan dibahagi kepada dua pemindahan AS$10 juta yang dipindahkan beberapa hari selepas pemindahan kepada akaun di Riyadh Bank pada Feb dan Jun 2011.
"Sebagai respons kepada pertanyaan RBS Coutts, Jho Low menyatakan bahawa tujuan pemindahan dana pada Jun 2011 itu sebagai untuk pelaburan hartanah dan pembangunan di Makkah dan Madinah yang merupakan perjanjian pengurusan pelaburan dengan Saudi Associate 1," kata DOJ.
Akaun yang digunakan oleh MO1 untuk menerima dana AS$20 juta itu merupakan akaun sama yang digunakan untuk menerima AS$681 juta yang didakwa diambil dari 1MDB pada 2013.
Najib sebelum ini menegaskan bahawa AS4681 juta yang juga bersamaan dengan RM2.6 bilion merupakan 'derma' dari keluarga diraja Arab Saudi.
Pada Sept tahun lalu, Najib mendedahkan surat yang menurutnya merupakan bukti derma berkenaan.
Bagaimanapun, menurut DOJ, AS$681 juta itu dipindahkan daripada Tanore Finance Corporation menggunakan syarikat palsu.
Tanore merupakan syarikan yang mana akaun dengan Falcon Bank dikawal oleh rakan Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
DOJ berkata, emel yang dihantar dari akaun Tan kepada Falcon Bank mendakwa akaun bank MO1 merupakan milik bekas syarikat subsidiari 1MDB, SRC International.
at 2/25/2019 12:36:00 PTG
KERENGGA: Jho Low guna 'projek Makkah' beri MO1 AS$10j
Tinjauan: Sokongan pada PH di Semenyih jatuh bawah 50% Kow Gah Chie
Sokongan terhadap Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semakin merosot, menurut tinjauan sebuah badan kaji selidik kerajaan Selangor.
Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati gabungan parti kerajaan itu hanya akan mendapat 46 peratus sokongan dalam pilihan raya kecil akan datang.
Ini susulan penurunan lima peratus sokongan berbanding undi 50.76 peratus yang diperoleh calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan lalu Bakhtiar Mohd Nor.
Daripada 1,142 responden, sebanyak 37 peratus pengundi menyatakan sokongan pada Umno.
Dua belas peratus lagi menyokong calon lain dan baki lima peratus mengaku mahu mengundi bebas.
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Pengerusi IDE Mohammad Redzuan Othman berkata dapatan itu menunjukkan tiada pemenang yang jelas setakat ini.
Penentuan kali ini bergantung kepada pengundi yang mahu menyokong calon selain PH dan bebas.
Tinjauan itu dijalankan antara 31 Januari hingga 1 Februari lalu.
Pilihan raya 2 Mac ini diadakan susulan kematian Bakthiar.
Allahyarham sebelum ini mengalahkan calon BN, PAS dan PSM dalam pertarungan empat penjuru dengan majoriti 8,964 undi. Beliau mendapat 23, 428 undi.
PAS dan Umno terus bekerjasama dalam pilihan raya kecil kali ini.
Sementara itu Bernama melaporkan PH perlu melipatgandakan usaha untuk mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lepas.
Selain itu, Mohammad Redzuan berkata, kajian juga menunjukkan kadar sokongan BN di DUN Semenyih adalah sebanyak 37 peratus, berbeza hanya sembilan peratus dengan pakatan berkenaan.
“Kadar sokongan itu adalah hasil kajian situasi semasa dan apa yang kita lihat, jika PH khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding di kawasan itu mahu menang kerusi berkenaan, mereka harus memperoleh sekurang-kurangnya 51 peratus undi.
“Berdasarkan kepada survei IDE, penentuan PRK DUN berkenaan kali ini terletak kepada persaingan calon parti untuk meraih sokongan pengundi atas pagar sebanyak 17 peratus tersebut,” katanya.
Tambah beliau, daripada kajian itu juga, trend pengundian menunjukkan 50 peratus pengundi telah menetapkan keputusan mereka untuk mengundi calon daripada parti tertentu namun 28 peratus lagi hanya akan membuat pilihan menjelang hari mengundi.
Disebabkan itu kata Mohammad Redzuan, tempoh 48 jam terakhir sebelum hari mengundi sebenarnya boleh menentukan pola pengundian dan ia juga mampu menggambarkan calon daripada parti mana yang akan memenangi kerusi dipertandingkan.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun sokongan pengundi terhadap kerajaan PH masih tinggi, namun isu seperti kos sara hidup dan kenaikan harga barang dilihat sedikit sebanyak mempengaruhi tahap sokongan tersebut
Namun, beliau berkata kajian IDE masih menunjukkan rakyat tetap menaruh kepercayaan kepada kerajaan PH.
“Respons masyarakat juga masih positif terhadap pentadbiran kerajaan Selangor serta program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan untuk membantu rakyat negeri itu sejak tahun 2008,” katanya.
Jelas beliau, hasil kajian itu juga menunjukkan kadar sokongan kaum Melayu kepada PH dan BN di DUN Semenyih adalah seimbang manakala sokongan kaum Cina serta India kepada PH adalah masing-masing 70 peratus dan 80 peratus.
Menjawab satu pertanyaan, Mohammad Redzuan berkata Bersatu adalah sebuah parti baharu, justeru komponen PH yang lain harus bergerak secara kolektif bagi memastikan kemenangan kekal berpihak kepada pakatan itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac ini sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Semenyih, Sabtu ini hari penamaan calon manakala tarikh mengundi awal pada 26 Feb.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN tersebut, Bakhtiar Mohd Nor di Hospital Kajang pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.
Pada PRU14, Bakhtiar dari Bersatu memperoleh 23,428 undi mengetepikan penyandangnya daripada BN, Datuk Johan Abdul Aziz (14,464); calon PAS, Mad Shahmiour Mad Kosim (6,966) dan S. Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (1,293).
at 2/25/2019 07:54:00 PG
KERENGGA: Tinjauan: Sokongan pada PH di Semenyih jatuh bawah 50%
“Kasi lima tahun, tengok tidak baik, baru kita buang” ARIF ATAN
“Singgah minum dulu. Ada air kelapa pandan. Singgah minum,” laung seorang wanita Cina berusia emas di kaki Bukit Broga pagi semalam.
Setiap kali pengunjung turun mendaki dari bukit berketinggian 400 meter dari paras laut tersebut lalu di hadapan gerainya, beliau dengan sebutan cara Melayu itu dilihat begitu mesra menyapa.
Namun, pemerhatian Malaysia Dateline sambil menikmati kesegaran air kelapa muda itu mendapati tidak ramai orang yang singgah.
Rata-rata mereka terutama orang Melayu yang turun dari Bukit Broga itu sekadar memerhati. Ada juga yang melemparkan senyuman bahkan terdengar seorang lelaki mengingatkan rakannya jangan singgah kerana penjualnya adalah Cina.
Ditanya tentang jualan kelapanya yang berharga RM5 sebiji itu, beliau mengakui kemuraman ekonomi semasa menyebabkan ramai yang berkira-kira untuk berbelanja.
“Tidak tentulah (jualan). Cuaca panas pun kalau dulu boleh laku 100 biji (kelapa pandan).
“Sekarang tidak, sebab ekonomi jatuh punya pasal. Orang mahu isi perut pun susah,” katanya lagi sebelum melayan pembeli.
Serentak itu, suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Richard, 63, menyampuk memberitahu perubahan ekonomi yang lebih baik sukar dicapai dalam tempoh singkat.
“Ekonomi jatuh bukan sini (Malaysia) saja. Satu dunia ekonomi turun. Itu (dakwaan kemerosotan ekonomi) hanya tipu helah pembangkang. Bukan betul pun.
“Terlalu awal untuk kata kerajaan PH (Pakatan Harapan) tidak tahu jaga ekonomi. Tunggu lebih empat tahun, baru kita buat keputusan.
“Kasi lima tahun (peluang), tengok tidak baik, baru kita buang(PH) ,” tegasnya sambil memerhati pengunjung yang hanya terus berlalu tidak singgah ke gerainya.
Ditanya tentang apa perlunya pengundi N24 Semenyih menyokong calon PH, beliau berkata, memilih pembangkang sebagai wakil rakyat di kawasan itu tidak menjamin pembangunan.
“Sebenarnya, rakyat tiada pilihan punya. Belum setahun PH jadi kerajaan, tidak adil kata (PH) tidak bagus,” kata pemilih yang bakal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih itu.
Kerja kuat
Richard yang juga terlibat dalam industri hartanah sejak 1999 itu mendakwa salah laku dan penyelewengan berkaitan hartanah begitu ketara ketika era pentadbiran BN.
“Zaman BN property (hartanah) banyak masuk BN. Setiap kali pilihan raya, kerajaan (era BN) angkat tanah pergi jual untuk wang pilihan raya. Geran tanah semua keluar.
“Semua dari atas sampai bawah songlap, money laundering (pengubahan wang haram) itu semua ada. Dia (BN) buat macam negara kita ini dia punya. Sudah melampau.
“Pas pun serupa. Kalau saya ahli Pas, kasi buang semua memang imej semua habis. Depan saja alim tapi belakang wang juga,” tempelaknya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih pada 2 Mac ini.
Beliau juga berpendapat kerajaan PH tidak harus terus memanjakan rakyat dengan pemberian wang kerana menganggap cara BN itu hanya terus melemahkan rakyat terutama masyarakat Melayu.
“BN ajar banyak benda tidak baik macam BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ada yang ambil BRIM tapi datang pakai kereta besar. Ajar rakyat jadi lemah. Ajar Melayu angkat wang, tidak mahu kerja. Tapi kalau tak dapat, marah.
“Kalau hidup mahu senang, kerja kuatlah. Kerajaan terus bagi duit semua jadi lemah. Kita mesti mahu belajar, mahu pandai, cari kerja, baru boleh hidup senang.
“Bukan (kerajaan) terus bagi wang. Tidak guna. Bagi pancing bukan ikan. Bagi kuasa pun, kalau negara bankrap tidak guna juga,” tegasnya lagi.
Richard dan isterinya antara kira-kira 17 peratus kaum Cina daripada keseluruhan 54,471 pengundi di Semenyih.
PRK N24 Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30; calon BN, Zakaria Hanafi, 58; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul, 25 dan calon Bebas, Kuan Chee Heng, 56, atau ‘Uncle Kentang’.
at 2/24/2019 10:04:00 PTG
KERENGGA: “Kasi lima tahun, tengok tidak baik, baru kita buang”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2019/02/mengapa-pas-hari-ini-tidak-seperti-pas.html