Hari Ini Salah Satu Hari Bermakna Saya Tidak Pernah Lalui Perasaan Seperti Ini
PELAKON Nelydia Senrose dijangka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat apabila dia diraikan dalam majlis ‘bridal shower’ yang diadakan pada petang Ahad.
Nelydia, 24, menerusi Twitter memberitahu dia berasa berdebar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.
“Hari ini adalah salah satu hari bermakna saya. Saya tidak pernah melalui perasaan seperti ini dalam hidup saya tapi ia sangat menggembirakan saya.
“Saya tidak sabar untuk melaluinya tapi sekarang saya nak mandi dulu,” ujarnya awal pagi Ahad.
Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu dihadiri adik-beradik dan rakan-rakan perempuannya.
Nelydia luah perasaan di Twitter miliknya.
Menerusi perkongsian kakaknya, pelakon Uqasha Senrose, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu kelihatan anggun dan berseri dengan mengayakan gaun berwarna putih.
Manakala tetamu yang hadir memakai baju berwarna oren dan merah jambu.
Majlis bertajuk Nelydia Senrose last fling before the ring! itu juga menggunakan hastag #Myotherhafeznel.
Pada Januari lalu, mStar Online melaporkan pelakon yang baharu pulang menunaikan umrah itu berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.
Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun 2018.
“Jika doa dimakbulkan, InsyaAllah kahwin tahun ini”
PELAKON Nelydia Senrose memberitahu salah satu doa ketika menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini adalah dipermudahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga.
Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen%2S 24, berkata, dia berdoakan agar diberi petunjuk dalam setiap keputusan yang bakal diambil untuk berkahwin pada tahun ini.
“Kalau doa saya dimakbulkan Insya-Allah saya ingin berkahwin tahun ini, saya berdoa agar dipermudahkan urusan tersebut kalau ia betul dan kalau bukan jodoh juga saya minta dipermudahkan.
“Selepas balik ini pun masih berdoa diberikan petunjuk itu,” ujarnya kepada mStar Online.
ARTIKEL BERKAITAN:Ahli Perniagaan Pantai Timur Beri Cincin Kepada Nelydia
Nelydia berharap niat berkahwin tahun ini dipermudahkan.
Nelydia menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya selama dua minggu sejak 26 Disember lalu.
Pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada April tahun 2018.
Nelydia berkata, perancangan untuk menamatkan zaman solo pada penghujung tahun lalu tidak kesampaian berikutan jadual kerja yang padat.
“Sepatutnya kami rancang untuk berkahwin hujung tahun lalu tapi mungkin belum masa lagi sebab itu tak jadi.
“Tahun lalu jadual sibuk dengan penggambaran drama,” ujarnya.
Sementara itu, Nelydia berkata, dia tidak mahu berkongsi lanjut tentang perkara itu selagi belum benar-benar pasti.
Katanya, dia akan mendedahkan tarikh perkahwinannya kepada umum jika sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus.
“Saya belajar daripada pengalaman sebelum ini dan sebab itu saya tidak mahu berkongsi banyak selagi ia belum pasti.
“Saya takut bila orang bercakap dan bertanya tentang itu menjadikan saya tertekan. Insya-Allah tahun ini dan saya akan beritahu nanti,” ujarnya.
Kredit mstar online.
View this post on Instagram
Guess who’s next ?
#myotherhafeznel #kesiankenatolaktolak #annoying #sangguptakpakaiheels
A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on Mar 3, 2019 at 2:27am PST
The post “Hari ini salah satu hari bermakna saya, tidak pernah lalui perasaan seperti ini” appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/03/03/hari-ini-salah-satu-hari-bermakna-saya-tidak-pernah-lalui-perasaan-seperti-ini/