Hype Motorsport Hotel Berkonsepkan Dunia Permotoran Pertama Di Asia Tenggara
Memang rare! Hotel butik resort yang dibina berkonsepkan dunia permotoran pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ni. Setiap bilik bertemakan lagenda permotoran dunia seperti Michael Schumacher, pasukan Ferrari Formula Satu (F1), pelumba motosikal terkemuka, Marc Marquez, Valentino Rossi, pelumba motocross Tony Cairoli dan banyak lagi. Lokasi yang sangat strategik dan popular di Batu 7, Pantai Teluk Kemang buatkan korang senang nak cari! Lagi senang korang ‘waze’ je lokasi tu. Penginapan ini juga berdekatan dengan tepi pantai. Apa yang paling best, lokasi hotel ini betul-betul berada di sebelah dataran Pantai Teluk Kemang. Pergh! Boleh lah korang cuci mata kat situ kan hehe.
Jenis bilik yang ditawarkan
Hype Motorsport Hotel ini menyediakan sebanyak 64 bilik dimana bilik yang ditawarkan terbahagi kepada empat pilihan iaitu standard, deluxe dan premier. Bilik deluxe dan premier dilengkapi dengan kerusi urut gais! Memang terbaik lah. Korang bayangkanlah bile dah penat-penat beriadah lepastu ada mesin urut. Memang tido lena lah! Harga yang ditawarkan serendah RM180 memang cukup berbaloi dan mampu milik.
Kemudahan menarik
Dekat kawasan dalam hotel itu sendiri pun dah ada kemudahan untuk korang beriadah tak kisahlah bersama pasangan ataupun keluarga. Hype Hotel telah menyediakan dua kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dekat kolam kanak-kanak pula, dah siap dengan gelongsor untuk diorang berseronok. Benda yang paling Ohmedia tertarik hotel ini mewujudkan satu ruangan bilik permainan simulator kereta lumba. Memang syok sangat lah dengan sound system kat tepi telinga dan kat depan korang. Ada lagi gais, untuk kanak-kanak bawah 12 tahun disediakan mini sirkit untuk diorang main. Bagi mereka yang memerlukan ruangan untuk bermusyuarat, bilik mesyuarat juga ada disediakan. Memang serba lengkaplah hotel ni.
Kemudahan yang disediakan secara percumaMesti ada yang risau pasal line telefon korang bila pergi bercuti kan? Jangan risau sebab dekat sini ada Wi-Fi percuma disediakan. Oh ya, tempat letak kereta memang banyak dan betul-betul depan bilik korang. Mana yang bawak banyak barang macam nak pindah rumah tu takpayah risau lah sebab memang dekat sangat.
Paddock Club
Dekat Paddock Cafe pula, hidangan makanan semuanya halal dan dimasak oleh chef yang berpengalaman. Pergh! Kalau nama pun berpengalaman, mestilah sedap makanan-makanan yang terhidang semuanya. Dekat sini juga ada satu benda yang betul-betul menarik perhatian Ohmedia iaitu sudu yang dihidangkan bersama makanan tersangatlah unik sebab ianya berbentuk spanar. Ohmedia tak pernah nampak dan tak pernah jumpa lagi dekat mana-mana seller online yang ada jual, kalau tak mesti dah beli satu, kah!
Package Barbeque
Selain itu, bagi yang plan nak buat barbeque dengan kawan-kawan atau keluarga, Hype Hotel ni ada sediakan tempat untuk korang tau. Ada banyak pakej yang diorang tawarkan. Korang
tinggal pilih jer mana yang ngam dengan bajet. Ruang cafe ni juga mampu memuatkan lebih dari 100 orang, so memang selesa lah kalau nak bawak ramai-ramai join.
Kemudahan Pit StopApa yang menarik lagi yang boleh Ohmedia kongsikan, hotel ni juga menyediakan kemudahan Pit Stop dimana ianya terletak di bahagian lobi. Pit Stop ni menawarkan pilihan barangan cenderahati contohnya rantai kunci, cawan, kemeja-T, topi dan juga aksesori asas untuk memandu atau menunggang. Bagi yang penginap disini, korang boleh dapatkan perkhidmatan menyewa motosikal atau kereta manakala perkhidmatan mencuci kenderaan secara percuma juga ditawarkan.
Masa Ohmedia datang, hotel ini masih belum siap sepenuhnya dan baru sajer soft opening, so ada lagi kemudahan yang Ohmedia belum sempat nak merasa. Hype Hotel Motosport ni akan mengadakan Grand opening pada next week gais! Tapi kalau korang dah rasa hype sangat nak cuba sendiri duduk kat situ, bilik dah tersedia dan dibuka untuk tempahan. Bagi yang suka kan kelainan korang memang patut menginap disini!
+ Baca respon pembaca kaki melancong di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/02/hype-motorsport-hotel-berkonsepkan.html