Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita


Adab Belajar Walau Siapa Pun Kita Panduan dari Al-Qur’an

Dalam dunia hari ini, ramai yang berkongsi ilmu. Ramai juga yang menuntut ilmu. Namun, tak semua hadir dengan adab. Ada yang datang dengan gelaran, ego, rasa cukup tahu. Lalu lupa… bahawa belajar itu ibadah. Menghormati guru itu adalah salah satu adab yang sangat mahal bagi kita seorang murid. 
Mari kita kembali kepada Al-Qur’an – sumber utama ilmu dan akhlak.
Ayat Tadabbur: Surah Al-Mujadilah, ayat 11
يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ آمَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۗ
“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah 58:11)
Kata kunci:

'ʿilm' (علم) – ilmu'rafaʿa' (رفع) – meninggikan
Tadabbur buat diri sendiri:
Allah tidak hanya sebut orang berilmu itu tinggi darjatnya. Tapi disyaratkan juga iman. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dituntut dengan adab, dipandu iman, dan membawa kepada ketaatan.
Kalau belajar tapi tidak bertambah takut kepada Allah, tidak bertambah tunduk kepada kebenaran maka, itu bukan ilmu yang diberi darjat oleh Allah SWT.
Adab Dalam Belajar: Panduan Ulama & Bahasa ArabPerkataan "adab" berasal dari kata akar
أ-د-ب (ʾa-d-b)
Makna asalnya: beradab, berbudi pekerti, berakhlak mulia, mendisiplinkan diri.
Dalam konteks ilmu, adab bermaksud:

Tunduk kepada guruMerendah diri walaupun sudah tahuTidak memotong cakap atau memperlekehTidak mencari silap, tetapi mencari manfaatTidak riya’ dalam menuntut atau menyampaikan ilmu
Kisah Ulama: Imam Syafie dan Imam MalikImam Syafie rahimahullah iaitu ulama besar yang kita kenali pernah belajar dengan Imam Malik. Sebelum datang, beliau duduk di luar rumah Imam Malik selama berhari-hari hanya untuk menunggu masa sesuai bertanya. Bahkan ketika mendengar Imam Malik mengajar, beliau tidak berani angkat suara.
Adab sebegini bukan kerana dia tidak tahu. Tapi kerana hati yang sedar, “aku sedang berhadapan dengan ilmu yang Allah pinjamkan kepada hamba-Nya.”
Maka bertanya kepada diri kita kembali, walaupun umur kita kadang lebih tua daripada tenaga pengajarnya, walaupun mungkin kita ada PHD dan pengajar kita baru ada DEGREE. Namun kita yang sedang menggali ilmu daripadanya apakah kita sekarang sedang menjadi pengajar atau pelajar?
Mari kita cari ayat lain lagi untuk Tadabbur:
Surah Al-Kahf 18:66 – Kisah Nabi Musa dan Khidr
قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
“Musa berkata kepadanya, ‘Bolehkah aku mengikutmu supaya engkau mengajarku ilmu yang benar yang telah diajarkan kepadamu?’”
Apa Tadabbur yang kita dapat dari kisah mereka?
Nabi Musa a.s. sendiri adalah seorang Rasul Ulul Azmi yang sedang merendah diri meminta izin untuk belajar. Padahal beliau lebih tinggi darjatnya dalam kalangan manusia. Tapi adab belajar tetap dijaga.
Nah! Maka kita? Sekali lagi mari kita merenung apakah sikap kita itu sebagai pelajar penuh adab atau bukan?
Penutup: Siapa Kita Tanpa Adab?Pangkat kita mungkin tinggi. Ilmu kita mungkin luas. Tapi jika adab kita hilang maka berkat ilmu juga akan hilang.
Kata para ulama:
“Ilmu itu cahaya. Dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap dengan takabbur.”
Hari ini, jika kita datang ke majlis ilmu, bengkel, atau sesi kelas...
Datanglah sebagai penuntut.
Bukan pengkritik.
Datanglah sebagai hamba Allah.
Bukan sebagai status manusia.


Sekadar pesanan untuk diri sendiri, sentiasa belajar sentiasa pelajar walaupun kini sudah berusia 40 tahun. Subhanallah, terima kasih Allah kerana masih beri saya peluang untuk belajar pelbagai jenis ilmu di dunia ini baik dalam hal agama ataupun duniawi. Semoga kita semua sama-sama jaga adab dengan guru, belajarlah dengan hormat yang tinggi kepada mereka dan jangan sesekali menyusahkan para guru kerana sikap kita. 

Sebagaimana kita inginkan anak-anak kita menjadi pelajar yang baik dengan guru mereka di sekolah, tidak mahu anak menjadi anak murid yang menyusahkan, maka kita pun sama juga. 
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/08/adab-belajar-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pun Tak Sedia Tapi Anak Tetap Datang Kisah Seorang Bapa Baru Yang Belajar Jadi Kuat Demi Keluarga

Saya Pun Tak Sedia Tapi Anak Tetap Datang Kisah Seorang Bapa Baru Yang Belajar Jadi Kuat Demi Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 147 hits
Aku tak tahu macam mana nak jadi ayah Tapi aku tahu aku nak cuba sehabis baik Itu kata kata seorang bapa baru yang masih belum percaya dia kini memikul tanggungjawab paling besar dalam hidupnya membesarkan seorang anak Ramai orang selalu be...
Belajar Pandang Ke Bawah Agar Hati Tak Lupa Bersyukur

Belajar Pandang Ke Bawah Agar Hati Tak Lupa Bersyukur

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 161 hits
Dalam hidup ini kita terlalu biasa memandang ke atas Memandang siapa yang lebih kaya siapa yang lebih berjaya siapa yang hidupnya nampak sempurna di mata dunia Tanpa sedar kita mula membandingkan diri Kita rasa kurang Rasa tak cukup Seolah ...
Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 192 hits
Monolog Jiwa Bila Dua Hati Belajar Memaafkan Ditulis untuk dua hati yang sedang belajar saling memahami Setiap kita tiada yang sempurna Dan tiada siapa yang benar benar bersih dari kisah semalam Setiap pasangan hadir dengan sejarah dengan l...
Catatan Seorang Coffee Lover Bila Hati Dah Jatuh Pada Zus Coffee

Catatan Seorang Coffee Lover Bila Hati Dah Jatuh Pada Zus Coffee

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 192 hits
Kalau orang tanya apa benda yang boleh buat saya senyum setiap pagi jawapan saya mudah secawan kopi Tapi bukan sekadar kopi biasa Sebagai seorang coffee lover sejati saya cukup cerewet bila bab rasa aroma dan pengalaman menikmati kopi Dan s...
Bila Hati Telah Hitam Panggil Saja Tok Adi Selesaikan

Bila Hati Telah Hitam Panggil Saja Tok Adi Selesaikan

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 96 hits
Mukhlis EddieMunafiq versi premiumBila mulut lebih laju dari akal beginilah jadinya Parti kononnya jaga Islam tapi perangai sendiri langgar semua nilai Islam
Hari Untuk Hati Berehat

Hari Untuk Hati Berehat

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 113 hits
Monolog Khas Jumaat 1 Ogos 2025 Hari Untuk Hati Berehat Assalamualaikum Jumaat Hari yang selalu membawa harapan meski seminggu terasa berat Hari ini aku tak nak terlalu kejar dunia Cukup sekadar duduk sebentar tenang dengan nafas yang perla...
Sering Dikaitkan Dengan Isu Penyalahgunaan Dadah Yassin Senario Tak Kecil Hati Saya Akan Salahkan Diri Sendiri

Sering Dikaitkan Dengan Isu Penyalahgunaan Dadah Yassin Senario Tak Kecil Hati Saya Akan Salahkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 112 hits
Pelawak Yassin Senario tidak berkecil hati apabila namanya sering dikaitkan dengan isu penyalahgunaan dadah meskipun tiada pengesahan atau bukti yang mengaitkannya secara sah Menurut Yassin ini bukan kali pertama dirinya dikaitkan dengan da...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti