Houseboat Tasik Kenyir Aktiviti Harga Tips Penting


Sekiranya anda ingin merasai pengalaman percutian berbeza yang penuh pengembaraan dan santai di Malaysia, jangan lupa masukkan trip Houseboat Tasik Kenyir dalam senarai anda!
Apa Itu Houseboat Tasik Kenyir? Houseboat Tasik Kenyir adalah penginapan terapung yang lengkap dengan kemudahan asas, membawa anda menyelusuri Tasik Kenyir, sebuah tasik buatan yang terletak di Hulu Terengganu, Malaysia.
Houseboat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bilik tidur, tandas, dapur, ruang makan, kawasan santai dan macam-macam lagi. 
Trip Houseboat Tasik Kenyir ini sangat sesuai untuk percutian solo, bersama pasangan, keluarga, rakan-rakan, syarikat mahupun trip sekolah. 
Percutian sebegini tidaklah seselesa bercuti di tempat mewah dan katil empuk, tetapi membolehkan anda menjalani gaya hidup yang berbeza dan merasai pengalaman percutian yang lain daripada lain!
Sumber: Visit Kenyir Lokasi Tasik Kenyir terletak di Hulu Terengganu. Titik utama untuk permulaan ekspedisi houseboat ialah Jeti Pengkalan Gawi. 
Ia boleh dikunjungi melalui perjalanan darat dari bandar Kuala Terengganu (sekitar 1 jam 15 minit pemanduan) atau dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Apa Yang Menarik Tentang Houseboat Tasik Kenyir? 1. Pelayaran Santai Menyusuri Tasik Pengunjung akan dibawa mengelilingi Tasik Kenyir, tasik buatan manusia terbesar di Malaysia dan antara tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. 
Perjalanan houseboat biasanya membawa anda dari satu lokasi menarik ke lokasi lain seperti air terjun yang tersembunyi (misalnya Air Terjun Lasir dan Sungai Saok), pulau-pulau kecil yang menarik, gua-gua eksotik, serta kawasan perikanan air tawar yang kaya dengan ikan dan hidupan akuatik.
Selain itu, pemandangan hutan hujan tropika asli yang mengelilingi tasik memberikan pengalaman yang mempesonakan sepanjang perjalanan.
2. Aktiviti Menarik Sepanjang Trip Antara aktiviti popular yang boleh dilakukan sepanjang penginapan di houseboat adalah:
Memancing dari atas houseboat: Tasik Kenyir terkenal dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan kelah, toman dan baung. Aktiviti ini sangat sesuai untuk pemancing tegar. Berkelah dan mandi di air terjun: Kawasan perkelahan di sekitar air terjun seperti Sungai Saok atau Lasir sangat sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi manda. Lawatan ke Taman Herba Tasik Kenyir: Pengunjung boleh belajar tentang pelbagai jenis herba dan tumbuhan ubatan yang tumbuh secara semula jadi di sekitar Tasik Kenyir. Melihat hidupan liar: Tasik Kenyir dikelilingi hutan tropika yang kaya dengan biodiversiti. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesies burung, monyet, tupai, dan jika bernasib baik, haiwan liar lain seperti tapir atau rusa. Aktiviti air: Selain memancing, pengunjung boleh berkayak, berkayuh bot kecil (bot fiber) atau berenang di kawasan yang selamat. BBQ Malam di atas Houseboat: BBQ di dek houseboat sambil menikmati suasana malam di tasik yang tenang. @squarehouseboat 12 Aktiviti menarik di Houseboat #houseboat #houseboatlife #kenyirhouseboat #jomtravel #tasikkenyir #traveltiktok #kenyir
♬ original sound – Square Houseboat – Square Houseboat Sumber: @squarehouseboat Kemudahan Houseboat di Tasik Kenyir biasanya lengkap dengan:
Bilik tidur berhawa dingin (bergantung kepada jenis bot & pakej) Bilik air dengan tandas dan pancuran Dapur dan peti sejuk mini Ruang makan dan ruang tamu Dek atas untuk aktiviti luar BBQ set, set karaoke, dan kemudahan memancing Televisyen Generator elektrik Bot kecil untuk ke lokasi sekitar (air terjun, gua dan pulau buatan) Hidangan lengkap (bergantung kepada jenis bot & pakej) Harga & Tempahan Sumber: HolidayGoGoGo Pakej houseboat di Tasik Kenyir bergantung kepada jenis houseboat, jumlah peserta dan aktiviti yang disertakan. 
Range harga: Bermula dari sekitar RM 400 seorang untuk pakej 2-3 hari.  Harga biasanya termasuk penginapan atas rumah bot, makan (setidaknya 3 kali sehari), aktiviti di Tasik Kenyir seperti lawatan ke air terjun, aktiviti memancing, kayaking dan lawatan ke Kenyir Elephant Conservation Village (bergantung operator). Harga pakej minimum biasanya memerlukan jumlah peserta tertentu (contoh: min 4-20 orang bergantung operator). Berikut adalah range harga houseboat Tasik Kenyir 2025 berdasarkan beberapa operator dan pakej yang terkini:
Operator / PakejHarga Per Orang (RM)Tempoh PakejCatatanHolidayGoGoGo (Lake Kenyir 3D2N)RM470 – RM8253 hari 2 malamPakej lengkap dengan makan, aktiviti termasuk lawatan air terjun, kayaking, memancing, Elephant Conservation Village. 
Harga bergantung jenis pakej.Armada HouseboatSekitar RM400 – RM800Biasanya 2-3 hariHarga berbeza mengikut jenis bot dan aktiviti. Pesona HouseboatSekitar RM600 – RM8253 hari 2 malamPakej lengkap, termasuk lawatan ke air terjun dan Elephant Village, BBQ, karaoke, trekking ikan Kelah. 
Harga bergantung jenis pakej.YAYA HouseboatHarga tidak spesifik. Bergantung jenis pakej.Bergantung jenis pakej.Ping Anchorage, Ami Travel, Monah Houseboat & Chenor RakitHarga biasanya bermula dari RM400 ke atasPakej 2-3 hariBergantung jenis pakej. Anda boleh rujuk lebih banyak pilihan houseboat di sini: https://visitkenyir.com/senarai-houseboat/ atau, https://www.discoveryterengganu.com/en/houseboat-tasik-kenyir/
Tips Penting  Bawa pakaian selesa & ringan, termasuk pakaian mandi, kasut getah dan topi. Bawa ubat nyamuk (jenis spray atau krim lagi mudah), sunscreen dan ubat peribadi. Pastikan membawa powerbank, walaupun elektrik disediakan, penggunaannya adalah terhad. Tanya tentang menu makanan dan keperluan khas – ada houseboat sediakan makanan halal dan boleh sesuaikan ikut permintaan. Sediakan sedikit tunai untuk membeli makanan ringan/pelampung di jeti atau di houseboat. Patuh pada arahan keselamatan pengendali – jaket keselamatan wajib dipakai ketika menaiki bot kecil. Tempah awal, terutamanya musim cuti sekolah atau hujung minggu.  NOTA:
Tiada liputan telefon di houseboat. Kebanyakan bot menggunakan generator elektrik hanya pada waktu tertentu (biasanya malam). Jaga keselamatan anak-anak. Sentiasa awasi dan pakaikan jaket keselamatan ketika di luar Jangan buang sampah ke dalam tasik.  Waktu Sesuai Untuk Bercuti di Houseboat Musim terbaik untuk bercuti di Tasik Kenyir adalah:
Musim kering (Mac hingga September) adalah waktu terbaik kerana air tasik jernih dan aktiviti outdoor lebih menyeronokkan.  Musim tengkujuh (Disember-Januari) adalah waktu penuh bagi kaki pancing, namun cuaca sering tidak menentu.  Tempoh Pelayaran: Kebanyakan pakej houseboat menawarkan penginapan 2 hingga 3 hari 1 malam, namun terdapat juga pakej lebih lama untuk pengalaman yang lebih santai.
Cara Tempah Houseboat Berikut ialah cara untuk membuat tempahan Houseboat Tasik Kenyir:
Pilih operator houseboat yang dipercayai dan sesuai dengan keperluan anda (keluarga, rakan atau korporat). Semak pakej yang ditawarkan melalui laman web mereka atau agen pelancongan berlesen. Hubungi operator houseboat yang dipilih untuk maklumat lanjut serta rundingan harga dan slot tarikh. Deposit biasanya diperlukan untuk mengesahkan tempahan. BACA JUGA:
15+ Tempat Menarik di Terengganu 2025 15 Makanan Negeri Terengganu – Wajib Cuba [2025] 15+ Restoran Shellout Popular di Terengganu [2025] Pasar Payang Terengganu – Tarikan Utama & Waktu Operasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/houseboat-tasik-kenyir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=houseboat-tasik-kenyir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Pertahankan Mengapa Harga Rm40 Tiramisu Dijual Kieda Terima Kritikan Ramai Nampak Liat Keras Kejung Je

Cuba Pertahankan Mengapa Harga Rm40 Tiramisu Dijual Kieda Terima Kritikan Ramai Nampak Liat Keras Kejung Je

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 124 hits
Video dikongsikan usahawan Kieda di Instagram mencuri perhatian apabila dia menunjukkan salah satu produk 8216 panas 8217 dijual di kedainya Menerusi Instagram Kieda telah berkongsi bagaimana rupa dan tekstur pencuci mulut tular Tiramisu ya...
Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 151 hits
MoCity Cosmic Park Melaka merupakan satu tarikan taman tema keluarga terbaharu yang terletak di Pantai Klebang Menawarkan keseronokan menerusi pelbagai aktiviti hiburan dan permainan arked indoor lokasi ini bakal menjanjikan kenangan indah ...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 186 hits
Dalam era digital sekarang kotak packaging ayam goreng bukan sekadar bekas makanan ia adalah sebahagian daripada strategi pemasaran visual yang mampu menarik perhatian pelanggan khususnya di media sosial Reka bentuk yang menarik boleh mence...
Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 108 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya Qadejah El Zahra berjaya memujuk untuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan ...
Harga Minyak Turun Ke Video Teaser Pengumuman Pm Anwar Buat Ramai Berteka Teki

Harga Minyak Turun Ke Video Teaser Pengumuman Pm Anwar Buat Ramai Berteka Teki

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 125 hits
Muat naik semula ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dilontarkan sebelum ini kembali dikongsikan sebagai teaser kepada pengumuman penting yang bakal dibuat olehnya pada pagi esok Hint untuk pengumuman PM Anwar esok M...
Pm Anwar Tepati Janji Harga Petrol Malaysia Ketiga Termurah Di Dunia Kor Ming

Pm Anwar Tepati Janji Harga Petrol Malaysia Ketiga Termurah Di Dunia Kor Ming

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 151 hits
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1 99 seliter sekali gus menjadikan harga bahan api itu antara yang paling rendah di d...
Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Pm Anwar Ibrahim

Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 110 hits
PUTRAJAYA Rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah iaitu RM1 99 seliter berbanding RM2 05 seliter sebelum ini Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Penghargaan Un...
Nak Harap Zaman 33 Bulan Kwsp Jadi Cagaran Harga Barang Dan Teloq Ayam Tak Ada Tu Pun Ko Nak Cakap Kiok

Nak Harap Zaman 33 Bulan Kwsp Jadi Cagaran Harga Barang Dan Teloq Ayam Tak Ada Tu Pun Ko Nak Cakap Kiok

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 108 hits
Jika kamu bersyukur Aku akan tambah nikmat Tetapi jika kamu kufur azab Ku amat pedih Surah Ibrahim 7 Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur kepada manusia Riwayat Abu Daud al Tirmizi Hadis Hasan Sahih
Menu Makanan Sihat Untuk Warga Emas Tips Pemakanan

Menu Makanan Sihat Untuk Warga Emas Tips Pemakanan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 120 hits
Menu makanan yang sihat bagi warga emas sangat penting kerana pada waktu inilah kita akan kurang aktif metabolisma badan makin berkurang dan lebih berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit Diet yang seimbang dan berkhasiat bukan sahaja memb...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

5 Speaker Aktif Terbaik Dengan Audio Jernih Sound Horeg Mah Lewat

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Chili Oil Sk Recommend

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Hikam 2

Bagaimana Tukang Rumah Boleh Membantu Naik Taraf Rumah Anda

Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing

Best Online And Offline Marketing

Roti Canai

Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Wasza Edukids Bundle Template