Mengapa Mahathir Ziarah Makam Pengkhianat Islam Turki



Mahathir hari ini memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir, Ankara. Foto oleh Bernama

ANKARA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Khamis memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir di sini.Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara yang berikutnya.Perdana Menteri juga akan melawat Industri Angkasalepas Turki (TAI) iaitu pusat teknologi Turki dalam rekabentuk, pembangunan, pemodenan, perkilangan, integrasi dan sokongan kitaran hidup bagi sistem angkasalepas yang bersepadu, daripada  platform udara sayap tetap dan berputar kepada UAV dan satelit.Pada Khamis, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan di Kompleks Presiden di sini dan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Siapa Mustafa Kamal Ataturk? Pembela atau pengkhianat agama Islam?
Mustafa Kamal Ataturk

Ringkasnya, menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’Usaha Ataturk memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Mulanya beliau mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan. Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan disengajakan taktik yang dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Di mana akhirnya, selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. 

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya.. 

Memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap Islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. 

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. 

Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas berhijrah ke Mesir pernah berkata, memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah yang mengulingkan baginda.

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu menjadikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. 

Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin. Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki.

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadi presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Dosa Attaturk

Antara dosa-dosa oleh Mustapha Kamal Attaturk:-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah – Mahathir 25 Julai 2019 9:17 PM

ANKARA - Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad."Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah. Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council) di sini hari ini.Beliau berkata, banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik. "Hari ini kita lihat ada banyak orang jahil, tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran."Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam dan kita mendakwa ia untuk kepentingan Islam, tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran," kata beliau.Beliau berkata, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains."Sebaliknya orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu orang Islam, yang asalnya ditemui para saintis Islam dan mereka mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu berkenaan sedangkan orang Islam mengabaikannya kerana menganggapnya tidak penting," kata beliau. - BernamaKomen Weblog Ibnu Hasyim: 'Negara Islam lemah kerana ikut ajaran Islam salah – Mahathir'. Kita setuju, negara umat Islam lemah kerana mengikut ajaran Islam versi barat yang salah seperti Mustapha Kamal Attaturk di atas, dan penyanjung-penyanjungnya yang  kepala otaknya telah dijajah oleh pemikiran barat seperti Mahathir sendiri.Kerana itukah mengapa Mahathir menziarahi makam pengkhianat Islam Turki itu? Adakah kerana cara berfikir dan kepala otak mereka sama?


Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/mengapa-mahathir-ziarah-makam_26.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Tawar Untuk Membantu Turki Buat Kereta Turki Tunjuk Supercar Mereka

Mahathir Tawar Untuk Membantu Turki Buat Kereta Turki Tunjuk Supercar Mereka

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 328 hits
Mahathir tawar untuk membantu Turki buat kereta Turki tunjuk supercar mereka ha ha ha Kah kah kah kah kah Mahathir pergi Turki dan menawarkan kepada Turki untuk bina kereta nasional negara mereka sendiri Turki diam sebab kekok Dalam hati me...
Dr Mahathir Pelawa Syarikat Turki Labur Dalam 3 Sektor Utama

Dr Mahathir Pelawa Syarikat Turki Labur Dalam 3 Sektor Utama

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 229 hits
Dr Mahathir pelawa syarikat Turki labur dalam 3 sektor utama nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Jul 2019
Hanya Makan Nasi Lauk Cili Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

Hanya Makan Nasi Lauk Cili Doktor Kongsi Pengalaman Ziarah Saudara Islam Rohingya Di Arakan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 245 hits
Sedangkan kita di Malaysia ini mewah dengan makanan sehinggakan ada yang membazir Perhatikan anak anak kecil seronok bermain sambil dapat makan makanan kegemaran gula gula dan ais krim bahkan dapat makan nutrisi yang baik dalam kehidupan se...
Video Pm Malaysia Meletak Kalungan Bunga Di Makam Kamal Ataturk President Pertama Turki

Video Pm Malaysia Meletak Kalungan Bunga Di Makam Kamal Ataturk President Pertama Turki

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 273 hits
Video PM Malaysia meletak bunga di pusara president pertama Turki iaitu Kamal Ataturk Isu ini mungkin bakal menggear dewan rakyat dan juga media massa kamal Ataturk di kenali sebagai orang yang bertanggungjawab menjatuhkan pemerintah khalif...
Ziarah Ke Makam Sang Ayah Begini Curhat Dewi Perssik

Ziarah Ke Makam Sang Ayah Begini Curhat Dewi Perssik

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 180 hits
Dewi Perssik baru saja melakukan ziarah kubur ke makam almarhum sang ayah Mochammad Adil
Pulihkan Kegemilangan Tamadun Islam Negara Islam Perlu Gembleng Sumber

Pulihkan Kegemilangan Tamadun Islam Negara Islam Perlu Gembleng Sumber

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 389 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Biadap Aksi Dua Remaja Main Motor Di Tanah Perkuburan Islam Cetus Kemarahan Netizen

Biadap Aksi Dua Remaja Main Motor Di Tanah Perkuburan Islam Cetus Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 449 hits
Bila melihatkan keruntuhan akhlak generasi muda zaman sekarang terutamanya remaja tidak tahu bagaimana mahu membayang apa yang akan terjadi pada masa hadapan Baru baru ini tular sebuah video di media sosial aksi biadap dua orang remaja seda...
Kit Siang Jangan Kaitkan Islam Dengan Klepto Teokrasi Lian Ker

Kit Siang Jangan Kaitkan Islam Dengan Klepto Teokrasi Lian Ker

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 321 hits
MCA mengingatkan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar tidak menghina agama Islam dengan mengaitkannya dengan istilah klepto teokrasi Menerusi kenyataan media yang dibuat dalam laman blognya beliau secara tiba tiba pada hari Jumaat yang mulia ba...
Pakistan Sambut Baik Usaha Cetuskan Semula Kebangkitan Islam

Pakistan Sambut Baik Usaha Cetuskan Semula Kebangkitan Islam

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 200 hits
Pakistan sambut baik usaha cetuskan semula kebangkitan Islam Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Jul 2019 12
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025