Mengapa Kami Lapor Isu Kaum Agama


Kumpulan Malaysiakini 
   
Hari ini merupakan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-62 dan dalam masa dua minggu, kita akan meraikan ulang tahun penubuhan Malaysia ke-56.

Ini adalah waktu untuk kita mengenepikan perbezaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita kerana Malaysia merupakan rumah yang kita diami bersama.

Namun sejak kebelakangan ini, perbezaan antara kita menjadi garis pemisah dan ia diburukkan lagi oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan agenda untuk menimbulkan kesangsian sesama kita.
 Ini adalah suatu keadaan tidak sihat yang Malaysiakini dan organisasi media lain hadapi.

Malaysiakini tidak mempunyai niat untuk memecahbelahkan negara ini atau memainkan sentimen perkauman mahupun agama.

Bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai isu-isu yang melibatkan kita semua.

Apa pun usaha kami, individu yang tidak senang dengan Malaysiakini akan sentiasa melihat kami memiliki motif tersembunyi walaupun hakikatnya tidak begitu.

Malaysiakini diheret dalam isu terbaru apabila Pengerusi Karangkraf, Hussamuddin Yaacub yang turut menerbitkan Sinar Harian mengulas artikel penjelasan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mengenai pelajar bukan Islam dikecualikan daripada program #QuranHour.

#QuranHour adalah program yang disokong oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang diasaskan Hussamuddin.

Matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan individu memperuntukkan satu jam setiap hari bagi membaca, memahami dan menyerap nilai-nilai yang terdapat dalam al-Quran.

Satu pekeliling dari Jabatan Pendidikan dikeluarkan bagi menggalakkan semua sekolah menganjurkan program itu tahun ini.

Sin Chew Daily melaporkan Khamis lalu bahawa guru besar sekolah jenis kebangsaan Cina terkejut dengan pekeliling berkenaan.

Penjelasan Teo

Teo kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan bahawa pelajar bukan Islam tidak dipaksa mengambil bahagian dalam program sedemikian, yang dilaporkan oleh Malaysiakini bagi menghilangkan salah tanggapan terhadap isu itu.
Hussammuddin bagaimanapun mendakwa Malaysiakini, bersama dengan "akhbar vernakular" memprovokasi sentimen agama

Beliau juga menasihatkan mereka yang tidak memahami pekeliling Jabatan Pendidikan itu untuk mendapatkan penjelasan rasmi dan bukannya membawa isu ini kepada media.

Malaysiakini setuju dengan Hussammuddin bahawa media tidak seharusnya menyentuh sentimen kaum atau agama. Namun adalah tidak bertanggungjawab sekiranya penjelasan tidak diterbitkan bagi menjernihkan keadaan kepada mana-mana pihak.

Dalam suasana yang 'panas' ini, kami percaya adalah menjadi tanggungjawab organisasi media mendidik rakyat Malaysia dan menghapuskan kebimbangan serta sikap saling tidak percaya.

Kami juga percaya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendedahkan individu yang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia melalui ucapan penuh kebencian, dan mendorong mereka yang berkuasa atau berpengaruh bertindak terhadap individu atau kumpulan ini serta mengambil langkah-langkah bagi memulihkan keadaan.

Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia, ia adalah rumah kita dan semua patut dilayan dengan adil serta rasa hormat.

Selamat Hari Merdeka!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/mengapa-kami-lapor-isu-kaum-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Main Isu Agama Perkauman Lapor Kepada Skmm

Main Isu Agama Perkauman Lapor Kepada Skmm

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 302 hits
Main isu agama perkauman lapor kepada SKMM Oleh August 18 2019Selepas setahun tiga bulan memerintah akhirnya kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan akan bertindak tegas kepada komen komen di media sosial yang melampau berhubung perkauman agam...
Zakir Naik Tidak Sepatutnya Sentuh Soal Politik Kaum Perlu Tumpu Kepada Isu Agama

Zakir Naik Tidak Sepatutnya Sentuh Soal Politik Kaum Perlu Tumpu Kepada Isu Agama

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 354 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Isu Kaum Cukuplah Beri Amaran Keras

Isu Kaum Cukuplah Beri Amaran Keras

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 482 hits
Suhu perkauman yang meningkat sejak beberapa minggu lalu tidak patut dituding kepada pihak tertentu atau kepada pembangkang kerana secara tradisinya tepuk sebelah tangan tidak berbunyi Isu ini perlu ditangani dengan undang undang kepada ses...
Demo Tambak Laut Exco Harap Penganjur Elak Isu Kaum

Demo Tambak Laut Exco Harap Penganjur Elak Isu Kaum

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 243 hits
MALAYSIAKINI Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menggesa mereka yang akan berhimpun bagi membantah projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang dan Pelan Pengangkutan Pulau Pinang agar tidak memainkan isu perkauman Afif berkata bel...
Ketika Isu Agama Menjalar Ke Aparat India

Ketika Isu Agama Menjalar Ke Aparat India

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 273 hits
Sebuah survei terbaru di India menyatakan polisi di negara itu sebagian bersikap bias terhadap warga muslim
Awanibyte Lapor Kandungan Berbaur Perkauman Agama Dengan Segera Mcmc

Awanibyte Lapor Kandungan Berbaur Perkauman Agama Dengan Segera Mcmc

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 338 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race Religion dan Royalty di media sosial kepada pihak suruhanjaya dengan segera JOHORTIMES MY Please ...
Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Sensitif Kaum Cassa

Guan Eng Jangan Buka Mulut Isu Sensitif Kaum Cassa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 291 hits
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam merayu kepada Lim Guan Eng agar tidak membuka mulut dalam isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum di negara ini Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata rayuan itu dibuat demi menjernihkan kekecoha...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia