Mengapa Dong Zong Jiao Zong Belum Diharamkan


DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF   

DUA pemuka Cina sudah bersuara mendesak kerajaan mengharamkan Dong Zong dan Jiao Zong.

Seorang daripadanya, Firdaus Wong Wai Hung, menulis: “Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengharamkan Dong Jiao Zong yang rasis ini sebelum keadaan menjadi lebih parah.”

Seorang lagi, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pula menulis: “Saya merayu kepada PM supaya segera mengharamkan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong yang sangat rasis sebelum sesuatu bencana kaum berlaku kepada negara tercinta ini.”

Seorang pemuka Cina lain, Dr Ang Ming Chee, malah pernah menanyakan soalan dalam tesis PhD beliau dari National University of Singapore mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong.

Saya juga ingin mengulangi soalan Dr Ang Ming Chee: Mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengambil apa-apa langkah untuk mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong tatkala Perdana Menterinya sendiri sudah bersuara?

Dua hari berturut-turut, iaitu pada 12 dan 13 Ogos 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar keras Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai rasis.

Bila ditanya apakah apa yang dilakukan oleh Dong Zong melanggar undang-undang, Tun Dr Mahathir berkata “jika ia terus menghasut rakyat untuk bergaduh sesama sendiri sudah tentu ia melanggar undang-undang”.

Bila ditanya apakah beliau berpendapat Dong Zong perlu diharamkan, Tun Dr Mahathir berkata ia bergantung kepada keputusan pihak berkuasa seperti pihak polis.

Semalam, Tun Dr Mahathir sekali lagi memberi amaran bahawa Kongres Pertubuhan China anjuran Dong Jiao Zong di Kajang pada 28 Disember ini akan mendatangkan huru-hara dan ketidakstabilan (chaos and instability).

Peliknya mengapa pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan belum kedengaran melakukan siasatan dan bertindak ke atas Dong Zong dan Jiao Zong.

Paling jelas adalah kuasa Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan di bawah Seksyen 13 (1) (b) dan (c) Akta Pertubuhan 1966, iaitu:

Seksyen 13 (1) (b):     Atas perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen 5.

Seksyen 13 (1) (c) (ii):     Bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan.

Seksyen 13 (1) (c) (ii):     Bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan.

Paling mudah adalah perintah Menteri di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966:     “Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau akhlak.”

Sangat terang dan nyata, seperti disebut oleh Tun Dr Mahathir sendiri, bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan dan ketenteraman awam.

Sangat terang dan nyata juga bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah bercanggah dengan tujuan-tujuan yang ia didaftarkan, termasuk kononnya ia bertujuan untuk “memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum”.

Petisyen pengharaman yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) juga sudah mencecah 214 ribu tandatangan manakala petisyen pengharaman yang digerakkan oleh Kelab Bunga Raya (KBR) pula sudah mencecah 119 ribu tandatangan.

Apa lagi yang mahu ditunggu? Takkanlah mahu ditunggu Melayu mengamuk lagi? – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/mengapa-dong-zong-jiao-zong-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong

Ngo Lapor Polis Kongres Anjuran Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 316 hits
FAISAL ASYRAF Berbagai NGO hari ini memfailkan laporan polis terhadap gabungan persatuan guru dan pengurus sekolah Cina Malaysia Dong Jiao Zong Mereka menggesa polis supaya menghalang kongres yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendidikan C...
Malay Ngos Lodge Report Against Dong Jiao Zong

Malay Ngos Lodge Report Against Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 325 hits
A group of Malay NGOs lodged a police report against Chinese educationist group Dong Jiao Zong today and urged the cops to prevent their upcoming congress from taking place About 200 people converged outside the Kajang district police headq...
Rusuhan 13 May Boleh Berulang Jika Dong Zong Tidak Diharamkan Gamis

Rusuhan 13 May Boleh Berulang Jika Dong Zong Tidak Diharamkan Gamis

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 627 hits
GABUNGAN Pelajar Muslim Malaysia hari ini dilapor memberi amaran peristiwa rusuhan berdarah 13 Mei 1969 boleh berulang selagi Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong masih wujud Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan presidennya Saifullah Baidu...
Sikap Biadab Dong Jiao Zong Serupa Kerajaan China

Sikap Biadab Dong Jiao Zong Serupa Kerajaan China

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 374 hits
Ambil tindakan keras terhadap NGO melampau antinasionalBANGI Ketika kerajaan China menakut nakutkan Uyghur dengan ancaman keganasan Dong Jiao Zong pula menakutkan nakutkan kaum Cina dengan 3 muka surat tulisan jawi yang kononnya menyebabkan...
Dong Zong Mesti Diharamkan

Dong Zong Mesti Diharamkan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 301 hits
Bangunan Dong Jiao Zong Kajang Selangor foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan didesak agar mengambil tindakan tegas dengan mengharamkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan...
Dong Jiao Zong Siapa Kuasa Besar Di Sebalik Pertubuhan Rasis Ini

Dong Jiao Zong Siapa Kuasa Besar Di Sebalik Pertubuhan Rasis Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 393 hits
Pada 7 Jun 2017 bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon menulis di dalam Facebooknya berkenaan Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Tidak ada apa apa yang menarik tentang isi kandungan status ...
Himpunan Di Kajang Bantah Dong Jiao Zong Esok

Himpunan Di Kajang Bantah Dong Jiao Zong Esok

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 400 hits
Angkatan Gerak Minda Malaysia bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Pertubuhan Pribumi Perkasa akan menganjurkan perhimpunan di Kolej New Era Kajang esok Himpunan berkenaan dijalankan bagi membantah usaha Dong Jiao Zong menganjurk...
Kenali Dong Zong Jiao Zong Dan Dong Jiao Zong

Kenali Dong Zong Jiao Zong Dan Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 666 hits
Adakah benar Dong Zong sebuah pertubuhan rasis Apakah sebenarnya kumpulan Dong Zong dan Jiao Zong pertubuhan yang menjadi payung pendidikan sekolah dan pendidikan bahasa ibunda Cina di negara ini Kumpulan pendidikan sekolah Cina Dong Zong m...
Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

Dong Jiao Zong Agrees With Anwar But Remains Firm On Jawi Script Congress

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 363 hits
Dong Jiao Zong has welcomed PKR president Anwar Ibrahim s call for all parties to engage in dialogues over the teaching of Jawi script to Standard Four pupils in national and vernacular schools However the Chinese educationist group appeare...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid