Mengapa Aku Berhenti Merokok Pengalaman Ngeri Benar Benar Buat Aku Nekad




Saya antara salah seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia dan saya sendiri telah merokok hampir lebih kurang 30 tahun dari zaman persekolahan dari Tingkatan 3 (1974)  hinggalah sampai Tahun 2010 , sehingga pada awal tahun tersebut Tuan Pengarah Kesihatan telah mengadakan satu perjumjpaan khas bagi kakitangan kesihatan khusus untuk perokok-perokok tegar dengan berbagai amaran termasuk untuk memotong markah sebanyak 10% dari markah prestasi tahunan jika masih merokok, namun ianya tidak sedikit pun memberikan kesan kepada saya, pihak Pegawai Kesihatan Daerah telah mengadakan satu progrem khas Nafas Baru di Pejabat Kesihatan dengan mengatakan perbuatan dan amalan menghisap rokok ini bahaya dan haram termasuk dengan menyiarkan berbagai gambar-gambar yang mengerikan dan amaran akan mengambil tindakan disiplin kepada warga kesihatan daerah yang masih merokok, namun dalam hati kecil saya tidak langsung merasa takut dan gentar dan terus lagi merokok. Walaupun aku mengidap asma yang kronok namun berhenti merokok adalah tidak sekali-kali ada dalam dari kehidupan aku.

Musibah dan hikmah datang kepada saya pada pertengah tahun tersebut, adalah menjadi kegemaran saya untuk memancing Udang Galah dan waktu memancing dan tempat nya cukup mencabar dan peprlu hisap rokok banyak bagi tujuan hilangkan kebosanan dan menghalau nyamuk yang banyak di kawasan tersebut, hinggakan kadar hisapan rokok saya semakin meningkat daripada 2 kotak rokok (40 batang) sehari meningkat kepada 3 kotak (60 batang) sehari itu tidak termasuk rokok gulung sendiri lagi.. mungkin antara 10-20 batang, jadi saya merokok makin bertambah banyak.. hinggakan pada suatu hari saya seperti biasa pergi memancing dengan kawan dan pada hari itu saya memancing seperti biasa berbekal kan rokok dan air minuman 100+++ Botol Besar ..memancing selepas sembahyang Asar hingga Magrib.. berhenti sembahyang sambung sampai.. subuh.. behnti sembahyang subuh dan sambung sampai jam 10-11pagi.. dari Udang Galah 4x5 ekor..je.. tetapi malam itu aku rasa telah menghisap rokok lebih kurang 60-70 batang.. Balik kerumah aku rasa dada aku semakin sesak dan ketat, oksijen dah udara dah tak boleh masuk dalam ruang paru-paru aku.
Lepas pejabat aku balik rumah dalam keadaan cukup penat dan tidak bermaya, aku tidak berani lagi untuk menghisap rokok kerana merasakan dada aku sudah ketak dan ketat rasa dalam ruang paru-paru aku, namun aku terus berdegil tidak ke Klinik atau Hospital dan terus melawan kesakitan dan kesesakan nafas tersebut dimana pengalaman lalu selalunya bila aku cuba kuatkan semangat dan melawan keadaan itu ianya akan kembali pulih dari semput itu..namun keadaan tidak berubah anak dan isteriku tidak tahu lagi keadaan aku itu namun pada jam 10 malam aku rasa makin teruk dan tidak dapat tidur.. nafas rasa makin semput, sempoit dan aku rasa tidak mampu bernafas lagi.. aku bagi tahu isteri ku ..mungkin aku akan mati di saat itu dan aku ke bilik air buang segala air kecil dan air besar aku kata kat isteriku agar senang nanti orang uruskan mayat aku.. 
...kemudian aku naik keatas katil dan sambil duduk aku terus mengucap-mengucap sehinggalah.. aku tidak sedarkan diri (pengsan)  seluruh badan aku di katakan hitam akibat peredaran darah terganggu dan isteri aku menjadi panik dan gelabah lalu telipon 999 nasib baik dapat respond.. pusat 999 kemudian menghubungi Kecemasan Kedah seterusnya ke Pusat Kesihatan Dekat Kampong aku yang pada mula enggang melayan tetapi setelah Maklumat memberitahu nama aku dan salah seorang pertugas kenal nama itu.. lantas dengan segera mereka datang ke Rumah aku.
Lebih kurang 30-45 minit selepas aku pengsan tadi baru ambulance sampai dan aku di bawa ke Hospital berdekatan, aku bertuah keran di Hospital berkenaan seorang Doktor China dengan didikasi merawat aku dan pertama kali beliau menyoal nama aku.. aku boleh jawab dan kemudian beliau bertanyakan no kad pengenalan aku.. aku boleh jawab kemudaian aku ditahan di wad untuk rawatan selanjutnya, ajadi inilah kali pertama aku tidur dalam wad dan jari jemari aku dipenuhi jarum-jarum yang sebelum ini aku cukup takut dengan jarum-jarum ini..hampir sepanjang hayat aku tidak pernah tidur dalam wad hospital dan inilah kali pertama dapat merasakan nya.. hampir semua jururawat dan kakitangan hospital mengenali aku kerana aku kerap menyampaikan ceramah kepada kakitangan dimasa-masa tertentu dan melawat Hospital ini.. 
Jadi saat itu lah aku bertekad tidak akan merokok lagi sehinggalah ke hari ini.. Ramai di kalangan kawan dan orang-orang awam bertanyakan apakah petuanya untuk berhenti merokok, adalah amat sukar untuk menjawab nya dan tiada lagi aku dapat sebarang Fatwa yang mujarab dalam perkara ini, hingga Alim ulama dan pakar-pakar perubatan pun masih ramai yang merokok jadi dari sinario peristiwa yang berlaku pada diri aku itu apa yang dapat di simpulkan kita perlu ambil kesempatan akan peristiwa-peristiwa pahit dan hitam seperti itu mungkin dapat membantu Prokok-prokok tegar dan pro ini untuk berhenti merokok.
Antara perubahan atau perasaan bila berhenti merokok yang saya alami adalah seperti berikut:Saya merasa bangga kerana dapat berhenti merokok yang mana memang bertahun-tahun cuba berhenti tetapi tidak berjayaRasa ketagihan akan datang juga dalam 3-7 saat atau beberapa minit dalam waktu-waktu kita merokok dahulu contohnya selapas bangun tidur dan minum pagi, kita akan rasa sesuatu amalan yang kita tertinggal tak buat iaitu merokok sabar dan tabah hanya 2x5 saat sahaja.Rasa susah untum buang air besar, kadang-kadang rasa sampai nak mengis kerana najis tak mau keluar rasa keras seperti batu terpaksa sabar dan jika perlu kita kena korek pelan-pelan atau pecah kan najis tadi perlahan-lahan mungkin terpaksa ambil masa dalam bilik air. keadaan ini akan berterusan 1-2 minggu mungkin juga kesan dari ubat yang di bekalkan dari hospital juga.Selera makin menurun dengan banyak, hinggakan antara jam 8pagi hingga 2 petang kita tak rasa lapar lagi.Keadaan tubuh badan tidak banyak berubah, tidak terlalu gemuk atau kurus.Kekuatan batin akan bertambah sedikit demi sedikit kadang-kadang boleh tahan hingga 1-2  jam dan boleh ulang 2x3 kali.Cepat marah adalah suatu yang kerap berlaku kepada saya khusus kepada anak-anak buah (kakitangan bawahan) dapat di kawal oleh ketua Jabatan yang memahami masalah ini dan kurang memberikan penekanan.Kerap bermimpi hisap rokok ianya sering berlaku antara 1-3 bulan namun ianya tidak membebankan.Rasa yakin bile berhadapan dengan pegawai atasan di mana sebelum ini kita menyedari nafas dan badan kita kuat berbau.Rasa lebih yakin kepada tuhan (ALLAH) dalam keadaan tertekan contoh sewaktu dalam perbicaraan di Mahkamah jika dulu sebelum Mahkamah bersidang maka berbatang-batang rokok terpaksa di hisap.Kesimpulan nya iman kita dan rezeki semakin melimpah ruah, sehati 3 kotak x RM10.00 sekotak= Rm30 sehari jadi sebulan mau terpaksa belanja lebih kurang RM900 - 15000 kerana jika merokok tak kena Teh tarik tak sah..sekali kena rokok maka sekali akan pekena Teh atau Kopi maka jumlah nya akan terus meningkat.Jadi berikut adalah bebarapa petua tambahan bagi berhenti merokok untuk panduan semua Perokok-Perokok tegar dan Ibu bapa yang menghadapi anak-anak yang baru belajar merokok.Kesimpulan nya "JANGAN SEKALI-KALI PERCAYA DENGAN DAKWAAN KETAGIHAN ROKOK TIDAK DAPAT DI ATASI" dengan pengalaman saya melbehi 30 tahun merokok "Ketagihan" itu dapat di buang dengan senang tanpa apa-apa rawatan dari mana-mana Klinik Berhenti Merokok, jika ada kesempatan ke Klinik tersebut adalah lagi bagus dan baik.
MEMBUAT PERSEDIAAN BERHENTI MEROKOKAnda mungkin merasa bahawa berhenti merokok ini mempunyai kebaikan dan keburukan pada diri anda. Perasaan ini memang sesuatu yang lumrah setiap kali kita membuat sesuatu keputusan yang paling penting dalam kehidupan kita. Setelah mengenalpasti sebab-sebab anda berhenti merokok, fikirkan juga perkara-perkara yang mungkin menghalang anda daripada berhenti merokok. Contohnya , ada perokok yang bimbang akan mengalami naik berat badan atau gejala " withdrawal " atau gian. senaraikan pula faktor-faktor yang anda rasakan mungkin menghalang niat anda untuk berhenti merokok.Sekiranya anda merasa sangsi untuk meneruskan niat anda untuk berhenti merokok, yakinkan diri anda bahawa kesangsian itu boleh diatasi. Sentiasa ingatkan diri anda akan mendapat kebaikan dan faedah yang akan anda kecapi dengan berhenti merokok dan bersedialah untuk berhenti merokok.Sekiranya anda telah benar-benar bersedia untuk berhenti merokok, kemungkinan anda berjaya adalah lebih cerah. Bagi membantu anda bersedia untuk berhenti merokok, anda bolehlah mengambil langkah-langkah yang dinyatakan di bawah bagi menjayakan hasrat anda untuk berhenti merokok;Memahami bila dan kenapa anda merokok.Ubah kebiasaan merokok.Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.Dapatkan sokongan.Rancang kehidupan harian tanpa merokok.
1. MEMAHAMI BILA DAN KENAPA ANDA MEROKOK.Apabila anda mengetahui kenapa anda merokok, anda boleh merancang cara mana melalui kehidupan biasa tanpa merokok. Sebab kenapa anda merokok biasanya bergantung rapat dengan masa atau tempat, dengan siapa kita bersama atau perasaan yang dirasai. Dengan mengetahui kenapa dan bila anda akan berhenti merokok, memudahkan anda bersedia menghadapi masa-masa tersebut ketika mana desakan atau keinginan intuk merokok itu timbul.Simpanlah sesuatu catatan harian atau diari mengenai amalan merokok anda untuk beberapa hari. Bagi setiap kali anda merokok. tuliskan masa anda merokok, keadaan ketika mana anda berada dan sebab anda merokok. Buatkan suatu tanda ketika mana keinginan untuk merokok paling memuncak
 

2. UBAH KEBIASAAN MEROKOKAdalah lebih mudah bagi anda berhenti merokok sekiranya anda dapat mengatasi kebiasaan merokok yang diamalkan sebelum ini. Mulakan dengan:Ubah cara dan gaya anda merokok, hindarkan merokok pada masa yang biasanya anda merokok, pegang rokok berbeza dengan cara yang biasa, tukar jenama lain, ikatkan kotak rokok dengan getah gelang agar membukanya untuk tujuan merokok akan mendatangkan sedikit kesukaran.Ubah situasi atau keadaan ketika mana biasanya merokok, pilihlah tempat yang tidak sesuai atau selesa untuk merokok dan bukan di tempat yang anda merasa seronok merokok. Mula kurangkan kekerapan merokok.
3. TETAPKAN TARIKH BERHENTI MEROKOKAdalah mustahak anda menentukan sendiri tarikh berhenti merokok. Elakkan hari-hari bilamana anda akan mengalami tekanan, sebaliknya pilihlah tarikh penting dan bermakna bagi diri anda seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Pastikan anda betul-betul bersedia untuk berhenti merokok. Pada hari anda akan berhenti merakok itu rancanglah sesuatu untuk mengubah perkara-perkara rutin yang biasa anda lakukan supaya keinginan untuk merokok tidak timbul. Berilah masa secukupnya bagi menyiapkan diri anda untuk membuat persediaan berhenti merokok, tetapi jangan sekali-kali membatalkan niat anda untuk berhenti merokok.
4. DAPATKAN SOKONGANMaklumkan kepada keluarga, teman rapat dan rakan sekerja bahawa anda telah berhenti merokok dan dapatkanlah sokongan mereka. Bahkan adalah lebih baik sekiranya anda mengajak rakan anda yang merokok supaya bersama-sama untuk berhenti merokok agar masing-masing dapat saling menyokong. Ada baiknya jika anda dapat menentukan calun rakanyang boleh menyertai anda berhenti merokok.

5. RANCANG KEHIDUPAN HARIAN TANPA MEROKOKSemasa melalui kehidupan harian tanpa merokok anda perlu merancang caramana mengatasi keadaan atau situasi bilamana anda biasanya merokok, contohnya setiap kali selepas minum kopi atau selepas makan dan sebagainya. Cuba alih perhatian anda kepada sesuatu yang bukan kebiasaan yang anda lakukan. Perancangan yang teliti membolehkan anda melalui kehidupan harian dengan yakin dan tenang. Lalui setiap jam dengan penuh kesabaran dan kesungguhan.


MULAKAN BERHENTI MEROKOK
YAKIN DIRIAnda pasti boleh melakukannya. Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.
Langkah 1  BERSIHKANBuangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKANBuat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.
Langkah 3LAKUKAN SAHAJAUntuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.
Langkah 4          TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
Langkah 5BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.
Langkah 6DAPATKANLAH SOKONGAN.Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
Langkah 7MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya

AMALAN 4M - PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK
1. MELENGAHKAN-LENGAHKANLengahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda " nanti " setiap kali anda ingin merokok.
2. MENARIK NAFAS PANJANG.Tariklah nafas panjang-panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. MINUM AIR.Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, kerena minuman ini biasanya membuatkan anda lebih teringin merokok seepas minum.
4. MEMBUAT SESUATU.Buatlah sesuatu yang boleh mengalehkan fikiran anda daripada merokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, membaca buku, membuat silangkata, berkebun dan bersenam.
FAEDAH YANG ANDA PEROLEHI SEBAIK SAJA ANDA BERHENTI MEROKOK
Selepas beberapa jam sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.
Selapas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur
GEJALA " WITHDRAWAL " ATAU GIAN.Sekiranya anda ketagih dengan rokok tentunya tubuh anda telah terbiasa dengan nikotin yang mana ketiadaan dalam tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami gian atau gejala "withdrawal". Gejala fizikal yang berlaku ke atas diri anda merupakan suatu tanda positif bahawa tubuh anda kembali pulih. Gejala-gejala ini akan hilang dalam tempoh 3 hingga 14 hari.
Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan anda berfungsi seperti sediakala.Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang lebih berbanding semasa menjadi perokok dahulu.
Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.
Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.
Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja. Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah akan juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah.
Sekiranya tidak boleh mengatasi gejala "withdrawal" ini berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan nikotin gantian. 
MENGEKALKAN STATUS TIDAK  PEROKOK.Sekarang anda telahpun berhenti merokok. Tugas seterusnya yang mana lebih mencabar ialah bagi anda untuk terus mengekalkan status bukan perokok anda. Terdapat ramai orang yang mengambil sikap tidak berhati-hati selepas beberapa bulan berhenti merokok sehingga tanpa disedari mereka kembali merokok. Jangan biarkan perkara ini berlaku ke atas diri anda. IKUTI PETUA INI...
BERFIKIRAN SECARA POSITIF.Seperti menjaga keadaan fizikal, keadaan mental anda perlu disesuaikan. Fikirkan diri anda sebagai bukan perokok. Sentiasa peringatkan diri anda sebab-sebab kenapa anda berhenti merokok. Tumpukan perhatian kepada faedah yang diperolehi dengan tidak merokok. Ingatlah bahawa semua gejala "withdrawal" akan lenyap dan ini merupakan suatu petanda baik yang tubuh anda sedang pulih daripada ketagihan rokok. Katakan saya boleh...
LAWAN FIKIRAN NEGATIF.Jangan biarkan fikiran negatif menghancurkan niat anda untuk terus kekal sebagai bukan perokok. Jangan sekali-kali mencuba untuk kembali merokok. Ingatkan petua 4M bagi mengatasi setiap fikiran negatif yang boleh mendorong anda merokok.
BERI GANJARAN  UNTUK DIRI ANDA.Kejayaan berhenti merokok merupakan suatu pencapaian yang layak diberi pujian dan ganjaran. Anda harus berasa bangga yang anda sekarang bukan lagi seorang perokok. Gunakanlah wang yang berjaya anda jimatkan untuk membeli sesuatu yang anda idamkan selama ini atau gunakan wang itu untuk melancung atau sebagainya yang berfaedah kepada diri anda.
MENJAGA BERAT BADAN.Sebahagian orang berjaya berhenti merokok dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi sebahagian yang lain berjaya berhenti merokok tetapi mengalami masalah kenaikkan berat badan. Secara purata, berat badan mereka meningkat kira-kira 2 kg. Ini adalah kerana deria rasa dan deria bau yang kembali pulih menyebabkan seseorang itu merasai makanan yang dimakan lebih sedap sehingga ia makan lebih banyak daripada biasa.
Dengan mengamalkan pemakanan sihat berpandukan piramid makanan dan mengamalkan senaman tiga kali seminggu selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam, masalah berat badan boleh diatasi dengan berkesan


  Oleh : HAMZAH HJ.AHMAD
BOJ(UM) DRSH(LOND) P.C.K (KEDAH)Kredit : inspektoratsik

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/01/saya-antara-salah-seorang-kakitangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Air Mata Turun Tak Berhenti Bila Mula Tawaf Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah

Hiburan Air Mata Turun Tak Berhenti Bila Mula Tawaf Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 343 hits
Penyanyi mengakui dirinya tidak dapat menahan sebak saat mengerjakan umrah buat pertama kali pada awal Disember lalu 1 bulan laluSufian Suhaimi Tidak Mahu Berlengah Kahwin Bila Jumpa JodohAdvertisementMenurut Sufian perkara utama yang ingin...
13 Cara Berhenti Merokok Yang Efektif Honestdocs Cara Efektif Berhenti Merokok

13 Cara Berhenti Merokok Yang Efektif Honestdocs Cara Efektif Berhenti Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 129 hits
Hi selamat pagi sesi kali ini akan dibahas mengenai cara efektif berhenti merokok 13 Cara Berhenti Merokok Yang Efektif HonestDocs simak selengkapnya Update terakhir OCT 30 2019 Tinjau ala OCT 30 2019 Waktu baca 4 menit Telah dibaca 1 593 4...
Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

Pulau Pinang Jadikan Pengalaman Tsunami 2004 Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pahang

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh MOHD ALI HASHIM December 26 2021Berbekalkan pengalaman Pulau Pinang berhadapan dengan banjir besar pada November 2017 serta penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di Pantai Timur pada 2014 kerajaan negeri terus bertindak pantas ...
Dakwaan Muhyiddin Tidak Ambil Vaksin Tunai Umrah Tidak Benar

Dakwaan Muhyiddin Tidak Ambil Vaksin Tunai Umrah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 205 hits
Oleh Muhyiddin dan isteri dibenarkan memasuki Kaabah semasa mengerjakan umrah pada Mac tahun lalu Foto Pejabat Perdana Menteri DAKWAAN seorang penceramah bebas bahawa Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengambil suntikan...
Dia Tendang Dada Laporan Polis Dikongsi Terbukti Kes Buli Benar Kim Donghee Mohon Maaf

Dia Tendang Dada Laporan Polis Dikongsi Terbukti Kes Buli Benar Kim Donghee Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 178 hits
Selepas sekian lama tiada berita akhirnya timbul kembali cerita mengenai kes buli yang melibatkan pelakon Kim Dong hee Kelmarin sebuah media telah melaporkan mengenai laporan polis yang diterima oleh A Walaupun pada awalnya agensi Kim Dong ...
Comment On Pengalaman Skydiving Di New Zealand By Sarah

Comment On Pengalaman Skydiving Di New Zealand By Sarah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 273 hits
TQ Encik ketam batu sat Che Sar melawat blog Encik ketam pulak ya
Pengalaman Beli Dapur Gas Pensonic 3 Burners Pgc 3201g Dari Lazada Berbaloi Tak

Pengalaman Beli Dapur Gas Pensonic 3 Burners Pgc 3201g Dari Lazada Berbaloi Tak

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 336 hits
Ada satu dapur gas kat rumah tu dah sangat lama saya beli Berbaloi memakainya Semenjak dua menjak ni orang rumah asyik komplen api dapur gas tu kuning Masih boleh pakai untuk memasak Tapi habis kotor hitam periuk setiap kali selesai memasak...
Jurugambar Terkejvt Sepasang Pengantin Tapi Ada 3 Pelamin Dalam Rumah Mungkin Pengalaman Sekali Seumur Hidup

Jurugambar Terkejvt Sepasang Pengantin Tapi Ada 3 Pelamin Dalam Rumah Mungkin Pengalaman Sekali Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 314 hits
BERGAMBAR di pelamin bersama keluarga saudara mara dan teman teman yang hadir sebagai tetamu menjadi sesi wajib buat pasangan pengantin Jurugambar perkahwinan semestinya merupakan individu paling sibuk merakamkan foto sebagai tanda kenang k...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu