Mengandar Di Nasi Kandar Stadium Mengopi Di Hunz Cafe Mengeteh Di Lepak Corner


 Assalamualaikum WBT 


DEKAT Tanah Jauhar ni sekarang terutama di sekitar Johor Bahru, dah banyak dibuka Restoran Nasi Kandar ya. Angah cakap, De.. sekarang kalau kau nak makan nasi kandar tak payah pergi Penang dah. Dekat taman baru depan taman rumah Angah dah ada Nasi Kandar Mamu, sedapppp, menurut Angah. Sk belum cuba lagi tapi yang ni Sk pergi yang dekat dengan rumah Cik Ani, Nasi Kandar Stadium.




Memang sesuailah nama Nasi Kandar Stadium kerana perniagaan dijalankan berhampiran dengan Stadium Sultan Ibrahim. Habislah Restoran Al-Safa.. kata kami (YTJT)




Pak Inche ni memang tak bagi chance langsunglah kita nak tangkap gambar sebelum makan. Sejenis tak menyabar bila nampak makanan. Sebelum ni, PI dah datang dulu rasmikan, tapi masa tu PI tapau. Lulus, komen PI! Tu yang dia ajak kami makan kat sini pulak tapi datang dah petang, ayam bawang habis pulak. Dah habis makan, baru mereka bawa keluar yang baru panas-panas




Yang ni pinggan Iman. Sedap jugak ayam Iman tu. Macam biasa kuah Iman kena banjir la




Pinggan Tuan Tanah Kedaung. Yang buat nampak macam penuh pinggan tu, Sk ambil dua jenis sayur (Tak mengaku makan banyak 🫣). Nasi Kandar Stadium ni ada persamaan dengan Nasi Kandar Pekan Lama (Ipoh) sebab dia ada sambal kelapa, tapi sambal kelapa tu ceduk sendiri, dia letak di kaunter. Tu sebelah cili hijau tu, yang nampak oren-oren tu la sambal kelapa, cuma dia lumat sangat sampai hilang dah tekstur kelapa tu. Sikit lagi jadi kerisek, hahahaha




Lepas makan NKS, pergi jalan-jalan ke Sunway Big Box. Tak larat melayankan Iman nak cuci mata, kami cuci tekak di Hunz Cafe sementara Iman cari barang dia




Kenyang dah makan nasi kandar, kita ngopi sajalah. Pesanan dibuat dengan mengimbas QR Code dan boleh terus buat bayaran secara online. Salted Caramel Latte untuk PI dan Strawberry Latte untuk Tuan Tanag Kedaung. Sedih tengok latte art dia, hehehehe




Dalam dua tiga minggu lepas, PI menang pertandingan karaoke Malam Media Night (Uda Land) dapat nombor 3 tau, haha... hadiahnya merupakan voucher Parkson bernilai RM50, PI kata nak claim voucher tu beli luggage yang kecik sikit senang kalau kena outstation satu malam sebab luggage dia pun macam dah nak rosak. Tapi, tak menyabar, nak membeli tu time, time tu jugak, tak nak tunggu hari minggu. Sampai mall (Paradigm Mall JB), dah pukul 9 malam, pilih-pilih-pilih dah dekat setengah jam lepas tu sangkut nak bayar pasal stamp tarikh luput voucher tu tak nampak biji butir dia. Nampak putus-putus, tak ikhlas langsung tukang cop tu ya dan kena tunggu mereka dapatkan pengesahan dari Parkson Angsana Mall (yang keluarkan voucher tu). Lepas selesai semua, mall pun dah nak tutup, tak tahu nak makan mana dah, PI ajak ke Lepak Corner di pusat bandar. Sampai sini rasa rugi pulak tak ngeteh, hahaha. Bulan Julai sampai Ogos banyak mengelat minum manis kau ya, Sk




PI pesan makanan kegemaran dia, Mee Hailam. Sarat betul Mee Hailam tu, sedap tu sedaplah, tapi tak ada rasa asli mee hailam. 


Iman makan Kuey Teow Kungfu

Tapi.. tak habis, banyak sangat dan pelik sikit sebab kueyteow tu macam goreng tepung rangup, haha. Bungkus la, jangan membazir




Sk makan tiga biji mantao cicah kari. PI makan sebiji. Iman tak minat ni




Walaupun portion besar murah jer harga Mee Hailam dan Kueyteow Kungfu. 



Bawa kueyteow tak habis tu pergi office, panaskan kat office, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/mengandar-di-nasi-kandar-stadium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Pekena Nasi Kandar Gulai Ikan Sebelum Solat Jumaat

Pm Pekena Nasi Kandar Gulai Ikan Sebelum Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 126 hits
hmetro com myPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang FOTO DANIAL SAADPermatang Pauh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan mas...
250 Nasi Kandar Percuma Istimewa Untuk Abang Riders

250 Nasi Kandar Percuma Istimewa Untuk Abang Riders

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 138 hits
BERITA BAIK UNTUK ABANG ABANG RIDERS RASA berbesar hati untuk memberikan 250 set Nasi Kandar secara PERCUMA istimewa untuk abang abang riders di luar sana FoodPanda Grab Lalamove ShopeeFood Bekal dan apa sahaja jenama syarikat anda anda dij...
Makan Untuk Sihat Bukan Undang Penyakit Lelaki Habiskan Sedulang Nasi Kandar Berharga Rm372

Makan Untuk Sihat Bukan Undang Penyakit Lelaki Habiskan Sedulang Nasi Kandar Berharga Rm372

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 171 hits
Lain macam selera lelaki habiskan sedulang nasi kandar berharga RM372SITI NUR ZAWANISeorang lelaki menarik perhatian ramai selepas memesan sedulang nasi kandar paling mahal di restoran terkenal di George Town Pulau Pinang Menerusi video dim...
Sarapan Dengan Suami Di Kayu Nasi Kandar

Sarapan Dengan Suami Di Kayu Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 301 hits
Assalamualaikum Hari ni SA sampai awal kat opis 6 34am dah sampai sebabnya hari ni Suami yang hantar SA lepas tu kami berdua keluar sarapan sama kat tempat biasa sebenarnya nak sarapan kat Restoran Haslam kat Jln Pantai tapi bukak pukul 8 k...
Makan Di Myeongdong Topokki Mengopi Di Gloria Jean S Coffee

Makan Di Myeongdong Topokki Mengopi Di Gloria Jean S Coffee

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum WBT TARIKH Hari Kebangsaan tahun ini jatuh pada hari Sabtu Alangkah bestnya jika jatuh pada hari Jumaat dapat cuti ganti hari Ahad Takpun bagi jatuh hari Ahad terus pun syiokkk Bila apa apa cuti umum jatuh pada hari Sabtu ta...
Mengopi Di Zus Coffee Waterfront Port Dickson

Mengopi Di Zus Coffee Waterfront Port Dickson

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum Zus Coffee Waterfront PD ni memang antara outlet tercantik kata sesetengah orang yang dh pi sini share di Medsos Apapun SA akui kebenarannya sebab view laut tu yang mahal Lepas dapat parking kitorang pi la sini full house ye...
Nasi Ayam

Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 255 hits
AssalamualaikumSeorang tu tak mau daun salad Dia nak Timun saja Sambal nasi ayam pun LM tak letak Ada bungkuskan sup saja Harini dua hero kecil bawa nasi ayam ke Sekolah Kebangsaan Kebetulan buat nasi ayam maka tak jadi la buatkan mereka ay...
Stadium Peraduan Petrajaya Kuching Sarawak

Stadium Peraduan Petrajaya Kuching Sarawak

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 115 hits
Akhirnya cikbunga dan anak anak bunga telah menjejakkan kaki ke Stadium Perpaduan Petrajaya Kuching Sarawak Bergambar satu kat siniDak abang sambut Set kenangan kat siniMmmm malas nak gaduh ngan personal driver kan Matikan air jew lar Anak ...
Makan Di Nlsb Cafe

Makan Di Nlsb Cafe

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WBT ISNIN 2 September 2025 Pak Inche ajak makan malam di NLSB Cafe Taman Nusa Idaman Dah beberapa kali dia sebut sebut nak makan kat sini sebelum ni Sk pernah ke sini memenuhi jemputan Jarang jarang sangat la PI sendiri yang...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online