Makan Di Myeongdong Topokki Mengopi Di Gloria Jean S Coffee


 Assalamualaikum WBT 


TARIKH Hari Kebangsaan tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Alangkah bestnya jika jatuh pada hari Jumaat, dapat cuti ganti hari Ahad. Takpun, bagi jatuh hari Ahad terus, pun syiokkk. Bila apa-apa cuti umum jatuh pada hari Sabtu, tak dapat cuti ganti, ahhhh..  Rugi! Rugi!


Tu belum lagi cerita pasal cuti Maulidur Rasul SAW sama tarikh dengan cuti Hari Malaysia. Kerajaan dah umumkan tiada cuti ganti walaupun sebelum-sebelum ni ada jer cuti ganti jika cuti bertindih. Namun, ia tidak terpakai bagi pekerja swasta sekiranya syarikat telah menetapkan cuti maulid sebagai cuti umum. Macam Pak Inche, syarikat PI dah umumkan dapat cuti ganti, ahhhh..  jealous! Masalahnya, Sk ni kategori semi-goverment, jadi kita tunggulah pengumuman cuti dari bos, mudah-mudahan dapat cuti ganti, Amiiinnn YRA.


Eh, kau pasal cuti memang nombor satu ya, Sk! 😆😆😆




Aaaa.. ni kisah pergi mengopi lepas ambil Axia Iman, Si Luna di Perodua Bandar Baru Uda. Iyo, si Iman namakan kereta dia, Luna. Iman ni semua benda dia letak nama. Bantal busuk dia pun, dia letak nama Salman, sabo ajelah bapaknya


Iman kata, jomlah ronda-ronda dulu naik kereta baru. Punyalah semangat, Sk dulu, empat kali beli kereta, semua tak berani pandu keluar sendiri dari pusat jualan ya. Menggegel rasa kepala lutut ni haaaa. Ni, siap ajak ronda-ronda, ke mana? Ke Gloria Jean's Coffee di Nong Chik. Pagi tu dah makan berat, jadi mengopi ajelah mampu. Padahal, kos mengopi lagi mahal dari makan nasi




Yang ni pulak, kisah lepas tonton filem Takluk: Lahad Datu di GSC Paradigm Mall. Eh, jap.. betul jugak komen Blogger Carneyz,  ramai yang bising kenapa banyak watak sebenar ditiadakan sebab tajuk filem Takluk: Lahad Datu (LD) jadi penonton dah beranggapan ni memang kisah sejarah hitam yang pernah berlaku di LD. Sk fikir balik, betul jugak.. dahlah dia tukar latar tempat dan kisah sebenar, tapi ada nama Lahad Datu. Baik dia letak tajuk, Takluk aje. Tapi, apa-apapun, filem ni memang best tau. Siapa yang belum tonton, bolehlah tempah tiket siap-siap sekarang di panggung yang berhampiran, hehehe




Jadi, lepas tonton wayang tu, kami pusing-pusing dulu, pergi Mr DIY la, apa lagi. Padahal dekat rumah pun ada Mr DIY, ada dua eh. Dekat dengan pejabat pun ada dua tiga biji Mr DIY ni. Layankan aje la Iman ni dia nak cari benda kiut-miut untuk kereta dia, katanya. Tapi, tak beli apapun, tak ada yang kiut. Lepas tu, baru pergi makan, nak makan makanan Korea, tapi kelakaarnya, Abang Bangla yang masak, yang jadi cashier, hahahahaha


Iman makan Soondubu Jjigae Beef, RM18.78. Ni pertama kali Sk makan Jjigae, entahlah tataw macammana nak sebut betul-betul. Rasa sebutannya Jigae tapi tak tahu kenapa huruf  J dia dua biji. Jjigae ni merupakan sejenis sup Korea pedas, sedap ya sup dia tu, rasa macam asam pedas pun ada sikit. Macam syok pulak menyudu




Sk pulak makan Bulgogi Beef, RM17.83. Memang sekarang asal tengahari cari nasi. Set nasi daging bulgogi ni dihidangkan dengan sup kosong. Macam biasa kalau makan makanan Korea ada side dish dia la yang dalam piring berpetak tu, ada kimichi, ada ikan bilis goreng dengan kacang tanah dan ada macam jeruk sengkuang ke apa tu, tak pastilah apa nama keduanya ni. Tapi serius, kalau korang baru nak mencuba menu Korea cubalah dia punya Jjigae, memang sesuai la dengan tekak melayu




Bergambar dengan makanan sebelum makan is wajib! Oh, selain tu ambil Hotteok seketul. Comel jer hotteok dia, ada dua pilihan inti sama ada original atau coklat. Air Green Tea Iman tu pekat betul, betul-betul rasa rumput sampai tak boleh nak minum, sudahnya bawa balik. Dia kata nak adjust tambah susu dan air tapi tak punnn, tergeletak jer dalam esbox tuuuu. Doblas hinggit tuhhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/makan-di-myeongdong-topokki-mengopi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Terrace Coffee Park

Makan Di Terrace Coffee Park

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 129 hits
Assalamualaikum WBT MALAM Final Piala FA Pasukan JDT menentang Selangor Sk dan Iman berdua ke Sireh Park Meriah malam tu sebab ada layar besar menayangkan siaran langsung Piala FA Ramai yang bawa kerusi healing ada yang bawa tikar ada juga ...
Makan Di Restoran Kesum Selasih

Makan Di Restoran Kesum Selasih

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum WBT MALAM kedua kena tinggal Pak Inche kali ini kami ke Restoran Kesum Selasih yang baru sahaja dibuka di Taman Pulai Makmur bersebelahan dengan Cantik restorannya dari luar sampai dalam staf pun sopan Menunya agak istimewa ...
Makan Mee Celup Di Restoran Ainoni

Makan Mee Celup Di Restoran Ainoni

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WBT MINGGU lepas tiga hari Pak Inche keluar daerah menghadiri latihan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur Tinggallah berdua dengan Iman bersama anabul 7 ekor Tinggal berdua tu memang tak masaklah makan kat kedai aje senang Mal...
Foto Disaksikan Prabowo Jokowi Pidato Rapbn Singgung Keberlanjutan Pembangunan Ikn Hingga Makan Bergizi Gratis

Foto Disaksikan Prabowo Jokowi Pidato Rapbn Singgung Keberlanjutan Pembangunan Ikn Hingga Makan Bergizi Gratis

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 94 hits
Jokowi memastikan anggaran untuk keberlanjutan pembangunan IKN dan Makan Bergizi Gratis masuk dalam RAPBN 2025
Warung Pak Nong Celup Tepung Antara Destinasi Makan Terbaik Di Terengganu Puashati Makan Di Sini

Warung Pak Nong Celup Tepung Antara Destinasi Makan Terbaik Di Terengganu Puashati Makan Di Sini

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 211 hits
Warung Pak Nong Celup Tepung di pantai Kg Mengabang Telipot Kuala Nerus Terengganu adalah antara destinasi makan celup tepung terbaik di Terengganu Ia boleh di katakan menjadi destinasi wajib pengunjung mahupun pelancong yang datang ke Tere...
Kalau Berat Naik Pengarah Kata Hyeri Akui Dah 5 Bulan Berhenti Makan Karbohidrat

Kalau Berat Naik Pengarah Kata Hyeri Akui Dah 5 Bulan Berhenti Makan Karbohidrat

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 87 hits
Bukan senang kan untuk jadi pelakon di Korea Selatan ni Artikel Berkaitan Baru baru ini Hye ri telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Dex Dalam siaran itu Dex bertanya kepada Hye ri Saya dengar awak dah 5 bulan tak makan karbohid...
Pai Pai Brown Bergaduh Time Makan

Pai Pai Brown Bergaduh Time Makan

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum Dua ekor ni adik beradik sama ibubtapi x tau la bapaknya sama ke tak sebab si brown tu kucing siam si PaiPai plak kucing tempatan biasa yang ekor gebu sangat macam ekor tukar sebab tu SA panggil dia PaiPai Semalam SA bagi du...
Tak Susah Rupanya Buat Pulut Sekaya Yang Tak Makan Tepung Boleh Cuba

Tak Susah Rupanya Buat Pulut Sekaya Yang Tak Makan Tepung Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 194 hits
Pulut sekaya merupakan salah satu jenis pencuci mulut tradisonal dipercayai berasal dari Pantai Timur yang masih digemari oleh segenap masyarakat Melayu Namun tahukah anda kuih pulut sekaya versi asli juga sesuai buat mereka yang mengamalka...
Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

Makan Di Restoran Singgah Maju Tomyam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum WBT BEBERAPA kali pergi satu hari tu terkejut tiba tiba wujud satu Restoran Tomyam yang sungguh meriah Pada mulanya ingatkan restoran tu baru dibuka tapi menurut adik pekerja RNAHS restoran tu bercuti panjang tu la yang sebe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara