Mengaji 15 Minit Setiap Hari Nak Bagi Wira Fokus Betty Rahmad Kongsi Tip Reward
Si comel Ardy Wira, anak selebriti Betty Rahmad seringkali mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, sejak dilahirkan lagi, anak kesayangan Betty ini cukup murah dengan senyuman.
Kini pada usianya tiga tahun, Ardy Wira dilihat seakan anak yang cukup matang dalam segala hal.
Selain kepetahannya bercakap, seperti yang sering dikongsikan oleh ibunya di Instagram, Wira juga cukup pandai mengaji. Tidak hairanlah di usianya dua tahun, anak kecil ini sudah pun berjaya menamatkan bacaan Iqra Satu.
Semuanya hasil didikan Betty dan suami yang seringkali mendapat pujian wargamaya.
Menurut Betty menerusi perkongsiannya sebagai penerima Anugerah Best Mama Mellinial 2022, untuk memastikan anak kesayangannya kekal fokus dalam apa yang dilakukannya, dia gemar memberikan ganjaran pada Wira.
“Untuk kanak-kanak especially bawah 3 tahun memang aktif tak boleh duduk diam. Macam saya buat pada Wira, saya lebih banyak praktikkan belajar dalam bermain.
“Waktu Wira nak bermain itu saya tambahkanlah sedikit pembelajaran dekat situ. Kiranya sambil dia main dia dapat belajar sekali,” kata Betty berkongsi.
Malah kata Betty, sama seperti ibu bapa lain yang melalui cabaran memujuk anak mengaji, Betty mengakui dia menggunakan teknik ‘reward’ untuk anaknya.
“Pasal mengaji tak ambil masa panjang pun. Biasanya saya buat tak lebih dari 15 minit pun tapi saya buat rutin setiap hari.
“Paling penting lepas mengaji saya bagi ‘reward’ dekat Wira.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Kid Set dengan kod diskaun RM5, PNMGPS5 ini di SINI.
“Biasanya Wira kalau lepas mengaji saya akan bagi dia kismis atau biskut supaya dia semangat dan fokus masa nak mengaji waktu tu. Itu saja,” kata Betty berkongsi.
Syukur anak tak pilih makanan
Bercerita mengenai soal pemakanan anaknya, menurut kata Betty lagi, dia paling beruntung kerana Wira tidak memilih soal makan. Apa sahaja yang disediakan untuk, Wira akan makan.
“Alhamdulillah Wira bukan anak yang picky eater atau memilih makanan. Dia memang tak ada masalah nak makan, so far semua benda dia makan.
“Cuma sebelum usia Wira dua tahun sebelum ini memang saya elakkan garam dan gula pada Wira. Itu sahaja,” kongsi Betty lagi.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Mengaji 15 Minit Setiap Hari” Nak Bagi Wira Fokus, Betty Rahmad Kongsi Tip ‘Reward’! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mengaji-15-minit-setiap-hari-nak-bagi-wira-fokus-betty-rahmad-kongsi-tip-reward/