Hati Hati Jika Kerap Migraine Rupanya Ada Sesuatu Dalam Otak
Seorang remaja berusia 19 tahun sering mengadu kerap terkena migraine. Remaja bernama Wen Xiaoli terus melakukan pemeriksaan dengan doktor di Changsa, provinsi Hunan. Bagaimanapun, setelah melakukan scan pada bahagian kepala Wen, doktor terkejut apabila melihat cacing berukuran 10 cm panjang di bahagian otaknya.
kerap migraine rupanya ada cacing 10 cm dalam otak
Cacing yang masih hidup ini sudah berada pada otak Wen selama 2 tahun. Wen terkena infeksi larva cacing yang disebut sebagai spirometra erinaceiuropaei. Larva cacing ini masuk melalui tangan Wen yang terluka tatkala membersihkan katak yang ingin dimakan.
Menurut doktor yang merawat, infeksi yang terjadi pada Wen sangatlah jarang terjadi. Wen sangat beruntung kerana jika dibiarkan, sel-sel pada otaknya boleh mati dan membahayakan nyawanya. sumber era.je
Penggemar Daging Mentah ‘Ternak’ Cacing Dalam Otak
Serangan sawan yang dialami seorang pesakit lelaki membawa kepada penemuan yang mengejutkan sekumpulan doktor di sebuah hospital di Guizhou dekat sini.
Selain sawan, Wu, 46, mengalami muntah dan sakit kepala kronik sejak enam bulan lalu.
Susulan itu, sekumpulan doktor i Pusat Perubatan Universiti Guizhou telah melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) ke atas pesakit berkenaan.
Hasilnya memang mengejutkan apabila kira-kira 30 telur cacing pita dikesan dalam otak lelaki yang gemar memakan daging mentah.
Wu mendakwa dia gemar memakan daging khinzir menyebabkan doktor percaya keadaan itu berlaku disebabkan daging itu mungkin tercemar akibat dimakan mentah atau kurang masak.
Berpuluh-puluh kantung telur itu disahkan adalah telur cacing pita yang menyebabkan terdapat pengumpulan cecair di dalam otak secara berlebihan sehingga dia mengalami sawan.
“Beberapa telur larva itu kelihatan bergerak. Kami terpaksa melakukan pembedahan dengan penuh teliti bagi mengelak telur itu pecah di dalam otak,” kata seorang pakar bedah, Dr. Yang Ming.
Ming turut mengesahkan tiada sebarang parasit yang berada di dalam otaknya kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih serius pada tisu otak apabila menetas menjadi cacing.-TheSun
The post Hati-Hati Jika Kerap Migraine. Rupanya Ada Sesuatu Dalam Otak appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/21/hati-hati-jika-kerap-migraine-rupanya-ada-sesuatu-dalam-otak/