Mendaki Rawang Bypass




Saya dan seorang teman memanaskan badan di trek Rawang Bypass ini pada awal September 2025 semasa kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kami berdua bermalam di Sahara Hotel Rawang. Berpandukan Google map, jarak Sahara Hotel dengan starting point trek Rawang Bypas sekitar 3 minit sahaja.


Pagi itu kami menuju starting point trek Rawang Bypass. Terdapat beberapa buah kereta yang parkir di bahu jalan di kawasan sedikit lapang. Kami memakir kenderaan dan bertegur sapa dengan sepasang cina yang kami fikir telah selesai mendaki. Kami bertanya arah jalur Rawang Bypass untuk memastikan kami menuju arah yang betul walaupun kami telah membaca di internet tentang jalur ke sana. 

Kami menyusuri jalan mini tar yang landai sehingga bertemu dua orang lelaki cina yang sedang berjalan dari arah bertentangan. Kami bertanya lagi arah ke Rawang Bypass dan mereka memberitahu kami perlu berjalan sehingga berjumpa tembok batu dan perlu menuju ke arah kanan dan turun ke bawah. Kemudian kami diberitahu supaya menyusuri terowong yang terdapat di bawah lebuhraya untuk ke jalur Rawang Bypass seperti yang kami baca di internet




Nasib baik hanya sedikit sahaja air yang mengalir di dalam terowong hari ini. Jika air dalam, ada lagi satu jalur menuju ke Rawang Bypass tanpa perlu melalui terowong ini. Setelah menyusuri terowong kami meneruskan pendakian mengikuti arah di sebelah kanan dan trek jelas tanpa penanda.


Kami kemudian mendaki tangga-tangga simen sedikit menaik.  Terdapat tali yang diikat untuk pendaki berpaut di lereng bukit yang bersimen ini




Akhirnya setelah mendaki sekitar 30 minit kami sampai di Rawang Bypass yang berketinggian 58.2 meter. Disebabkan kami ke sini pada hari bekerja, cuma beberapa orang pendaki sahaja yang berada di Rawang Bypass pagi itu. Kami berehat semahunya di sana sambil menjamu mata melihat kenderaan yang lalu lalang di lebuhraya pagi itu




Setelah puas berehat kami turun melalui jalur kami ke sini tadi. Trek bersimen ini mungkin licin jika basah atau hari hujan. Pendaki yang ingin ke Rawang Bypass sebaiknya memakai kasut yang sesuai untuk mendaki. Elakkan memakai selipar  walaupun ketinggian Rawang Bypass sekadar 58mdpl. Petua pendakian yang saya pegang "jangan meremehkan ketinggian sesuatu bukit"


Mendaki ke Rawang Bypass tidak memerlukan permit dan guide tetapi harus berjaga-jaga ketika mendaki di bahagian bersimen dan berbatu besar menuju ke atas bukit yang agak bahaya. Sekitar 20 minit trekking, kami sampai di tapak parkir. Kami kembali ke hotel dan bersedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Terima kasih Allah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2025/10/mendaki-rawang-bypass.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Bukit Liman Kati Kuala Kangsar

Mendaki Bukit Liman Kati Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 118 hits
Saya dan seorang teman mendaki ke Bukit Liman Kati ini semasa bercamping di Amba Waterfall Campside pada pertengahan August 2025 Dari Amba Waterfall Campside kami memandu ke starting point Bukit Liman Kati dengan menggunakan google map Pagi...
Pahang Perketat Prosedur Operasi Standard Lebih Baik Ketika Aktiviti Mendaki Gunung Elak Tragedi Berulang

Pahang Perketat Prosedur Operasi Standard Lebih Baik Ketika Aktiviti Mendaki Gunung Elak Tragedi Berulang

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 60 hits
KUANTAN Prosedur Operasi Standard yang lebih baik dan berkesan akan diwujudkan dalam memastikan kes kemalangan jiwa tidak terus berulang ketika aktiviti mendaki gunung dilakukan Garis Panduan Penilaian Risiko Gunung kini sedang dimuktamadka...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank