Mendaki Gunung Elvira Via Air Hitam Dam
Ada banyak trek ke puncak gunung ini. Awal November 2020, saya dan sebelas orang teman mendaki ke gunung ini dari Air Hitam Dam dan berakhir juga di sini. Mengikut penilaian Hamzah yang telah ke Gunung Elvira ini, jalur dari Air Hitam Dam ke puncak dianggarkan sekitar 11 kilometer pergi dan pulang. Trek pula sekitar 80 peratus melalui jalan mini tar manakala 20 peratus merentasi hutan belukar. Kami memakir kenderaan di tapak pakir di Air Hitam Dam. Setelah semua bersedia, kami memulakan perjalanan pada jam 08:40 pagi melalui jalan mini tar yang dibina mengelilingi Dam sebagai tempat berjogging sehingga bertembung di persimpangan belah kiri jalan.
Melalui simpang ke kiri yang masih diturap dengan mini tar, kami berjalan sehingga sampai di sebuah tokong. Jalan menegak sekitar 30 darjah. Kami berehat sebentar di sebuah pondok berbumbung zink di hadapan tokong tersebut sekitar 20 minit, tambahan pula hujan renyai pagi itu
Kemudian kami meneruskan trekking melalui mini tar di sebelah kiri tokong sehingga kami jumpa sebuah lagi pondok dan kami berehat lagi di pondok tersebut. Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di kawasan kebun bunga milik persendirian. Saya dan teman-teman sangat teruja berada di kawasan ini. Kami bergambar semahunya di kawasan bunga yang sedang berkembang cantik ini.
Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga ke penghujung kawasan kebun bunga. Kawasan kebun bunga terdapat anjing. Pendaki harus hati-hati.
Di penghujung kawasan kebun bunga ini kami mulai trekking jalur hutan, trek agak menegak dan ditandai sedikit cat merah di beberapa tempat sehingga ke puncak Gunung Elvira. Kami sampai di puncak Gunung Elvira 720mdpl pada jam 11:15 pagi. Tiada pemandangan yang dapat dilihat dari puncak ini kerana dikelilingi pohon yang tinggi dan paku pakis yang tebal.
Kami kemudian bergerak turun pada jam 11:40 pagi melalui lorong pakis resam di sebelah kiri puncak. Dari sini, jika cuaca cerah kita akan dapat melihat Jambatan Pertama Pulau Pinang. Lorong agak semak namun masih boleh dilalui. Kami akhirnya bertembung semula dengan jalan mini tar dan meneruskan perjalanan turun dibelah kanan. Dalam perjalanan turun kami singgah sebentar di air terjun untuk bergambar.
15 minit kemudian kami meneruskan perjalanan turun dan singgah di sebuah anak sungai untuk makan tengahari. Jam13:30 setelah selesai makan, kami meneruskan perjalanan turun sehingga kami bertembung dengan jalan mini tar yang dibina mengelilingi Dam. Kami meneruskan perjalanan melalui mini tar di belah kiri sehingga sampai semula di tapak pakir kereta pada jam 14:15 petang. Ini bermakna kami juga telah mengelilingi Air Hitam Dam
Terdapat banyak simpang semasa mendaki ke puncak dari jalur Air Hitam Dam. Jika anda tidak pernah melalui jalur ini, baik kiranya anda menggunakan khidmat guide atau ditemani teman yang pernah melalui jalur ini
Nota:1-Rekomen Guide: Hamzah : 019 47447522-Parkir kereta percuma
Itenerary:08:30-Berkumpul di tempat parkir Air Hitam Dam
08:40-Mula trekking
11:15-Sampai puncak Gunung Elvira 720 mdpl
11:40-Bergerak turun
12:35-Singgah di air terjun
12:50-Singgah makan di tepi anak sungai
13:30-Meneruskan perjalanan turun
14:20-Sampai parkir Air Hitam Dam. Bersurai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jalankegunung.blogspot.com/2020/11/mendaki-gunung-elvira-via-air-hitam-dam.html