Honeywell Evaporative Air Cooler 25l Cl25ae Memang Terbaik
Rumah yang kami sewa di PP ni tak dilengkapi dengan alat penyaman udara (air conditioner). Jadinya pada dua bulan pertama berpindah di PP, kami cuba jugaklah tidur hanya dengan tahap sejuk kipas siling dan tingkap bilik yang memang hampir sepanjang hari dibiar sedikit terbuka.
Masa mula-mula memang ok saja, selesa tidur sebab musim hujan dan tak berbahang. Tapi bila tiba musim panas terik dan bilik pulak menghadap matahari petang, memang tak lena tidur dibuatnya. Asyik terjaga malam dek kepanasan. Walaupun rumah di tingkat 16, bukan mesti berangin sejuk sentiasa.
PASANG AIR COND. ATAU BELI AIR COOLER?
Kami mula memikirkan dua pilihan, sama ada nak minta tuan rumah pasang alat penyaman udara atau kami beli saja alat penyejuk udara (air cooler). Manakala alat penyaman udara mudah alih (portable air conditioner) tak termasuk dalam senarai kerana kami dah berpengalaman menggunakannya suatu masa dulu. Agak leceh, perlu letak berdekatan tingkap dan halakan hos ke luar tingkap. Bunyinya juga agak mengganggu tidur saya
Kami kemudiannya memilih untuk beli air cooler saja atas faktor saiz bilik tidur yang kecil (akan terlampau sejuk jika guna air cond.) dan cuma menyewa untuk tempoh 2 tahun. Air cooler tu nanti boleh jugak digunakan untuk rumah kami di NS bila kami kembali menetap di sana. Tak rugi membeli
Saya mula membuat carian info berkenaan jenama air cooler yang ada dipasaran. Buat carian di Google dan juga Facebook. Baca setiap komen-komen di Facebook juga membantu kami dalam membuat keputusan. Beberapa kali jugak kami ke kedai elektrik untuk mendapatkan info. Memang bukan mudah nak buat keputusan, sebab ramai yang bagitau beli air cooler cuma membazir sebab tak sejuk dan leceh perlu kerap isi air
HONEYWELL AIR COOLERAkhinya, kami memilih air cooler jenama Honeywell. Saya jumpa harga paling rendah ditawarkan di Shopee dan kebetulan seller di Pulau Pinang. Saya terus chat dengan seller untuk bertanya lokasi kedai dan berhasrat nak datang beli di kedai. Tujuannya supaya dapatlah kami guna secepat mungkin
8.8.2020 - kami beli Honeywell Evaporative Air Cooler 25L CL25AE ni dengan harga RM699 di kedai Ban Huat Electrical yang terletak di Butterworth
Spesifikasi air cooler kami. Dengan kapasiti water tank 25 liter, tak perlulah kami isi air setiap hari. Biasanya kami isi setiap 2-3 hari sekali. Bergantung kepada kekerapan penggunaan sehari. Biasanya cuma guna semasa solat dan sepanjang waktu tidur malam
Lebih dua bulan menggunakan air cooler ni, Alhamdulillah kami suami isteri sangat berpuashati! Sangat sejuk walaupun pilih low speed. Kuat sungguh anginnya. Tapi tentulah tak sama seperti kita guna air cond yang terletak tinggi dan lebih menyeluruh rasa sejuk
Bahagian bertutup hitam tu tempat isi ais. Mula-mula je kami isi ais/ice pack, lepas tu rasa tak perlu. Set Speed-Low, Swing dan Mode-Cool dah cukup memberikan rasa sejuk selesa. Kalau cuaca mendung atau hujan, cukup guna Mode-Fan
Cara penjagaan? Mula-mula kita wajib baca buku manual supaya faham. Kalau tak baca buku manual, kita ingat rosak atau tak bagus air cooler ni. Juga boleh buat carian di Youtube supaya lebih mudah faham
Contohnya, air cooler ni akan mengeluarkan semacam bau akuarium yang dah lama tak tukar air. Itu maksudnya kita perlu bersihkan water tank. Tolak air cooler ke bilik air dan buka bahagian bawah untuk buang air yang ada dalam water tank. Kemudian masukkan air dan biar ia mengalir keluar. Siap! Sebaiknya buat proses pembersihan begini sekali dalam seminggu. Sesekali bersihkan juga dust filter dan honeycomb pads yang terletak di belakang air cooler. Kalau nak ia berfungsi dengan baik, kena buat rutin penjagaan begini
Ok, untuk sesiapa yang masih mencari air cooler mungkin boleh pertimbangkan untuk beli jenama Honeywell ni. Ada pilihan model lain, ikutlah kesesuaian keperluan kita. Bagi saya dan suami, air cooler model CL25AE ni memang memenuhi keperluan kami dan setakat ni sangat berpuashati
Apa yang penting, beli dan guna air cooler sesuai dengan ukuran ruangan yang dicadangkan. Jangan main beli je tak baca spesifikasi, lepas tu marah-marah kenapa tak sejuk 😀
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/10/honeywell-evaporative-air-cooler-25l.html