Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan


 
JERANTUT - Masyarakat Orang Asli di daerah ini boleh menjadikan tanaman padi bukit yang diusahakan sebagai tarikan pelancong ke tempat mereka, selain sumber ekonomi.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata masyarakat Orang Asli yang pakar dengan tanaman itu boleh memberi perhatian kepada pelancongan padi, bagi menarik kehadiran pelancong ke tempat mereka.
Katanya, mereka boleh menyediakan pakej pelancongan padi membabitkan proses menanam, menuai, menumbuk, mengemping menggunakan lesong indik dan makan nasi padi bukit.
Beliau berkata, jika Kedah, Perlis dan Kelantan terkenal dengan sawah sebagai tarikan, padi bukit juga mampu menarik perhatian pelancong seperti padi bukit Bario di Sarawak yang sudah terkenal.
"Penanaman padi bukit ini sudah tidak banyak diamalkan dan ia perlu diteruskan dalam usaha mengekalkan budaya dan tradisi turun temurun, khususnya dalam kalangan masyarakat pribumi ini.
"Jika kita dapat membabitkan pelancong dalam aktiviti seperti ini, ia akan menjadi pengalaman baru kepada mereka dan keunikan ini menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan menarik," katanya ketika melihat pesta mengemping padi bukit di kampung Orang Asli Sungai Rengat di sini.
Ahmad Nazlan berkata, pihaknya akan memperluaskan tradisi ini di kampung Orang Asli lain yang mula meninggalkan aktiviti itu dalam usaha mengekalkan budaya dan tradisi turun temurun masyarakat itu.
Beliau berkata, di Jerantut perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tanaman padi bukit ialah di Sungai Rengat dan Sungai Kiol.
Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian untuk memberi penerangan cara tanaman lebih tersusun serta pembajaan yang betul kerana ketika ini penanaman dilakukan penduduk sekadar kegunaan sendiri.
"Penanaman dengan kaedah bersistematik dan pembajaan yang betul dapat meningkatkan hasil padi, sekali gus menjana pendapatan serta menjimatkan perbelanjaan dapur," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKOA), Kampung Sungai Rengat, Muhammad Farok Fauzi, 45, berkata ketika ini penduduk mengusahakan tanaman padi bukit seluas dua hingga 1.3 hektar dengan penghasilan 100 ke 150 kilogram setiap musim.
"Kami merancang untuk menanam padi bukit yang kami warisi ini di tanah seluas kira-kira 4 hektar secara lebih tersusun kerana terdapat kawasan kosong yang boleh dimajukan.
"Penduduk menjalankan kerja secara bergotong-royong bagi menjalin tali persaudaraan lebih erat dan semangat jati diri setempat, selain dapat mengurangkan perbelanjaan membeli beras," katanya.
Beliau berkata, benih pada Sungai Rengat ini diwarisi sejak dari nenek dulu dan rasanya sangat sedap, lembut dan berbau wangi. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/masyarat-orang-asli-di-jerantut-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ahmad Husam L Omicron Ni Boleh Jadi Menteri L Dok Ugut Orang Islam

Ustaz Ahmad Husam L Omicron Ni Boleh Jadi Menteri L Dok Ugut Orang Islam

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 214 hits
Ustaz Ahmad Husam l Omicron Ni Boleh Jadi Menteri l Dok Ugut Orang Islam l Ramai Mana X Solat Jumaat
Jangan Main Bagi Dos Ubat Anak Terkurang Atau Terlebih Boleh Mudaratkan Anak Dr Izzar Anwari

Jangan Main Bagi Dos Ubat Anak Terkurang Atau Terlebih Boleh Mudaratkan Anak Dr Izzar Anwari

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 266 hits
Musim anak anak dilanda demam batuk dan selesema tentu sahaja membuatkan ibu mula rasa cabarannya ketika memberikan anak ubat Pun begitu jangan main bagi sahaja anak ubat sebaliknya dapatkanlah saranan dan sukatan yang tepat dari doktor Wal...
Ada Pisang Lebih Di Rumah Boleh Cuba Resipi Mudah Ini

Ada Pisang Lebih Di Rumah Boleh Cuba Resipi Mudah Ini

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 308 hits
Buat mereka yang suka mencuba resipi baru bolehlah masak Banana Coffee Cake ini Sedap mudah dan tak guna banyak bahan pun Resipi yang dikongsi daripada Norfazida Gda ini sesuai untuk makan pagi atau pun minum petang BANANA COFFEE CAKEBAHAN ...
Copy Trade Octafx Terbaik Anda Boleh Memilih Peluang Ini

Copy Trade Octafx Terbaik Anda Boleh Memilih Peluang Ini

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 376 hits
Copytrade Bersama Cikgu Roslee Buat Profit 5 20 Setiap Bulan Tanpa Perlu Buat Apa Apa Peluang Untuk Menjana Pendapatan Pasif Setiap Hari Dari Perdagangan Matawang Walaupun ANDA Zero Knowledge Tak Tahu Nak Buat Analisis Pasaran Malas Tengok ...
Mee Celup Sue Dah Sedap Boleh Cuba

Mee Celup Sue Dah Sedap Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 383 hits
Sebut sahaja Mee Celup semestinya rakyat Kelantan amnya akan terbayang keenakan rasanya Mee celup di Kelantan sangat berbeza dengan negeri luar Jika ada persamaan antara mee celup Kelantan dan negeri luar itu mungkin kebetulan ataupun penia...
Merbah4ya Beris1ko Dan Boleh Memberi Aib Usaha Murni Cik Puan Gojes Mendapat Teguran Otai

Merbah4ya Beris1ko Dan Boleh Memberi Aib Usaha Murni Cik Puan Gojes Mendapat Teguran Otai

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 188 hits
Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi laman Facebooknya telah memberi beberapa teguran secara baik kepada Cik Puan Gojes mengenai usaha penyaluran bantuan yang dibuatnya selama ini CPG yang juga merupakan seorang guru memang amat popular kebelak...
Betullah Orang Cakap Anak Tak Boleh Pilih Bapak Demi Content Bapa Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Buat Aksi Willy

Betullah Orang Cakap Anak Tak Boleh Pilih Bapak Demi Content Bapa Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Buat Aksi Willy

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 286 hits
The ReporterTindakan seorang lelaki melakukan aksi willy semasa menunggang motosikal sambil membawa anaknya bersama dikecam oleh netizen yang menganggapnya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab Video yang mula viral di media sosial sejak...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad