Mendaki Bukit Berekeh Di Sungai Siput Perak


Bukit Berekeh atau dikenali juga dengan nama Bukit Botak merupakan antara destinasi yang menjadi perhatian para pendaki. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,940 kaki atau 454 meter. Ia amat popular dengan pendaki kerana di Bukit Berekeh terdapat 5 buah puncak bukit yang menjanjikan permandangan yang menarik pada setiap puncak.

Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Untuk pengetahuan Bukit Berekeh ini terletak di Kampung Bawong, Lasah di Sungai Siput, Perak. Walaupun lokasi ini tidak diketahui umum, namun ianya tetap menjadi tumpuan para pendaki untuk datang ke Bukit Berekeh kerana pemandangan yang indah dan menarik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak. Suasana ini sememangnya akan menawarkan satu panorama yang cukup indah untuk diamati.

Sekiranya bernasib baik juga anda akan dapat melihat pemandangan awan karpet ketika berada di puncak bukit berekeh. Baru-baru ini Cik iena dan rakan-rakan serta adik, berkesempatan mendaki Bukit Berekeh. 


Persiapan Sebelum Mendaki Bukit Berekeh.
Sudah pastinya perlu ada persiapan sebelum mendaki mana-mana bukit. Membaca blog mahupun gambar yang di post oleh pendaki di laman sosial media. Untuk pendakian ke Bukit berekeh ini Cik iena ada komen pada gambar-gambar pendaki Bukit berekeh di laman instagram tentang pendakian ke Bukit Berekeh.

Puncak Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Pertama sekali sudah tentu soalan yang ditanya adakah perlu permit? Menurut pendaki  yang Cik iena tanya dan juga Guider atau pemandu arah , untuk mendaki ke Bukit Berekeh tidak memerlukan permit cuma perlukan Guider untuk membawa pendaki mengikuti trek yang betul untuk sampai ke Bukit Berekeh.

Ini adalah bagi mengelakkan pendaki dari sesat. Terdapat banyak laluan untuk ke puncak bukit berekeh jadi amat perlu untuk anda mendapatkan khidmat Guider. Di penghujung artikel Cik iena akan kongsikan nombor talifon dan social media khidmat guider yang Cik iena guna.

Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak

Nombor talifon guider tersebut cik iena perolehi daripada salah seorang pendaki yang pernah mendaki Bukit berekeh di ruangan komen gambar Bukit Berekeh yang beliau muatnaik iaitu saudara @iizwanwann .

Selepas mendapatkan maklumat mengenai pendakian. Cik iena dan rakan-rakan mennyusun aturcara kami sepanjang berada di negeri Perak. Kami kesini bukan sahaja mendaki tapi juga bersiar-siar di sekitar tempat menarik di Perak untuk memenuhkan aktiviti kami supaya percutian ini menjadi lebih menarik dan sentiasa menjadi ingatan.

Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak

Sebelum aktiviti mendaki, kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Perak pada hari sabtu 13 julai 2019 selepas subuh. Selepas menjemput kesemua rakan kami menerukan perjalanan ke tempat-tempat menarik yang talah kami rancang dan kemudian check in ke homestay di  Sungai Siput lebih kurang jam 6.23 petang. Kami berehat sebelum memulakan pendakian pada awal pagi ahad.


Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak
Untuk misi pendakian ini kami memilih Azila Homestay yang terletak di Taman Orkid, sungai siput  Perak. Jarak dari homestay ke Kampung Bawong lebih kurang 30 minit.  Sebelum membuat tempahan Cik iena meminta kebenaran untuk check in lewat dan check out lewat kerana kami perlukan rumah ini untuk berehat sebelum dan selepas mendaki.

Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak

Kami Check out juga pada lewat petang . lebih kurang jam 6.30 juga pada hari ahad. Setelah selesai mendaki dan makan tengah hari, kami pulang ke homestay untuk membersihkan diri dan juga berehat sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Untuk tempahan Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak
019-642 6707 atau 019-570 6954 .

atau boleh booking di lamanairbnb . Semasa Cik iena booking menerusi airbnb harga satu malam adalah RM 162.58  termasuk servis fee lain.


Azila Homestay Taman Orkid, Sungai Siput Perak


Rumah ini mempunyai 4 bilik jadi ianya besar dan sesuai untuk anda yang bergerak dalam kumpulan yang besar. Ruang tamu dan dapur juga besar. Sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk berehat sebelum dan selepas mendaki Bukit Berekeh bagi pendaki yang datang dari jauh.




Misi Mendaki Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak  Ahad 14 Julai 2019
Kami mula berkumpul di tempat berkumpul iaitu di Masjid Bawong pada jam  2 Pagi tanggal 14 Julai 2019. Guider akan tunggu disini dan taklimat ringkas akan diberikan disini. Sebelum memulakan pendakian, sesiapa yang ingin menunaikan hajat bolehlah melepaskan hajat di sini. Kalau dalam hutan nanti susah nak melepaskan hajat.


Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Lebih kurang jam 2.30 pagi kami memulakan perjalanan untuk ke jalan masuk Bukit Berekeh. Pada yang tidak tahu jalan memang agak sukar kerana anda tidak tahu dimana jalan masuk dan dimana perlu parking kereta lagi-lagi jika anda diantara orang terawal yang naik. Jadi khidmat guider amat diperlukan.

Asal penat je berhenti recharge energy, ambil gambar boleh bagi tenaga tau.:)


Kami parking di tepi jalan sahaja sebelum memulakan pendakian. Jam 2.48 pagi kami mula mendaki dari tepi jalan tempat kami parking kereta.. Pendakian awal di laluan ladang kelapa sawit yang baru ditanam. Laluan naik bukit berterusan  dan sedikit berpusing yang pastinya membuat anda penat. Awal lagi dah penat. Tapi memandangkan kami naik awal jadi tidak perlu rushing untuk sampai ke puncak. Jalan santai-santai sahaja. Jika penat kami berhenti.

Geng Hiking Bukit Berekeh Sungai Siput Perak


Puncak Pertama Bukit Berekeh
Lebih kurang jam 4.00 pagi kami sampai di puncak yang pertama .  Kami mengambil masa 1 jam 18 minit  untuk ke Puncak satu termasuk berhenti berehat dan bergambar disepanjang perjalanan. Ambil gambar disepanjang perjalanan tu adalah terapi kami supaya lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan..


Puncak pertama Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak




Memandangkan kami mula mendaki pada waktu awal pagi jadi tidak panas, cuma penat sahaja. Penat nya juga mangkin tidak sepenat  mendaki ketika waktu siang. Pada waktu siang keadaan di bukit ini sangat panas kerana de setiap lima puncak tiada pokok-pokok  untuk berlindung dari terik matahari.

Puncak kedua Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Perjalanan di teruskan dari puncak pertama sehingga puncak terakhir iaitu lima. Perjalanan dari puncak pertama ke puncak kedua dan puncak kedua ke puncak ketiga serta ke empat adalah katagori biasa  dan tidak terlalu tinggi. Manakala perjalanan dari puncak ke empat menuju puncak ke lima iaya lebih curam berbanding puncak-puncak sebelumnya.

Puncak ketiga Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Disetiap puncak juga, batu-batu yang terdapat disitu mudah terjatuh. Bak kata guider kami "loose rock". Jadi anda perlu berhati-hati ketika mendaki kerana khuatir akan tergelincir bersama batu yang mudah terjatuh tersebut.

Adalah dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai iaitu kasut Hiking supaya kasut anda dapat  grip atau mencengkam permukaan tanah dan batu dengan baik. Walaubagaimanapun masih perlu berhati-hati dengan "loose rock".

Puncak keempat Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak

Diantara pendakian dari puncak pertama sehingga yang terakhir kami akan berhenti untuk berehat seketika sambil bergambar memandangkan masih awal lagi untuk melihat sunrise.


Puncak ke Lima Bukit Berekeh.

Kami tiba di Puncak ke lima Bukit Berekeh lebih kurang jam 5.00 pagi. Suasana masih gelap lagi. Sementara menunggu matahari terbit kami berehat seketika  dan makan makanan yang kami bawa. Suasana diatas puncak ini ketika jam 5 pagi teramat sejuk. Dinasihatkan untuk anda membawa baju sejuk mahupun seluar lebih untuk anda pakai ketika di puncak ini sekiranga anda mendaki seawal jam 2.30 pagi.

Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Cik iena sendiri walaupun telah membawa baju sejuk , tetap berasa sejuk yang teramat sangat . Sampaikan terpaksa pinjam tuala adek untuk tutup kali. Cik iena gunakan dua tuala untuk selimut disamping baju sejuk yang Cik iena bawa.


Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
berehat sebelum menikmati permandangan indah matahari terbit
Jam 6.30 pagi cik iena dan rakan-rakan sudah mula bersiap sedia untuk mengambil gambar matahari terbit dan gambar-gambar permandangan serta suasana di puncak bukit berekeh ini.
Suasana yang sukar digambarkan. Rasa tenang dan saat ini rasa rindu sangat suasana diatas bukit ini.


Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak

Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak




Matahari terbit sekitar jam 7.20 pagi 14 Julai 2019. Pada masa ini semua pendaki sibuk merakamkan gambar matahari terbit yang cantik. Pelbagai ragam pelbagai gaya termasuk Cik iena dan kawan-kawan.




Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Setelah puas mengambil gambar kami mula turun kebawah jam 8.00 pagi dan tiba di bawah lebih kurang jam  11 tengah hari. Perjalanan pulang lebih lama kerana kami sibuk mengambil gambar pemandangan indah diwaktu siang di sepanjang perjalanan turun. Berikut  Cik iena kongsikan sebahagian gambar semasa turun. Banyak lagi gambar yang diambil akan dimuat naik di facebook.




Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak

Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak
Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak




Secara kesuluruhannya kami mengambil masa dua jam setengah untuk naik dan tiga jam untuk turun. Mungkin pada yang dah biasa tidak sampai  dua jam pun untuk mendaki dan 1 jam untuk  turun. Disebabkan kami dikatagorikan geng lembab dan geng gila gambar maka memang kami akan memakan masa yang lama untuk mendaki dan menurun.


Perkhidmatan Guider Bukit Berekeh 
Alhamdulillah kami dapat guider yang sangat baik dan sporting di sepanjang perjalanan naik dan turun. Walaupun kami agak lambat dan pelbagai ragam bergambar. Mereka tabah melayani karenah kami. Kepada anda di luar sana yang ingin mendaki Bukit Berekeh Cik iena mencadangkan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Bergambar bersama guider yang sporting

Perkhidmatan guider ini kami gunakan perkhidmatan dari dua sahabat baik iaitu Safwan n ikhwan.. Keduanya merupakan pendaki tegar yang boleh dikatakan setiap minggu mendaki. Mempunyai banyak pengalaman.
Ikuti laman sosial mereka  @safuan_ariffin dan @ikhwanmohammed  atau hubungi ikhwan di taliain 017-545 3045
atau khalil ditalian 012-437 8157

Sepanjang perjalanan juga kami di hiburkan dengan pelbagai lagu dari pelbagai genre oleh safwan. Telatah safwan memang dapat menghilangkan sedikit rasa penat. Antara lagu yang sentiasa dinyanyikana oleh safuan adalah lagu bagaikan langit dari potret.

Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak


Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Menanti kabar yang aku tunggu
Peluk dan cium hangatnya untukku
Oh, asmara
Yang terindah mewarnai bumi
Yang kucinta menjanjikan aku
Terbang ke atas ke langit ketujuh
Bersamamu
Seronok dengar safuan nyanyi kami pun jadi terikut sama. Lepasni jika dengar lagu ni pasti kami akan teringat kenangan semasa mendaki di Bukit Berekeh bersama guider yang cukup sporting iaitu ikhwan dan safuan.  Safuan yang pada asalnya lebih pendiam dari ikhwan menjadi lebih peramah dan menghiburkan semasa kami sampai di puncak dan semasa perjalanan turun.


They are the best guider in town :)
Kalau panjang kata lebih panjang artikel cik iena. Pendek kata mereka memang guider terbaik. Cik iena amat cadangkan kepada anda yang ingin mendaki ke bukit berekeh menggunakan perkhidmatan mereka. Insya Allah dijamin puas hati. Harga yang ditawarkan untuk seorang pendaki juga boleh dikatakan murah bagi Cik iena iaitu RM10.

Memandangkan kami cuma berlima dan  perkhidmatan mereka sangat kami suka dan kami sangat terharu kerana mereka bertabah melayani karenah kami yang lambat dan suka bergambar jadi kami berpakat untuk memberi lebih. kami kali dua.  Tak rugi pun bagi lebih dari yang di caj sebab mereka  guide jan jaga kita dengan baik.



Berikut merupakan itinerary yang kami perolehi dari guider semasa mula-mula ingin membuat pertanyaan mengenai bukit berekeh.


EKSPLORASI SUNRISE BUKIT BEREKEH, SUNGAI SIPUT PERAK
📆Day : Sunday
🎬Date : 14 July 2019
🏔 Hight : 454 Meter
🧗🏽‍♂ SunRise Day pax
🥪 Ration : Self
💵 Payment : RM 10.00

📌 12.00am :kita meetpoint di exit Kuala Kangsar.dari situ nk ke meetpoint kedua di Hospital Sg Siput berjarak 25km..
📌 di Spital Sg Siput..
Dari Hospital Sg Siput ke Masjid Bawong/Berekeh 40km..(mungkin xde line diperjlanan)

📌 Pastikan beli awal.. jajan.air../sedia keperluan ..klu nk singgh kedai..lewat mlm.. dah tutup..

EKSPLORASI SUNRISE BUKIT BEREKEH, PERAK

MASA / WAKTU
meet point tol Kuala Kangsar 12.00am..

⏰02.00 pagi mesti berada di paking masjid Bawong.Toilet-persiapan.Takkimat
⏰2.30 pagi mula pendakian.Take-5.Re-group ontrek.
⏰5.00 pagi dijangka sampai puncak
⏰06.00 pagi sarapan / bergambar / rehat / solat / menikmati alam semula jadi.
⏰8.30 pagi .Kemas kawasan.mula penurunan.Selpie on trek
⏰10.30 pagi .Sampai bawah .Kemas diri dan besurai.

⌚2 jam 30 minit pendakian, 2 jam 30 minit penurunan ( slow2 )..termasuk selpie..snap pic..

Balik tu..kita singgah di Karai,K.Kangsar..Jambatan Victoria

satu lg..berkemungkinan sejuk bila kita dah sampai puncak awal..sediakan yg patut...

Baju Persalinan
Headlamp n Batery
Raincoat..
Air mineral 1-1.5L..
Pakaian yg sesuai
Kasut Hiking


Dalam ititnerary ni memandangkan kami setengah jam lewat sampai dari rancangan awal. Lewat setengah jam jadi kami tak ke Jambatan Victoria. Perut dah lapar. Kami terus pegi makan dan balik berehat di homestay.

Antara gambar pendaki yang berada di puncak bukit berekeh pada awal pagi 14 julai 2019 termasuk Cik iena dan rakan-rakanTips Mendaki Bukit Berekeh
Hiking awal pagi kalau boleh sebelum waktu subuh untuk menikmati permandangan sunrise.
 Pakai topi untuk elakkan cahaya matahari terkena terus ke kulit.
 Pakai pakaian yang sesuai jangan pakai seluar jeans.
 Bawa beg dan isikan air mineral. Cik iena cadangkan bawa 3 botol air mineral 600 ml sebab jika habis satu boleh kemek-kemekkan botol dan simpan. Jangan tinggalkan sampah diatas bukit ya. Tiada tukang kutip sampah disini.Bawa Coklat atau sneakers untuk tenaga.Bawa sarapan pagi untuk makan di puncak. disarankan bawa yang mudah disediakan dan dimakan. Dan pastikan bawa pulang kesemua sampah.
 Bawa tuala kecil semasa mendaki, digunakan untuk mengelap peluh semasa mendaki. Bawa tuala besar, digunakan untuk mandi selepas mendaki jika perlu.(letak dalam kereta je)
 Jangan mendaki seorang diri atau dengan orang yang tidak ada pengalaman.
 Jangan dikejarkan puncak walaupun ianya dekat. Keselamatan dan nyawa adalah lebih penting.Biar lambat asal selamat.Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu, jangan membakar apapun selain semangat  Bawa tikar atau lapik untuk berehat di atas bukit.Anda juga boleh membawa dapur kecil untuk memasak dan pastikan anda kemas semula dan buang sampah.Bawa baju sejuk dan seluar tambahan jika anda mendaki seawal jam 2.30 kerana cuaca d puncak sangat sejuk.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/07/mendaki-bukit-berekeh-di-sungai-siput.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Day Trip Dan Bukit Berekeh

Perak Day Trip Dan Bukit Berekeh

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 591 hits
Baru baru ini Cik iena dan rakan rakan telah selamat mendaki puncak Bukit Berekeh Sungai Siput Perak Beberapa jam sebelum memulakan pendakian kami sempat berjalan jalan di sepanjang perjalanan menuju ke sungai siput termasuk di kawasan Ipoh...
Mpfl 2019 Perak Ledak 5 Gol Di Babak Kedua Untuk Benam Cabaran Pulau Pinang

Mpfl 2019 Perak Ledak 5 Gol Di Babak Kedua Untuk Benam Cabaran Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 467 hits
Pertembungan antara Pulau Pinang dan Perak dalam aksi minggu ke 7 Liga Premier Futsal Malaysia 2019 menyaksikan Perak berjaya menewaskan tuan rumah dengan keputusan 8 3 di Kompleks Sukan Azman Hashim USM sebentar tadi Ia merupakan kemenanga...
Tersergam Tengah Tengah Ladang Ini Kilang Peluru Era Jepun Di Perak Yang Kian Dilupakan

Tersergam Tengah Tengah Ladang Ini Kilang Peluru Era Jepun Di Perak Yang Kian Dilupakan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 417 hits
Tanah air kesayangan kita Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu ini pernah beberapa kali dijajah oleh beberapa pihak yang berbeza Bagaimanapun menurut kisah orang dulu dulu zaman penjajahan tentera Jepun adalah antara zaman pa...
2 Tentera Hilang Ketika Bertugas Di Pulau Perak

2 Tentera Hilang Ketika Bertugas Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 355 hits
Dua anggota tentera darat hilang ketika bertugas di kawasan Op Pejarak di Pulau Perak Kedah KUALA LUMPUR Dua anggota tentera darat dilaporkan hilang ketika bertugas di kawasan Op Pejarak di Pulau Perak Kedah sejak Jumaat lalu Kementerian Pe...
Sukan Sekolah Sekolah Asean Kuartet 100 Meter Raih Perak

Sukan Sekolah Sekolah Asean Kuartet 100 Meter Raih Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 375 hits
Impian untuk mendapatkan pingat emas dalam saingan Sukan Sekolah Sekolah ASEAN 2019 tidak tercapai selepas kuartet yang dibarisi t Helmi Zaquan T Loganesh Muhammad Muzakkir Reza Khalili dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekadar memungut pingat ...
Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 463 hits
Jumaat lalu kita dikejutkan dengan berita kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak Kedah Sehingga hari ini mereka masih belum ditemui namun us...
Perak Pkr Where Are You Keeping Farhash

Perak Pkr Where Are You Keeping Farhash

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 380 hits
Some 80 Perak PKR activists today gathered in front of the Dang Wangi district police headquarters to demand information on the whereabouts of their leader Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak Led by Perak PKR deputy head MA Thinakaran the g...
Anwar Serah Pada Sprm Siasat Exco Perak

Anwar Serah Pada Sprm Siasat Exco Perak

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 371 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Oleh kerana laporan tela...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii