Perak Day Trip Dan Bukit Berekeh


Baru-baru ini Cik iena dan rakan-rakan telah selamat mendaki puncak Bukit Berekeh, Sungai Siput, Perak. Beberapa jam sebelum memulakan pendakian kami sempat berjalan-jalan di sepanjang perjalanan menuju ke  sungai siput termasuk di kawasan Ipoh.

Memandangkan bukan selalu kami ke luar dari Kota Kuala Lumpur maka kami aturkan misi pendakian ini dipenuhi dengan aktiviti yang menarik untuk di ingati. Kami cuma berada di perak pada hari sabtu dan ahad. Kami bergerak dari Kuala Lumpur pada 13 Julai 2019 selepas waktu subuh dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 11 malam selepas Cik iena selesai menghantar pulang kesemua rakan yang turut serta dalam misi pendakian ini.

Untuk mengetahui tentang misi pendakian bukit berekeh Cik iena dan rakan-rakan boleh baca di

Antara tempat menarik yang menjadi pilihan kami untuk dikunjungi adalah Kellie's Castle, Tasik Cermin, Hainanese Chicken RIce Ipoh, Gunung Lang, dan Taman Jepun.


Berikut Cik iena kongsikan serba sedikit pengalaman dan gambar sepanjang perjalanan kami di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.


Kellie's Castle, Batu Gajah Perak
Kellie's Castle adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.


Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Sejarah Kisah Pembinaan Dan Misteri Kellie’s Castle
Pada kurun ke 19 , Batu Gajah terkenal sebagai kawasan pengeluaran bijih timah serta getah yang utama di negeri Perak dan Tanah Melayu. Disebabkan itu, ramai usahawan dari eropah yang datang ke kawasan ini untuk melabur dan membuka ladang-ladang serta lombong bijih timah disini. Diantara orang eropah yang datang untuk mencuba nasib menjadi taikun perladangan getah di Batu Gajah ini ialah William Kellie Smith.

Baca Selanjutnya di https://www.orangperak.com/disebalik-kisah-pembinaan-dan-misteri-kellies-castle.html

Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie Castle Entrance Fee
Untuk memasuki banggunan ini anda permu membayar RM5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak bagi warganegara Malaysia manakala bagi foreigner adalah RM10 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak.

Kellie's Castle Parking : RM2

Jika anda parking didalam kawasan pengurusan Kelly's castle anda perlu membayar parking RM2 pada penjaga parking yanga akan datang kutip duit setibanya anda di tempat parking . Terdapat satu lagi parking yang agak jauh. Cik iena rasa parking ini mungkin percuma.


Gambar disekitar  Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Kellie's Castle, batu Gajah Perak

Kellie's Castle, batu Gajah Perak

Kellie's Castle, batu Gajah Perak

Kellie's Castle, batu Gajah Perak


Kellie's Castle, batu Gajah Perak
Kellie's Castle, batu Gajah PerakKellie's Castle, batu Gajah Perak

Lihat banyak lagi gambar menarik Kellie Castle di http://www.ienaeliena.com/2019/07/kellies-castle-batu-gajah-perak.html





Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Taisk Cermin merupakan tempat yang sangat menarik dan wajib dilawati jika anda ke Ipoh,Perak .
 Ia merupakan sebuah tasik yang sangat cantik dan tersorok disebalik gunung atau bukit yang tinggi.  Lokasinya agak tersembunyi dan anda perlu melalui terowong untuk sampai ke Tasik Cermin.




Disebabkan lokasi yang agak tersembunyi maka tidak hairan penduduk Perak sendiri tidak mengetahui akan tempat yang cantik ini. Cik iena pula tau akan kewujudan Tasik Cermin setelah menonton FIlem Pinjamkan Hatiku yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.


Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Agak lama juga kami disini menikmati anugerah ciptaan Allah yang terindah. Berikut Cik iena kongsikan gambar sepanjang berada di tasik Cermin.

Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh

Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh




Cik iena akan kongsikan sepanjang perjalanan Cik iena ke Tasik Cermin untuk rujukan pembaca pada artikel lain. Pada awalnya kami agak ragu-ragu kerana tiada trek untuk ke Tasik Cermin. Terdapat kawasan Kuari disini dan kami hanya  berjalan mengikut naluri hati pada ketika itu.

Kami hanya ingat untuk sampai ke Tasik cermin perlu melalui terowong. Jadi kami jalan menuju kearah bukit berbatu seperti gua. Baca selanjutnya mengenai perjalanan Cik iena dan rakan-rakan ke Tasik Cermin dan banyak lagi gambar  di http://www.ienaeliena.com/2019/07/tasik-cermin-gunung-rapat-ipoh.html


Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh
Tasik Cermin, Gunung Rapat Ipoh





Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice

Setelah puas bergambar sambil menikmati keindahan tasik Cermin, kami ke Ipoh Hainan Chicken Rice untuk makan tengah hari. Ini juga merupakan antara sebab Daniel memlilih untuk Hiking di Perak kerana beliau ingin makan Hananese Chicken Rice disini yang dikhabarkan sedap. Malanya Daniel tak dapat ikut.

Ipoh Hainan Chicken Rice



Ipoh Hainan Chicken Rice
Ipoh Hainan Chicken Rice
Secara keseluruhannya makanan di sini sedap. Hananese Chicken Rice di sini boleh dikatagorikan sedap dan highly recommenden oleh Cik iena dan air Kedondong asamboi disini sememangnya anda wajib cuba kerana sangat lazat, pekat berasa. Berbeza dengan air kedondong di tempat lain.

Kedondong asam boi tersedap di Ipoh Hainan Chicken Rice



Ipoh Hainan Chicken Rice

Ipoh Hainan Chicken Rice



Walaubagaimanapun Nasi Ayam Hainanese yang tersedap diantara yang sedap pernah Cik iena makan adalah di Sepiring Mid  Valley Megamall.


[picture will be upload soon]

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh  dan ianya telah menjadi satu tarikan terbaru buat orang ramai berekreasi santai bersama keluarga.

Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh yang dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah menerusi peruntukan sebanyak RM8.4 juta, malah ia kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara.

Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang ini juga, pengunjung berpeluang menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Malangnya semasa katibaan kami disana air terjun buatan ini tidak berfungsi kerana kami tiba sekitar jam 3.30 petang. Jadi tidak cantik untuk bergambar kerana kelihatan kering.

Kami cuma bergambar dibahagian belakang air terjun buatan dimana terdapat tasik yang cantik untuk kami bergambar. Jika sebelum ini Cik iena kesini, cik iena akan naik bot untuk seberang tasik kerana ada taman yang cantik di seberang sana. Malangnya hari tersebut Cik iena tidak berbuat sedemikian kerana kami kesuntukan masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu Taman Jepun.


Untuk pengetahuan waktunya untuk air terjun ini beroperasi  adalah pada
Isnin-Jumaat
(10 pagi-12 tengah hari)(4 petang-6 petang) Sabtu/Ahad/cuti umum
(9 pagi-11 pagi)(1 petang-3 petang)  (5 Petang-7 Malam) Jadi kepada anda diluar sana yang ingin melihat air terjun buatan di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh anda perlu peka pada waktu beroperasi air terjun supaya anda tidak terlepas dari merakamkan gambar pemandangan indah air terjun buatan ini.




[picture will be upload soon]

Taman Jepun di Perak.
Taman Jepun ini terletak di Taman Dr . Seenivasagam . Sebelum ini Cik iena waze taman jepun sampai ke tempat lain. Jadi jika anda ingin ke sini sila waze Taman Dr . Seenivasagam. Walaubagaimanapun adalah dinasihatkan untuk tidak memasukkan taman ini di dalam itinerary percutian anda kerana ianya akan menghampakan anda sepertimana ianya menghampakan Cik iena dan kawan-kawan.  Taman ini sudah tidak lagi cantik seperti sebelum ini.

Maka dengan itu agak kurang Cik iena bergambar kerana rasa terkilan dengan suasana taman yang tidak seperti di jepun seperti yang digembar gemburkan. Katagori taman biasa-biasa sahaja.





Setelah bersiar-siar di Taman jepun sambil makan buah , kami meneruskan perjalanan pulang ke Homestay yang terletak di Taman Orkid, Sungai Siput Perak. Sebelum itu kami makan terlebih dahulu di kedai makan berhampiran homestay.


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Pada awalnya, dari jauh kedai makan tersebut kelihatan seperti kedai makan makanan berlauk mahupun ala carte akan tetapi setibanya disana hanya terdapat laksa, mee kari , mee rebus dan nasi ayam. Jadi kami berlima membuat keputusan untuk memakan Laksa.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa disini di panggil laksa buyung. Terdapat tiga jenis pilihan laksa iaitu

Laksa telurLaksa fucukLaksa Fishcat

Alhamdulillah laksa disini sememangnya sangat sedap dan memenuhi citarasa kami berlima sampaikan sebelum pulang ke kuala lumpur juga kami singgah dsini untuk makan.


Lokasi kedai adalah di Taman Orkid Sungai Siput. Terletak ditepi jalan besar.


Lihat lebih banyak gambar Laksa Sedap di artikel http://www.ienaeliena.com/2019/07/laksa-sedap-di-laksa-buyung-emas-aka-laksa-wahab.html


Selepas makan kami ke Homestay, bersihkan diri dan berehat. Tengah malam Adik Cik iena dan rakannya seta zai bangun untuk sediakan sarapan kami untuk misi menjejak Bukit berekeh. Lebih kurang jam 1.30 pagi kami bertolak ke tempat berkumpul misi menjejak bukit berekeh di Masjid Bawong.


Baca selanjunya misi menjejak Bukit Berekeh , Sungai Siput, Perak  di http://www.ienaeliena.com/2019/07/mendaki-bukit-berekeh-di-sungai-siput.html




Artikel berkaitan http://www.ienaeliena.com/search/label/misi%20menjejak%20bukit%20berekeh






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/07/perak-day-trip-dan-bukit-berekeh-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Bukit Berekeh Di Sungai Siput Perak

Mendaki Bukit Berekeh Di Sungai Siput Perak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1258 hits
Bukit Berekeh atau dikenali juga dengan nama Bukit Botak merupakan antara destinasi yang menjadi perhatian para pendaki Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1 940 kaki atau 454 meter Ia amat popular dengan pendaki kerana di Bukit Berekeh ter...
Perak Mb Undergoes Skin Surgery On Five Day Mc

Perak Mb Undergoes Skin Surgery On Five Day Mc

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 225 hits
IPOH Perak Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu underwent an operation after suffering from cellulitis on his left leg A statement issued by the Mentri Besar s office stated that the operation was conducted on Tuesday night after he c...
Day Trip Ke Hatyai Thailand

Day Trip Ke Hatyai Thailand

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 318 hits
Dah lama sangat tak menulis sampai nak tulis apa pun tak tau Actually aku ke Hatyai ni dah lama tapi tak publish2 sampai sekarang Asyik kat draf je duduknya hahhahah Nak cerita dari mana pun dah tak tau Aku ke Hatyai dengan family dan adik ...
Limited Edition Microfibre Jersey To Commemorate Our 62nd Independence Day

Limited Edition Microfibre Jersey To Commemorate Our 62nd Independence Day

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 413 hits
Hi there passionate patriots Since our nation is celebrating its Hari Kemerdekaan very soon we are accepting orders for these exclusive jerseys Don t miss the chance to style these 2 Niza s Merdeka Themed jerseys on our National Independenc...
Magistrate S Court Issues Six Day Remand Order For Haziq Five Others

Magistrate S Court Issues Six Day Remand Order For Haziq Five Others

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 359 hits
The Magistrate s Court here has issued a six day remand order for Haziq Abdullah Abdul Aziz until July 20 to assist police investigations into a sex video linked to a minister Justice Namirah Hanum Mohamed Albaki issued the remand order Mon...
30 Day Writing Challenge Day 12

30 Day Writing Challenge Day 12

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum Dah berkurun baru nak Cuba update semula Tak pe sambung je yang tertinggal hari tu Day 12 Write about five blessing in your life 1 FamilyMestilah keluarga Walau macam mana jadi keluarga yang utama Even kadang kadang nampak m...
Family Day 2019

Family Day 2019

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 587 hits
KENANGAN KEKAL SEPANJANG HAYATPERBINCANGAN AWAL PENGURUS KOLEJ HEIGHTS JITRAMR OOIPENDAFTARANBAHAN BROSERTQVVM PN SUZANI SOPHEE KHOO MENYEDIAKAN BROSER NIKMANPERSEDIAAN SURAU UNTUK YASSIN TAHLILUCAPAN ALUAN EN NORDIN OUR BIG BROTHERPERASMIA...
Najib Trial Day 39 Defence Counsel In Heated Argument With Witness Dpp

Najib Trial Day 39 Defence Counsel In Heated Argument With Witness Dpp

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 288 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 39th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Najib Trial Day 38 As Cimb Senior Manager I Wrote Speeches For Nazir

Najib Trial Day 38 As Cimb Senior Manager I Wrote Speeches For Nazir

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 286 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 37th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah