Mendaftar Dengan Wise Kad Prabayar Terbaik Untuk Melancong
Baru2 ni Abe Kie saja2 memohon kad Wise sebagai tambahan kepada koleksi kad debit/debit sedia ada. Tak ada niat pun nak guna untuk pi melancong ke luar negara pada masa terdekat ni. Tapi orang ramai kata kad Wise ni amat berguna jika kita melancong ke luar negera. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Wise Card ni sila baca post Abam Kie ini sampai habis ye. Terima kasih.
Apa itu Wise Card?
⭐️ Wise Card ni sejenis kad prepaid, menjadi pilihan mereka yang travel ke luar negara kerana nilai tukaran wangnya yg lebih MURAH dari kad bank biasa.
Kelebihan Wise Card:
➡️Kad bank biasanya ada foreign transaction fee dan markup tau. Tetapi Wise tiada caj sebegitu, hanya ada conversion fee. Itupun sangat rendah! 🥰
➡️ Selamat sebab ianya kad prepaid dan kita boleh freeze bila-bila masa unlike kad bank kena call customer service dulu. Dan kad bank kalau tercaj apa-apa, boleh habis semua baki dalam tu. Takut! 😅
➡️ Dengan kad ini dapat menukar, menyimpan dan menghantar wang dalam pelbagai currency. Maksudnya, kalau nak ke Thailand, anda boleh tukar specific ke THB. Kalau anda ke London, anda boleh tukar specific ke GBP. Jadi anda akan dicaj dalam currency negara yang anda berada instead of MYR. 💯
➡️ Boleh meminda atau menghantar wang ke akaun luar negara dengan menggunakan Wise. Contoh, bila anda perlu bayar deposit tempahan hotel/kereta sewa dan sebagainya. 💸
Di mana nak guna:
➡️ Pembelian di kedai serbaneka, mall dan restoran
➡️ Transportation seperti bas, train
➡️ Link dengan aplikasi seperti Grab, Uber dan lain lain
Cara dapatkan Wise Card:
1️⃣ Pergi ke laman web Wise dan install aplikasi
2️⃣ Register account dan tunggu kad. Kad akan dihantar dalam masa 2 minggu dan caj delivery adalah RM 13.70. Kalau nak cepat boleh pilih express delivery 3-5 hari tapi caj delivery adalah RM50. Tapi dalam kes Abam Kie, kad tu sampai dalam masa 3 hari je! 📨
Cara gunakan Wise Card:
Option 1️⃣ Buka account currency negara yang kita nak pergi dan Add Balance➕
Open > Balance > Pilih currency negara yg anda nak travel> Add > Proceed Payment.
Option 2️⃣ Convert dari MYR 🔁
Dari akaun Malaysia > Convert ke currency negara yg kita nak pergi
*ketika Add dan Convert, anda boleh lihat exchange rate semasa dan bandingkan dengan kad lain jika ada.
Setelah tambah nilai, anda boleh guna macam kad biasa 😉
Nota PENTING ❗️
1. Kalau pertama kali guna, anda harus aktifkan kad Wise di mana-mana kedai yang ada terminal kad dengan membuat sebarang pembelian melalui pin. 7E ke, FamilyMart ke. FYI, pin Wise ada 4 digit sahaja ya!
2. Setelah aktif, anda boleh guna Wise card tersebut secara wave ataupun pin function. Di sesetengah negara, hanya boleh guna pin function. Jadi kalau ada isu untuk wave, cuba guna pin pula ya.
3. Anda juga akan dapat virtual card selepas pendaftaran dimana anda boleh terus gunakan untuk pembelian secara online dan juga boleh ditambah ke Apple Pay anda.
4. Wise hanya boleh ditambah nilai menggunakan online banking dan bank tersebut haruslah dibawah nama pemilik kad. Credit/debit card ❌ Online banking dibawah nama orang lain ❌
5. Withdraw MYR 1000 ke bawah untuk 2 kali sebulan adalah percuma. Kalau lebih dari itu ada caj RM5 + 1.75%
Sejujurnya Abam Kie akan bawa 4 jenis card semasa travel iaitu Wise, Bigpay, debit & credit. Setiapnya ada kelebihan masing-masing tapi Wise tetap menjadi pilihan pertama I setiap kali nak buat transaction di luar negara! 🥰
Sumber: https://www.lemon8-app.com/shewasthere/7294182879339233794?region=my
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2024/04/mendaftar-dengan-wise-kad-prabayar.html