Mencuri Kerana Tiada Duit Beli Barang Dapur


PARIT – Seorang ibu tiga anak yang tular di media sosial selepas ditahan mengambil barang dalam sebuah pasar raya di Bandar Universiti Seri Iskandar semalam hanya bergantung kepada pendapatan sekitar RM500 sebulan.
Wang yang diperoleh hasil mengasuh anak orang itu tidak mencukupi untuk menampung segala keperluan rumah kerana turut digunakan bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak yang berusia 4, 6 dan 10 tahun.
Perkara itu diakui aktivis sosial, Rohaidatul Asma Jusoh yang pernah membantu keluarga berkenaan sejak setahun lalu.
Menurutnya, wanita berusia 31 tahun itu ditinggalkan suami yang menghilangkan diri sejak lebih dua tahun lalu.
“Semalam dalam jam 1 petang, dia sempat menghantar mesej kepada saya maklumkan yang dia tiada wang untuk beli barang-barang dapur, sebab itu dia buat keputusan untuk mengambilnya.
“Barang-barang itu semua untuk makan dan kegunaan anak-anaknya di rumah,” katanya.
Menerusi perkongsian yang tular, wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri beberapa barangan dalam pasar raya terbabit termasuklah ayam mentah.
Antara barangan yang diambil dari pasar raya terbabit. Turut dinyatakan bahawa kes berkenaan langsung tidak mendapat tolak ansur daripada pengurusan pasar raya meskipun ada pihak mahu membantu menyelesaikannya tanpa melibatkan laporan polis.
Rohaidatul berkata, pihaknya pernah menyalurkan bantuan barangan dapur dan wang tunai serta beberapa sumbangan lain namun bukan dalam bentuk bantuan bulanan.
“Saya dimaklumkan wanita ini dalam proses penceraian dan dia tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain mengambil upah mengasuh sahaja,” katanya.
Katanya, beliau bersama Amal Team sudah berunding semalam agar wanita itu diberi pengecualian kerana kasihan mengenangkan anak-anak yang masih kecil.
“Tetapi pihak pengurusan pasar raya tetap mahu membuat laporan menyebabkan dia terpaksa ditahan di balai polis. Anak-anaknya dijaga sementara oleh ahli keluarga yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso mengesahkan penahanan seorang wanita kerana mencuri barang dalam pasar raya semalam.
Menurutnya, antara barangan curi yang ditemui adalah sabun mandi, dua paket ayam mentah, satu kiub tulang ayam dan serbuk lada hitam yang dianggarkan bernilai hampir RM80.
“Wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini dimaklumkan dalam proses penceraian. Dia akan dituduh di Mahkamah Parit hari ini di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – CEMPEDAKCHEESE
The post Mencuri kerana tiada duit beli barang dapur appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/mencuri-kerana-tiada-duit-beli-barang-dapur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Atuk Ingin Beli Phone Tidak Cukup Duit

Viral Atuk Ingin Beli Phone Tidak Cukup Duit

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 460 hits
Gigih kumpul duit tapi masih tak cukup beli handphone cucu atuk ini sebak ada yang sudi tolong Dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain Jika kita membantu dengan hati yang ikhlas sudah pasti akan ada balasan yang untuk diri kita Begi...
Berdosa Beli Barang Dari Orang Kafir

Berdosa Beli Barang Dari Orang Kafir

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 530 hits
Ini propaganda dari puak yang menjual agama Beli barangan Muslim dapat pahala Beli barangan kaafirun harbi dapat dosa DOSA KERANA MENINGGALKAN BARANGAN MUSLIM DOSA KERANA KAFIRUN HARBI MUSUH MUSLIM KORANG PILIH DOSA TANGGUNG SENDIRI AZAB AL...
Pakai Tiub Dekat Hidung Siswi Buntu Cari Duit Beli Susu Untuk Bapa Hidap Kanser

Pakai Tiub Dekat Hidung Siswi Buntu Cari Duit Beli Susu Untuk Bapa Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 394 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Perumpamaan tersebut sangat sesuai dengan perkongsian yang dibuat oleh seorang gadis mengenai keadaan bapanya yang dilaporkan mengalami kanser esofagus atau Esophageal Cancer Hal ini menyeba...
Ngaku Dapat Bisikan Gaib Ini Ibu Bunuh Bayi 3 Bulan Di Rumah Mertua Pisau Dapur Jadi Barang Bukti

Ngaku Dapat Bisikan Gaib Ini Ibu Bunuh Bayi 3 Bulan Di Rumah Mertua Pisau Dapur Jadi Barang Bukti

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1162 hits
Mengaku mendapat bisikan gaib seorang ibu di Bandung tega menghabisi nyawa bayinya sendiri Kejadian tersebut terjadi di Kelurahan Cigadung Kecamatan Cibeunying Kaler Kota Bandung Minggu kemarin Ibu berinisial FM itu menusukkan pisau dapur k...
Saya Tak Tanya Dia Melayu Cina Atau Islam Jika Beli Barang Di Negara China

Saya Tak Tanya Dia Melayu Cina Atau Islam Jika Beli Barang Di Negara China

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 926 hits
Islam tidak mengajar umatnya memilih produk berdasarkan bangsa dan kaum tertentu sebaliknya menekankan kepentingan membeli barangan halal serta bersih Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pendirian itu tiada k...
Ibu 3 Anak Ditahan Mencuri Barang Pasar Raya Tetapi Dibebaskan Tanpa Syarat

Ibu 3 Anak Ditahan Mencuri Barang Pasar Raya Tetapi Dibebaskan Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 444 hits
Seorang wanita ditahan kerana didapati mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar rarya di Seri Iskandar semalam lapor Harian Metro Difahamkan suspek yag berusia 31 tahun itu dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak keci...
Beli Produk Muslim Azam 2019 Tolak Dap

Beli Produk Muslim Azam 2019 Tolak Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1131 hits
Bagaimana Licik Cina DAP Menguasai Ekonomi Malaysia Perhebatkan Kempen Beli Dari Peniaga Melayu IslamPosted by SnapShot at Luahan Bekas Anak Taukey Kilang Padi Melayu MuslimSalam Maal Hijrah Sudah 1 441 tahun peristiwa Hijrah baginda Rasulu...
Sedih Sampai Mati Aku Akan Ingat Wanita Kongsi Zaman Miskin Teruk Pakai Tisu Tak Mampu Beli Tuala Wanita

Sedih Sampai Mati Aku Akan Ingat Wanita Kongsi Zaman Miskin Teruk Pakai Tisu Tak Mampu Beli Tuala Wanita

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 944 hits
Sampai mati aku akan ingat Wanita kongsi zaman miskin teruk pakai tisu tak mampu beli tuala wanita Antara perkongsian netizen mengenai kesusahan hidup mereka MENJADI lumrah kehidupan manusia untung rezeki dan malang silih berganti Benarlah ...
Tips Jimat Travel Dengan Beli Tiket Flight Hotel Pakej Di Matta Fair Atau Traveloka Salebration

Tips Jimat Travel Dengan Beli Tiket Flight Hotel Pakej Di Matta Fair Atau Traveloka Salebration

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 931 hits
Tips Jimat Travel Dengan Beli Tiket Flight Hotel Pakej Di Matta Fair Atau Traveloka Salebration Salam Hi korang Sihat tak tu Ok guysss kali ni uzu nak share some tips untuk yang mana nak bercuti tapi nak beli flight macam mahal je kan Rasa ...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway