Berdosa Beli Barang Dari Orang Kafir
*Ini propaganda dari puak yang menjual agama*
" Beli barangan Muslim dapat pahala....!!!Beli barangan kaafirun harbi dapat dosa...!!! DOSA KERANA MENINGGALKAN BARANGAN MUSLIM. DOSA KERANA KAFIRUN HARBI MUSUH MUSLIM...!!!KORANG PILIH DOSA, TANGGUNG SENDIRI AZAB ALLAH..!! DAN MUNGKIN PARA MALAIKAT PUN MELAKNATI ORANG ISLAM YANG TAK MENOLONG PENIAGA MUSLIM..."
*PERSOALANNYA?*
Jika beli barang dari bukan Islam itu berdosa, bagaimana pula hukumnya membeli barang dari kedai orang Islam yang berurusan dengan pembekal orang kafir? Berapa ramai orang Islam yg jadi pembekal? Dan, kalau ada orang Islam yg jadi pembekal, mereka perolehi barang itu dari kilang milik orang kafir, bagaimana pula hukumnya? Berapa ramai orang Islam punyai kilang
Kita guna smartphone atau komputer untuk viralkan propaganda boikot dan mengharamkan membeli barangan orang kafir, kita beli smartphone atau komputer itu dari kedai orang Islam kah? Orang Islamkah yg buat smartphone atau laptop tu? Akhbar Harakah pun tidak boleh lari dari subahat dengan orang kafir. Banyak pejabat lebai pun menyewa bangunan orang kapir. Ramai walaun hisap rokok, tentunya rokok itu buatan dari Mekah gamaknya
Jangan persenda hukum. Membeli barang dari penjual orang Islam itu dituntut oleh Islam dan mendapat pahala jika nawaitu kita untuk mematuhi ajaran Islam ini. Tetapi jangan sampai semudah itu untuk menghukum berdosa atau haram membeli dengan orang kafir
Kalau ada pekedai orang Islam jual barang tidak berkualiti atau jual dgn harga terlalu melampau, sedangkan ada pekedai bukan Islam yg menjual barang yg berkualiti dan lebih murah, sudah tentu Islam menganjurkan kita memilih barang yg baik dan elakkan dari tertipu dgn harga yang mahal. Dlm kes ini, berdosa jugakah kita membeli di kedai orang kafir? Islam tidak menyusahkan umatnya
Hati-hati bermain hukum seolah-olah Islam itu sempit dan menyusahkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wfauzdin.blogspot.com/2019/09/berdosa-beli-barang-dari-orang-kafir.html