Mencuba Rasa Nasi Briyani Kurma Madinah Dan Ayam Rose Berempah Rumah Kawah
Hari ni baru ada kekuatan nak duduk menaip. Dah 2 hari melepet je sebab demam, batuk, selsema, pening dan sakit perut. Demam sekali datang dengan full package! Nak makan pun tak ada selera. Mampu telan air je lah.
Tengok makanan sedap-sedap pun rasa tak lalu. Bila sakit, hilang segala nikmat. Sekarang ni musim tiba-tiba je boleh sakit. Faktor cuaca panas, salah satu daripada puncanya. Bukan saya je demam, encik suami pun sama. Terpaksa juga dia MC, sambung cuti lepas cuti PRN Isnin.
Alhamdulillah harini semakin baik. Bolehlah sambung tugasan hakiki.
Panjang pula mukadimah entry ye. Okay kita mulakan entry harini dengan entry makanan. Hari Ahad haritu sebelum demam, kami order nasi briyani Rumah Kawah. Teringin makan nasi briyani lah pula. Rumah Kawah ni tempat makan baru buka beberapa bulan lalu. Masih baru lagi.
Selalu juga limpas di situ tapi belum sempat menyinggah lagi. Ini kalilah kita order melalui grab food. Sebelum membeli macam biasa, baca review dulu. Semua kata sedap, jomlah kita cuba pula.
Saya order 2 set nasi briyani kurma Madinah dan ayam rose berempah. Satu set RM16, itu harga di grab lah. Kalau dine in murah sikitlah dari itu.
Set nasi briyani kurma Madinah dan ayam rose berempah didatangkan dengan 1 porsi nasi briyani kurma Madinah, ayam rose berempah dan juga acar timun, lobak merah dan bawang.
Porsi nasi dia tersangatlah banyak. Ini kalau kongsi berdua pun boleh ni. Kenyang betul makan untuk satu porsi ni. Kalau makan kat kedai, order nasi separuh je. Risau tak habis makan nanti.
Nasi briyani dia menggunakan beras yang bersaiz kecil. Comel-comel je butir nasi dia. Pertama kali sebenarnya dengar nasi briyani kurma Madinah. Adakah dimasak bersama kurma Madinah?
Aroma nasi briyani tersangatlah sedap membangkit selera. Tekstur nasi pun sedang elok, lembut je
Pertama kali makan ayam rose berempah rasanya. Ayam rose maksudnya? Ayam masak dengan bawang rose atau dengan bauan dan warna rose? Tengok dari rupa parasnya macam ayam masak rendang. Elok masaknya pecah minyak, minyak bergelinang.
Dari segi rasa pun lebih kurang macam ayam masak rendang. Macam ungkep pun ada. Yang penting, ayam rose berempah ni sedap. Sesuai lah dengan nasi briyani kurma Madinah. Cuma kurang pedas je lah.
Lauk dan nasi kedua-duanya sedap. Bolehlah kalau nak ulang membeli. Next time boleh cuba menu lain pula.
Rumah Kawah
No 10A & 10B, Lot 21430, Jalan Seremban- Jelebu, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/08/mencuba-rasa-nasi-briyani-kurma-madinah.html