Mencuba Beras Ecobrown S Gold Mixed Wholegrain Rice
Akibat terpengaruh dengan posting Rina, Duriankimchijunior anak Ryzal dan Maryam. Rasa macam nak mencuba beras ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice. Nampak macam menarik pula warna beras campuran bila dimasak. Tekstur dia nampak macam beras jepun yang jenis melekat tu
Habis je stok beras ecoBrown’s Sella Cream Beras basmathi rebus (Parboiled Basmathi Rice), terus membeli ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice.
ecoBrown’s GOLD Mixed Wholegrain Rice Beras campuran yang terdiri daripada jenis brown rice, red rice dan black rice.
Enjoy even more nutrition with ecoBrown's GOLD. Every bag is packed with dietary fibre, Vitamin B complex, Vitamin E, minerals, phytonutrients, and anthocyanin. You'll love the taste, texture, and colour combination of ecoBrown's GOLD.—ecoBrown's
Combination of brown rice, red rice dan black rice.Anthocynins antioxidantHigh in dietary fibreGluten-freeGMO-freeNaturally cholesterol-freeBeras ni sangat sesuailah dengan orang yang mengamalkan diet. Selepas beras dimasak, nampak menarik kombinasi warna berasnya. Dulu pernah cuba brown rice tapi tak lama amalkan sebab beras tu jenis beras yang tak rasa sangat. Tapi sesuai untuk diet juga
Campuran beras ni ada jugalah rasa sikit. Serap kuah juga. Siapa yang suka makan nasi jenis macam ni, okaylah boleh cuba mixed wholegrain rice. Kalau tak biasa, tak disarankan tapi kalau nak cuba juga boleh cuba pek yang kecil
Macam biasa, saya guna kaedah masak menggunakan steamer letak dalam periuk nasi biasa. Steam air akan keluar warna ungu, tapisan air dan kanji terhasil pun jadi warna ungu.
baca juga cara masak nasi kurangkan kanji
Beras ni agak lambat masak sikit dan perlukan air lebih. Jadi, kena masak awal dan lebihkan air. Biasa saya masak 1 setengah cup untuk 4 hidangan berbuka dan pinggan sahur. Makan sikit tapi mengenyangkan sebab nasinya kembang betul
So far dah consume beberapa hari, macam okay je untuk teruskan makan beras ni. Sambil tu kita jaga kesihatan. Boleh juga kurangkan gula dalam nasi, kurangkan pengambilan karbo, kurangkan kanji dan kurangkan kolestrol.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/03/mencuba-beras-ecobrowns-gold-mixed.html