Gb Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar


GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar - Sekarang ni emas memang jadi pilihan untuk disimpan dan dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Emas ni nilainya makin lama makin tinggi, jadi orang ramai mula sedar untuk menyimpan emas. Siapa yang suka kumpul emas mesti korang pernah dengar GB Gold Malaysia kan. Haritu nad dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Gold Malaysia & Alif Satar. Nampak nama Alif Satar memang nad akan pergi..hehee. Majlis ni bukan sahaja berbuka puasa tapi perkenalkan Alif sebagai duta GB Gold Malaysia dan edisi khas rekaan emas Alif Satar

Meriah ye majlis, semua yang datang adalah dari penyimpan-penyimpan emas, pelabur GB Gold Malaysia, rakan dalam industri dan terbuka kepada orang awam. Satu dewan penuh tau, menunjukkan ramai sedar bahawa emas tu sesuatu yang penting dalam kehidupan. Kalau dulu emas fizikal jadi pilihan untuk simpanan, tapi sekarang emas berbentuk dinar dan gold bar lebih menairk perhatian.
GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar 


Ditubuhkan pada tahun 2023, kedai emas GB Gold, yang terletak di seksyen 13, Shah Alam, Malaysia, merupakan penjual terkemuka dalam industri emas, yang mengkhusus dalam penjualan barang kemas dan gold bar. GB Gold telah mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok. 
Selain kedai emas fizikal, GB Gold juga mempunyai platform yang memudahkan pengguna untuk membeli dan menyimpan emas. Sistem yang sangat mudah difahami dan mesra pengguna, sangat selamat untuk menyimpan dan menjual emas hanya dihujung jari. Paling penting ia patuh syariah


Pada hari itu, Grand Bullion Gold Sdn Bhd atau GB Gold Malaysia menandatangani perjanjian memorandum persefahaman ( MoU) dengan selebriti Alif Satar sebagai duta bertujuan memantapkan jalinan kerjasama dalam bidang masing-masing di negara ini. Tahniah Alif satar atas pelantikan menjadi duta GB Gold Malaysia. Fuh siapa tak kenal dengan Alif Satar kan, artis yang kurang kontroversi dan mengajak orang ramai ke masjid. Pilihan yang bijak menjadikan ALif Satar sebagai duta emas

Dengan lantikan Alif Satar sebagai duta, ia dilihat sebagai tarikan kepada orang ramai memilih emas sebagai simpanan. Lagi bila dapat tau ada rekaan emas Alif Satar, mestilah orang ramai akan membeli kan


Ketua Pegawai Eksekutif, Shahfizzam Moideen berkata, "Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi yang konsisten sebagai ikon artis serba boleh serta mempunyai idea-idea baharu, dan positif"

"Istimewanya Alif Satar selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian. Alif juga merupkan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia. Alif bukan sekadar membawa jenama GB Gold tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menympan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan"

Selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah, seterusnya GB Gold Malaysia memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini berbentuk petak dan bulat

Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar
Sempena lantikan Alif Satar sebagai duta selama 15 bulan, turut memperkenalkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif yang pertama di Malaysia. Rekaan huruf Alif itu, diukir dan tertera hayya a'lal falah yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan

Serius, cantik sangat rekaan emas gold bar dan dinar Alif ni. Limited Edition tau, kenala beli dengan segera. Sekurangnya dapat beli satu pun mesti gembira. Lebih istimewa, sesiapa yang membeli salah satu rekaan baharu jenama Alif Satar pada haritu, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000


Pada majlis itu juga, GB Gold Malaysia menandatangi perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024. 
Lepas je majlis berbuka, lepas solat Isyak, Alif dan The Locos buat persembahan. 
Majlis dimeriahkan dengan adanya hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM30,000. Seronok ya mana yang bertuah dapat duit raya tu pada hari tu. 
GB Gold Malaysia sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Kempen akan diteruskan dengan rekaan baru mengikut musim antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya

GB Gold bukan hanya kedai yang menjual emas fizikal tetapi juga sentiasa mencipta kesedaran orang ramai terutama golongan muda yang positif untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu pelaburan jangka panjang

GB Gold yakin kempen ini mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat tetapi mereka akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara yang betul. Selain menyimpan emas fizikal, menyimpan emas dalam bentuk gold bar dan dinar adalah salah satu cara yang terbaik

Kepada yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia dialu-alukan kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik serta sistem yang digunakan mempu menjana pendapatan pasif, bermaksud dengan usaha sekali, hasil berkali-kali melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular ketika ini. 

Jangan risau GB Gold patuh syariah. 
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai GB Gold Malaysia
Kalau korang nak faham lagi mengenai GB Gold Malaysia ni, atau nak simpan emas gold bar dan dinar, boleh hubungi Grand Bullion Sdn Bhd di talian 013 7860916 atau layariWebsite : https://gbgold.my/Facebook : https://www.facebook.com/gbgoldmyInstagram : https://www.instagram.com/gbgoldmyTiktok : https://www.tiktok.com/@gbgoldmy

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2024/04/gb-gold-malaysia-perkenal-edisi-khas-rekaan-emas-alif-satar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesti Sokong Netizen Teruja Lihat Ada Peserta Dari Malaysia Akan Sertai Program Survival Di Korea I Land 2

Mesti Sokong Netizen Teruja Lihat Ada Peserta Dari Malaysia Akan Sertai Program Survival Di Korea I Land 2

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 96 hits
Selepas Alyssa akan ada seorang lagi peserta wanita dari Malaysia yang akan menyertai program survival di Korea ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Mnet telah melancarkan nama peserta peserta yang akan sertai musim kedua rancangan survival realiti I ...
Infinix Note 40 Series Rasmi Di Malaysia Selepas Kejayaan Pelancaran Peringkat Global

Infinix Note 40 Series Rasmi Di Malaysia Selepas Kejayaan Pelancaran Peringkat Global

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 111 hits
Infinix jenama teknologi bergaya yang direka untuk pengguna muda melancarkan siri telefon pintar terbaharunya siri NOTE 40 pada skala global semalam di Litar Antarabangsa Sepang Menampilkan kedua dua NOTE 40 dan NOTE 40 Pro 5G siri yang din...
Ceramah Integriti Dan Etika Kerja Cemerlang Perpustakaan Negara Malaysia

Ceramah Integriti Dan Etika Kerja Cemerlang Perpustakaan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 129 hits
Assalamualaikum wbt Salam 10 Ramadan pada awak semua Pagi nie saya nak ajak awak join satu ceramah yang diberi tajuk Integriti Dan Etika Kerja Cemerlang Penceramahnya bukan calang calang orang tau nama beliau adalah DCP Dato Hj Ghazali bin ...
Cara Daftar Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian

Cara Daftar Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 155 hits
Sekian lama penulis menyepi kini hadir dengan tajuk luar biasa disebabkan mempunyai pertanyaan bagaimana untuk duduki peperiksaan SPM persendirian Adakah perlu hadir ke kaunter kementerian pendidikan atau boleh dilakukan secara atas talian ...
Tak Tahu Sensiviti Kalimah Allah Orang Malaysia Ker Pendatang Asing Ni

Tak Tahu Sensiviti Kalimah Allah Orang Malaysia Ker Pendatang Asing Ni

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 103 hits
Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12 000 mendakwa hanya menjadi keyboard warrior dan tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam Tertuduh Chiok Wai Loong 34 mengaku bersalah...
Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia Dan Cara Bayar Online

Kadar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia Dan Cara Bayar Online

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 122 hits
Selain wajib berpuasa di bulan Ramadan umat Islam yang cukup syarat juga wajib membayar zakat fitrah Penetapan kadar zakat fitrah dikira berdasarkan kepada makanan ruji sesebuah negara Dalam konteks negara Malaysia makanan rujinya ialah ber...
Malaysia S Race Religion Faultline Being Severely Tested

Malaysia S Race Religion Faultline Being Severely Tested

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 124 hits
A recent visit to Tamil Nadu in India was an eye opener The most interesting observation I made was how religion does not seem to sway the voters In an otherwise apparently disorganised society as seen in their road traffic and despite the ...
A Bad Week For Malaysia

A Bad Week For Malaysia

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 92 hits
Dennis Ignatius This week the whole country was plunged into tumult when a few pairs of socks were discovered in the KK supermarket chain with the world Allah on it It should never have happened Quite naturally Muslims took offense Initial ...
Govt Extends Subsidy Period For Raya Flight Tickets To East Malaysia By One Day

Govt Extends Subsidy Period For Raya Flight Tickets To East Malaysia By One Day

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 165 hits
The government has decided to extend the subsidised airfares from the peninsula to East Malaysia for Hari Raya Aidilfitri by an additional day said Transport Minister Anthony Loke Previously the subsidised airfares were only applicable to f...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan