Mencegah Kehamilan Menggunakan Iud Boleh Tapi Awass Ada Risiko Mengandung Luar Rahim Alert






Alat kontraseptif dalam rahim (IUD) merupakan salah satu kaedah kontrasepsi yang sering digunkan oleh wanita untuk cegah kehamilan.
Walaupun alat tersebut berkesan untuk mencegah kehamilan, ia bukan 100% efektif.  Berbanding dengan kaedah kontrasepsi yang lain, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi.
Dalam tempoh 1 tahun penggunaan, nisbah kegagalan wanita yang menggunakan kaedah kontrasepsi ini adalah 1:100.  Ini bermakna, dalam kalangan 100 wanita yang menggunakannya, pemakaian oleh 1 individu gagal untuk cegah kehamilan.
Secara teorinya, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai keberkesanan pada kadar 99%. Persoalannya di sini, apakah faktor yang menyebabkan kegagalan fungsi alat kontraseptif dalam rahim?

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Bukan Semua Wanita Berjaya Cegah Kehamilan Menggunakan IUDJika ingin dibandingkan dengan kaedah kontrasepsi yang lain, IUD merupakan satu alternatif yang mudah. Secara idealnya, tiada kesilapan daripada pihak pengguna memandangkan ia bukanlah seperti pil yang perlu diambil setiap hari. Bergantung kepada model IUD, pengguna berupaya untuk cegah kehamilan selama 5 tahun sebelum tamat tarikh luputnya. IUD merupakan salah satu daripada kaedah kawalan kehamilan sementara yang banyak disarankan kepada wanita yang ingin merancang kehamilan. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit, model IUD yang berbeza mempunyai kadar kegagalan yang berlainan. IUD yang diperbuat daripada tembaga mempunyai kadar kegagalan setinggi 0.8% manakala IUD hormon, levonorgestrel mempunyai kadar kegagalan di antara 0.1% hingga 0.4%.
Mereka yang menggunakan kaedah ini berisiko untuk gagal cegah kehamilan terutamanya jika hubungan seksual dilakukan dalam tempoh 7 hari selepas pemasangan. IUD yang dipasang boleh beralih daripada kedudukan yang sepatutnya menyebabkan fungsinya terganggu. Walaupun keadaan tersebut dianggap jarang berlaku, namun menurut the American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), risiko untuk alat kontraseptif dalam rahim itu beralih adalah di antara 2 hingga 10% dalam tempoh 1 tahun. Mereka yang menyusu badan atau baru lepas bersalin mempunyai risiko yang tinggi untuk alat kontraseptif dalam rahim mereka beralih. Ini meningkatkan kadar kegagalan langkah kontrasepsi untuk cegah kehamilan.
Antara gejala dan simptom yang boleh dialami oleh wanita yang mempunyai masalah ini adalah seperti berikut:

~Benang IUD yang keluar dari faraj kelihatan pendek daripada biasa~Pendarahan yang banyak~Kram perut luar biasa~Lendiran faraj yang banyak
Gagal Cegah Kehamilan Sebabkan Kehamilan Biasa @ Luar RahimBagi wanita yang mengalami kegagalan fungsi IUD, mereka berisiko untuk mendapat komplikasi kehamilan luar rahim. Keadaan ini berlaku apabila embrio yang sepatutnya ditanam pada dinding rahim berada di kawasan luar rahim seperti:
~Tiub falopian~Ovari~Ruang abdomen~Serviks
Menurut ACOG, komplikasi akibat kegagalan alat kontraseptif dalam rahim untuk cegah kehamilan boleh menyebabkan simptom seperti berikut:
~Sakit belakang pada bahagian bawah~Sakit abdomen atau pada bahagian pinggul~Pendarahan faraj tidak normal~Kram pada salah satu bahagian pinggul
Jika mereka yang mengalami keadaan ini tidak dirawat dengan kadar segera, simptom yang lebih serius boleh timbul. Antaranya adalah:
~Sakit teruk pada bahagian abdomen atau pinggul~Kelesuan dan lemah badan~Pening kepala dan pengsan~Sakit pada bahagian bahu
Jika anda atau pasangan mempunyai simptom seperti yang dinyatakan, rawatan perlu diberikan dengan kadar segera. Mereka yang mengalami kehamilan luar rahim berisiko untuk mati akibat pendarahan dalaman.
Pilihan Bagi Yang Gagal Cegah KehamilanJika anda mengalami simptom kehamilan, anda perlu membuat ujian kehamilan atau hadir ke klinik terdekat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Antara simptom yang menunjukkan anda gagal untuk cegah kehamilan:
~Mabuk hamil (muntah dan loya)~Sakit pada bahagian payudara~Mengidam~Perubahan pada mood~Kelesuan~Tidak datang haidLebih penting lagi jika anda mengalami gejala yang menunjukkan anda mungkin hamil di luar rahim. Jika ragu, pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pengesahan. Jika anda mengalami komplikasi hamil luar rahim, prosedur pembedahan laparoskopik akan dilakukan bagi mengeluarkan janin pada kawasan bukan rahim.
Bagaimana pula jika kegagalan untuk cegah kehamilan menyebabkan wanita tersebut hamil biasa? Pilihan yang akan diberikan kepada pasangan suami isteri bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah:

~Usia kandungan~Kedudukan IUD~Akses kepada benang IUD~Permintaan daripada wanita itu sendiriSekiranya wanita tersebut membuat keputusan untuk meneruskan kehamilan, pemeriksaan akan dibuat. Jika benang IUD tidak kelihatan di luar faraj, doktor akan menggunakan mesin ultrasound bagi menentukan kedudukannya.
~Jika IUD tidak kelihatan, ujian x-ray akan dibuat bagi mengesan kedudukan alat tersebut~Sekiranya IUD berada pada serviks, doktor akan menarik keluar IUD tersebut~Jika IUD berada di atas serviks, doktor akan menasihatkan perihal komplikasi dan risiko yang boleh dialami sekiranya kehamilan ingin diteruskan.
KonklusiPenggunaan IUD untuk cegah kehamilan digalakkan terutamanya kepada ibu yang baru sahaja lepas bersalin.
Perkara ini penting bagi memastikan si ibu mempunyai ruang masa untuk menjaga bayi yang baru lahir sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.
Jika anda ingin menggunakan IUD atau menghadapi masalah berkaitan dengan penggunaannya, hadirkan diri anda ke pusat kesihatan terdekat.
Kredit : Hello Doktor
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/03/mencegah-kehamilan-menggunakan-iud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan

Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 567 hits
PETALING JAYA Pelakon Shima Anuar reda rezekinya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila mengalami kehamilan luar rahim
Sangat Menyakitkan Disahkan Hamil Luar Rahim Shima Anuar Selamat Jalani Pembedahan

Sangat Menyakitkan Disahkan Hamil Luar Rahim Shima Anuar Selamat Jalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 395 hits
Baru sahaja gembira bakal menyambut kehadiran cahaya mata ketiga pelakon Shima Anuar mendedahkan dia terpaksa melepaskan kandungannya itu gara gara disahkan hamil luar rahim atau ectopic pregnancy Biarpun bersedih hati dengan perkhabaran it...
I Lost My Baby Shima Anuar Selamat Dibed4h Kerana Hamil Luar Rahim Masih Dir4wat Di 1cu

I Lost My Baby Shima Anuar Selamat Dibed4h Kerana Hamil Luar Rahim Masih Dir4wat Di 1cu

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 212 hits
Pelakon Shima Anuar reda apabila bayi yang dikandungnya terpaksa dikeluarkan akib4t komplikasi hamil luar rahim Berkongsi perkara terbabit di Instagram kata Shima dia masih dir4wat di unit raw4tan rapi selepas menjalani prosedur pembed4han ...
Hamil Luar Rahim Hilang Banyak Darah Doktor Kata Saya Hampir Gagal Diselamatkan Shima Anuar

Hamil Luar Rahim Hilang Banyak Darah Doktor Kata Saya Hampir Gagal Diselamatkan Shima Anuar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 150 hits
Hamil Luar Rahim Hilang Banyak Darah Doktor Kata Saya Hampir Gagal Diselamatkan Shima Anuar PELAKON Shima Anuar berkongsi berita sedih apabila terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim Shima atau...
Benda Boleh Tolak Tapi Dia Memilih Sedap Datuk Awie

Benda Boleh Tolak Tapi Dia Memilih Sedap Datuk Awie

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 434 hits
Benda boleh tolak tapi dia memilih sedap Datuk AwieDatuk Awie berpandangan isu kontroversi yang melanda rakannya Zul Ariffin berpunca dari pelakon itu sendiri yang memilih untuk menconteng arang pada industri hiburan tanah air Awie dengan s...
Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 183 hits
Apa function aku datang tapi tak dapat apa Pengundi luar bengang parti politik mungkir janji nak bagi duitVideo Viral di TwitterPilihan Raya Negeri Johor baru saja melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan...
Conteng Arang Ke Muka Industri Berkonsep Islamik Beliau Boleh Tolak Tapi Pilih Sedap

Conteng Arang Ke Muka Industri Berkonsep Islamik Beliau Boleh Tolak Tapi Pilih Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 141 hits
MELAKA Benda boleh menolak tetapi dia memilih sedap Pada saya dia mencotengkan arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik Demikian respons pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air Datuk Awie apabila ditanya mengenai isu sensasi per...
Anak Seronok Dapat Main Air Tapi Awas Ibu Ayah Kena Pastikan Perkara Elak Risiko Anak Lemas

Anak Seronok Dapat Main Air Tapi Awas Ibu Ayah Kena Pastikan Perkara Elak Risiko Anak Lemas

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 163 hits
Kebanyakkan anak anak kecil memang suka bermain air kalau dapat mandi mesti nak lama lama Tapi jangan sampai bahayakan si kecil ibu air yang kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2 5cm juga boleh buatkan anak lemas hati hati semua ...
Kerusi Makan Bayi Boleh Jadi Pembawa Virus Jangan Terus Letak Anak Bila Makan Di Luar Kena Buat Perkara Ini Dulu

Kerusi Makan Bayi Boleh Jadi Pembawa Virus Jangan Terus Letak Anak Bila Makan Di Luar Kena Buat Perkara Ini Dulu

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 320 hits
Bila bawa anak makan di restoran atau kedai makan kadang lupa terus letak anak tanpa sedar ada mungkin ada virus atau bakteria Sebaiknya anda mencuci menggunakan wipe atau tisu basah dahulu sebelum menggunakan kerusi makan bayi Ini bukan sa...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Jengah Kebun Melihat Tanaman

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei