Mencarilah Diwaktu Yang Tepat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
MENCARILAH DIWAKTU YANG TEPAT |Bumi mana yang tidak ditimpa hujan,walaupun hujan saljikan.Begitulah kita,tiada manusia yang hidupnya sentiasa selesa dan mudah.Berliku,berduri,beronak semua ada dan dirasai.Kalau kita rasa susah,ada yang lebih susah.Kalau kita rasa sempit ada yang lebih tersepit.Kalau mahu bersedekah atau memberi hadiah mulakan pada yang paling terhampir tarlebih dahulu.Siapa.Ibu bapa.Adik-beradik.Saudara-mara.Jiran tetangga
Cuba menjadi manusia yang lebih cakna pada waktu dan tempatnya.Tahu tidak bertindak itu sia-sia.Bertindak tanpa perancangan itu membazir banyak waktu dan tenaga.Kenalpasti terlebih dahulu hingga ke dasarnya.Siapa pun kita masing-masing ada tanggungjawab bukan cuma pada diri sendiri tapi pada orang lain juga
Mahu kurang mampu tidak mengapa.Mampu dan mahu teruskan sahaja.Kita ada tugas mencari.Mencari siapa yang perlu dan boleh kita bantu.Telah ramai yang memulakan langkah.Telah ramai juga yang berusaha mengubah apa yang perlu diubah.Dan kita kalau tidak mampu untuk ke tahap yang lebih jauh dan luas,mulakan mencari siapa yang boleh kita bantu dalam keluarga dahulu.Mencari berat dan sukar prosesnya.Apatah lagi mencari diwaktu yang tepat
Maksud mencari diwaktu yang tepat PC maksudkan adalah,carilah pada ketika seseorang itu betul-betul sangat memerlukan kita.Perlu perhatian,kasih sayang,bantuan selayaknya dan bimbingan.Manusia sangat rapuh hati dan fikirannya dikala berada dalam situasi meraba-raba mencari tempat untuk berpaut.Bukan bererti bila kita mencari dan mahu menemui seseorang itu setelah dia punya segala dan sudah sangat stabil kehidupannya itu satu tindakan yang salah.TIDAK juga,namun ianya agak kurang menyenangkan dan kurang manis
Bersama-sama merintis jalan kehidupan sedari lurah hingga berada di puncak gunug itu lebih membeli satu nikmat kepuasa dan pengertian mendalam berbanding mencari dan mahu mendekati bila sudah bijak mengemudi bot kecil dilautan yang luas.Apa pun,tiada istilah terlewat.Pada setiap kesempatan yang ada tidak salah juga memulakan digarisan pada lembaran yang baharu.Kerana Allah
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/12/mencarilah-diwaktu-yang-tepat.html