Mencari Nasionalis Tulen Massa Melayu


BIARPUN reda seketika kemelut politik sejak 12 bulan lalu, namun ‘buih-buihnya’ muncul kembali dalam seminggu dua ini. Gelora desakan-perlu atau tidak Parlimen dibuka.

Seumpama zaman lampau, hari ini juga pergolakan politik tanah air berkisar di sekeliling tokoh-tokoh pemimpin secara peribadi. Dan bukan berdasarkan isu-isu kepentingan masyarakat umum.

Seperti dalam hikayat-hikayat, apabila pemimpin berperang, selalunya atas urusan peribadi, massa Melayulah yang menanggung beban. Ramailah yang akan digembleng dan diadu dombakan.

Dalam krisis ini, siapa yang pandai menangguk di air keruh akan meraih keuntungan. Ditinjau dari perspektif kepentingan massa Melayu, pergolakan politik yang sedemikian tidak bermakna sama sekali. Yakni, pergolakan politik yang bukannya melibatkan prinsip-prinsip yang menyentuh kehidupan mereka, tetapi kebiasaannya tercetus daripada perebutan kuasa dan jawatan.

BAK LAVA
Masih ada pemimpin yang menganggap massa Melayu hanya anak-anak tangga untuk naik ke atas. Sikap mereka masih mencerminkan sikap kurang hormat pemerintah feudal dan penjajah terhadap massa Melayu.

Beberapa pemimpin Melayu mungkin berapi-api dan berkobar-kobar berucap memperjuangkan kepentingan massa Melayu. Malangnya semangat mereka yang meluap-luap bak lava itu padam dan menjadi dingin di akhir pengucapan mereka. Rupa-rupanya itu merupakan ledakan gunung berapi untuk mencari publisiti dan liputan akhbar dan media sosial. Ia tidak disusuli oleh tindakan yang terkesan dan bermakna.

Sama ada disedari atau tidak, sikap mereka yang sedemikian menggugat dan mencemar imej orang Melayu dari satu segi.

Apabila masyarakat lain mendengar atau membaca ucapan-ucapan mereka, mereka berasa segala-galanya dilakukan untuk memajukan massa Melayu – kerana mereka menilai cuma berdasarkan ucapan berkobar-kobar itu. Tanpa diketahui mereka sebenarnya kata-kata indah itu tidak diterjemahkan kepada tindakan.

Dikhuatiri ini menguatkan syak wasangka yang menganggap massa Melayu malas dan sebagainya, kerana segala-galanya ‘telah dilakukan’ buat massa Melayu. Sedikit sebanyak inilah yang telah berlaku kepada sejarah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sebenarnya tiada halangan besar bagi pemimpin Melayu secara tulen membantu orang Melayu. Lebih mudah jika mereka melaksanakan program-program yang sah, tanpa mengancam kepentingan masyarakat lain jika mereka kurang bercakap. Yakni, dengan ikhlas dan jujur lakukan apa sahaja yang adil dan saksama.

Dengan ini mereka tidak mencetuskan kebimbangan, keraguan, pergeseran dan bantahan pelbagai pihak seperti yang terjadi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14 tempoh hari.

MERUGIKAN
Akan tetapi cara ini memang tidak digemari oleh pemimpin-pemimpin yang suka meledak dalam ucapan – dibuat-buat untuk menonjolkan diri. Pendekatan meledak ini, meskipun sensasi, cuma merugikan massa Melayu. Mereka menanggung beban tuduhan pihak tertentu bahawa orang Melayu ‘anak emas’ kerajaan. Walhal, mereka (orang Melayu) tidak menerima bantuan sebesar yang disangka.

Banyak faktor menebalkan kabus yang meliputi kesedaran sejarah massa Melayu. Salah satu daripadanya ialah nasionalisme palsu. Mengikut nasionalisme palsu, kita tidak harus membincangkan sebarang kekurangan dan kelemahan kita. Tidak boleh mengkritik atau menegur walaupun secara ikhlas, jujur dan membina. Sebarang usaha ke arah itu ditohmah mengkhianati bangsa. Apabila pandangan seperti itu diselidiki, rupa-rupanya yang tidak disenangi sebenarnya ialah kritikan jujur terhadap pemimpin.

Selalunya pendapat sebegini dimajukan atas nama ‘nasionalisme’ oleh mereka yang tidak pernah mengenal nasionalisme tulen.

Yang dimaksudkan nasionalisme tulen di sini ialah kecintaan yang mendalam terhadap bangsa berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan yang tidak bertelagah dengan nilai-nilai sejagat – seperti mana terkandung dalam agama kita.

Yang kita bimbangi kesedaran umum masyarakat Melayu terhadap hal-hal politik dan global yang mengelilingi mereka masih bercorak hikayat. Ya, mengikut sahaja rentak pentas kehidupan seperti dewa-dewi dari kayangan bermain-main di dunia ini dalam motif-motif hikayat – sementara massa Melayu hanya menjadi sebahagian peralatan dan perhiasan.

Beringatlah, bila gajah sesama gajah bertempur, pelanduk yang mati di tengah-tengah.
Oleh: Zulkifli Jalil


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/mencari-nasionalis-tulen-massa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Yang Rosakkan Minda Melayu

Umno Yang Rosakkan Minda Melayu

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 442 hits
This is what Umno has done to the Malays Umno has damaged the mindset of the Malays and has taught the Malays that Malaysia belongs to the Malays and the government will spoon feed the Malays so that the Malays do not need to usaha and ikht...
20 Terjemahan Nama Ikan Dalam Bahasa Melayu English Di Malaysia

20 Terjemahan Nama Ikan Dalam Bahasa Melayu English Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 1042 hits
Senarai terjemahan jenis jenis ikan dalam bahasa melayu Bahasa inggeris sebagai panduan Ikan Kembung Indian Mackerel Ikan Selar Kuning Yellowstripe ScadIkan Cencaru Torpedo Scad Ikan Kerisi Jepun Japanese Threadfin BreamIkan Tenggiri Narrow...
Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa Melayu

Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 435 hits
Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa MelayuIalah surah ke 67 dalam al Quran dan terdiri atas 30 ayat Surah ini tergolong surat Makkiyah Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ...
5681 Bantuan Al Quran Dap Terdesak Raih Undi Melayu Pn Bbc Portal 31 05 2021

5681 Bantuan Al Quran Dap Terdesak Raih Undi Melayu Pn Bbc Portal 31 05 2021

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 341 hits
31 MEI Tindakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyumbangkan senaskah al Quran kepada sepasang suami isteri gelandangan di Pulau Pinang baru baru ini disifatkan sebagai usaha terdesak untuk meraih undi masyarakat Melayu dan Islam A...
T18e19 Foto Askar Melayu Perak 1920 An

T18e19 Foto Askar Melayu Perak 1920 An

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 355 hits
Terkedu sebentar Tedi tengok foto di bawah ni Gambar tujuh orang askar Melayu Perak pada tahun 1920 Gambar yang dipercayai diambil di Ipoh pada tahun 1920 an ini dilelong di e bay oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ...
Bahasa Melayu Klasik Lawan Bahasa Negeri Sembilan

Bahasa Melayu Klasik Lawan Bahasa Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 965 hits
Gambar hiasan hasil carian Google BK Sudi apalah kiranya tuan hamba memberikan saya durian itu barang seulas N9 Bak suleh BK Alangkah baiknya jika kita semua dapat bersegera berangkat sekarang agar kita boleh sampai sebelum senja NS Moh dog...
Mesej Untuk Rakyat Malaysia Khususnya Orang Melayu

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Khususnya Orang Melayu

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 392 hits
My comments Saya ingin jelaskan sedikit berkenaan bencana besar yang telah pecahkan tembelang kejahilan sistem kemasyarakatan kita Yang pertama adalah oil price crash pada tahun 2014 Apabila harga minyak dunia runtuh maka kewangan Kerajaan ...
Melayu Dan Palestine Ada Pertalian Darah

Melayu Dan Palestine Ada Pertalian Darah

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 454 hits
PALESTIN bumi bertuah Bumi yang melahirkan ramai saintis ternama Terbaharu Palestin melahirkan saintis astrofizik Imad Barghouthi seorang profesor di Universiti Al Quds di Tebing Barat Sejak rejim Zionis menjarah semua kepentingan rakyat Pa...
Dagu Terbelah Ikut Belah Ibu Keayuan Luar Biasa Wafariena Bak Gadis Melayu Terakhir Jadi Bualan Netizen

Dagu Terbelah Ikut Belah Ibu Keayuan Luar Biasa Wafariena Bak Gadis Melayu Terakhir Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 295 hits
nbsp Siapakah Wafariena Roslan Dia antara bintang baru dunia lakonan yang mula dikenali menerusi siri televisyen 7 hari mencintaiku 2 Wajahnya yang ayu persis wanita melayu terakhir ini menjadi igauan netizen terutamanya lelaki Manakan tida...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus