5681 Bantuan Al Quran Dap Terdesak Raih Undi Melayu Pn Bbc Portal 31 05 2021





31 MEI: Tindakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menyumbangkan senaskah al-Quran kepada sepasang suami isteri ‘gelandangan’ di Pulau Pinang, baru-baru ini disifatkan sebagai usaha terdesak untuk meraih undi masyarakat Melayu dan Islam.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata sememangnya DAP ketika ini terlalu terdesak mendapatkan undi Melayu dan Islam, selepas tidak mempunyai sokongan besar daripada parti Melayu.
“DAP ini terlalu terdesak untuk mendapat undi Melayu Islam, seperti sebelum ini pun mereka mengharapkan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), tetapi parti ini langsung  tidak boleh memenuhi apa diharapkan mereka.
“Justeru DAP kemudian beralih kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan sewaktu zaman Tun Mahathir dulu, dia dapatlah sedikit daripada bahagian undi Melayu Islam.
DR MOHD ZUHDI“Namun, apabila bekas Perdana Menteri itu tidak bersama BERSATU lagi, jadi mereka dilihat berusaha sendiri, tidak mengharapkan mana-mana parti berasaskan Melayu ini, justeru antara caranya adalah dengan apa dibuat steven sim sekarang lah,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.
Mohd Zuhdi berkata, daripada ‘menghadiahkan’ kitab suci itu kepada orang Islam, beliau mencadangkan Steven supaya membaca dan mendalaminya sendiri bagi memperoleh hidayah mendekati Islam.
“Maka saya cadangkan dia (Steven) baca sendiri al-Quran, mana tahu terbuka hati dia untuk masuk Islam.
“Kemudian dia boleh menyertai parti-parti yang berasaskan Melayu Islam, itu saya punya nasihatlah,” katanya.
Sebelum ini, Steven menerusi Facebook rasminya, berkongsi kisah beliau bertemu sepasang suami isteri berasal dari Kelantan yang berdepan kesempitan hidup sehingga terpaksa berteduh dan tidur di tepi jalan selama beberapa hari.
Pasangan itu yang dikatakan ingin memulakan kehidupan baharu akibat kesusahan di kampung halaman, berhijrah ke Pulau Pinang, tetapi berdepan kesukaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Steven kemudian tampil membantu pasangan muda itu dengan menempatkan mereka sementara di hotel, menyediakan rumah, membelikan pakaian baharu, membelanjakan barangan keperluan bagi tempoh dua minggu PKP, menghadiahkan telefon bimbit dan mendapatkan kerja untuk suaminya.
Bagaimanapun, tindakan Steven Sim yang menyerahkan ‘hadiah’ berbentuk al-Quran sebagai panduan hidup kepada pasangan terbabit, menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir orang Melayu dan Islam.
Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata walaupun niat sebenar Steven menyerahkan al-Quran itu tidak dapat dirumuskan secara zahir, perkara terbabit menimbulkan rasa janggal masyarakat Melayu Islam.
“Orang rasa agak janggal macam mana individu bukan Islam seperti dia memberi al-Quran kepada orang Islam, sekali gus mencetuskan tanda tanya apakah niat sebenar dia berbuat demikian,” katanya.
Azmi berkata, sekiranya Steven benar-benar jujur, beliau sepatutnya menerangkan secara terbuka bahawa sumbangan bantuan diberikannya kepada individu Melayu dan Islam, termasuk al-Quran itu bukan bermotifkan politik atau cuba meraih perhatian serta undi golongan penerima. 
Katanya, Steven juga diharapkan tidak menonjolkan usahanya membantu individu Melayu Islam atau seolah-olah berbuat demikian untuk ‘memancing’ mereka.
Beliau berkata, ketika ini Steven secara berterusan menunjukkan sumbangan diberikan secara meluas, seperti seolah-olah mahu menaikkan imejnya dalam membantu golongan berkenaan.
“Kali ini bila dia gunakan al-Quran itu agak mengejutkan org macam satu tamparan sebab orang akan tengok ‘dia bukan islam pun dia nak bagi al-quran’, jadi membuatkan orang memberi tafsiran bahawa dia mungkin berniat tidak baik.
“Bagi saya, sepatutnya Steven membawa sesiapa yang dia mahu tolong berjumpa pihak Islam berkepentingan untuk mendapatkan bantuan tepat dan jika dia juga mahu bantu, boleh sahaja berikan derma susulan,” katanya.
Bagi Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pihak berkepentingan Melayu dan Islam seharusnya lebih peka mengenalpasti golongan memerlukan untuk mengelakkan berlakunya ‘kontroversi’ apabila terdapat pihak tertentu daripada bangsa serta agama lain menghulurkan bantuan.
Tegasnya, dalam konteks membantu golongan berdepan kesempitan kehidupan di negara ini, masyarakat Melayu dan Islam juga perlu mengubah cara serta pendekatan bagi memudahkan individu berkaitan mendapatkan pertolongan sewajarnya.
Nadzim berkata, apa yang menyedihkan, kadangkala masyarakat Melayu dan Islam sendiri tidak melaksanakan peranan sebaiknya, justeru tampil pihak berkepentingan tertentu berbuat demikian bagi mengambil kesempatan atau mendapatkan promosi.
“Kalau kita melihat entah dia (Steven) memang terbuka dan mahu memberi Al-Quran, kita tidak tahu, tetapi kadang masyarakat Melayu dan Islam sendiri tak buat apa juga, walaupun mereka sepatutnya melebihi apa dibuat pemimpin DAP terbabit.
“Apa berlaku di sekeliling kita kena peka, kalau tak jadi lemah lah, orang lain ambil kesempatan, contohnya pemberian derma, bila Islam tidak buat, orang bukan Islam sentiasa buat, malah kadang duit pun susah orang memerlukan ini dapat.

“Justeru, kita harus memperkasakan dan memperkemaskan masyarakat Melayu dan Islam supaya bersungguh-sungguh menjalankan peranan membantu golongan memerlukan, seperti peranan masjid, peranan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.


Artikel oleh: PN BBC Portal
BANTUAN AL-QURAN, DAP TERDESAK RAIH UNDI MELAYU
http://www.pnbbcportal.com/2021/05/31/bantuan-al-quran-dap-terdesak-raih-undi-melayu/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/06/5681-bantuan-al-quran-dap-terdesak-raih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Belia Rm1000 2021

Bantuan Belia Rm1000 2021

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 547 hits
BANTUAN BELIA RM1000 2021 Kepada belia yang layak anda boleh memohon bantuan belia RM1000 melalui portal Bagaimanakah cara daftar online SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BELIA RM1000 Berikut adalah syarat kelayakan bantuan belia Warganegara...
Gkp 3 0 Bantuan Tambahan Rm1 000 Bermula Jun 2021

Gkp 3 0 Bantuan Tambahan Rm1 000 Bermula Jun 2021

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 343 hits
Geran Khas Prihatin 3 0 diperkenalkan lagi oleh kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan Sederhana mikro tempatan Hal ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro supaya dapat membantu mereka semu...
Dap Kuat Menghasut Bukan Melayu

Dap Kuat Menghasut Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 253 hits
SEJAK kehilangan kuasa selepas gagal memerintah negara selama 22 bulan parti cauvinis Cina DAP kembali kepada modal lama iaitu menghasut orang bukan Melayu menjadi mangsa kepada kerajaan yang didominasi Melayu Sekecil kecil isu hingga ke se...
Tebus Ewallet Rm150 Buat Permohonan Bantuan Ewallet 2021 Untuk Belia Umur 18 20 Tahun

Tebus Ewallet Rm150 Buat Permohonan Bantuan Ewallet 2021 Untuk Belia Umur 18 20 Tahun

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 354 hits
E wallet 2021 bila masuk Persoalan sejak awal tahun haritu masih jadi tanda tanya Terbaru golongan belia dan pelajar IPT boleh tebus eWallet RM150 bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021 Susulan pandemik COVID 19 kerajaan telah bersetuju ...
5682 Aktiviti Simbolik Penyerahan Sumbangan 500 Kotak Infaq Rezeki Ke Kelantan Ppim 03 06 2021

5682 Aktiviti Simbolik Penyerahan Sumbangan 500 Kotak Infaq Rezeki Ke Kelantan Ppim 03 06 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 291 hits
Alhamdulillah syukur Hari ini di bangunan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Putrajaya PPIM berkesempatan menyempurnakan simbolik penyerahan 500 kotak INFAQ REZEKI untuk dihantar ke Kelantan bagi tujuan agihan sumbangan kepada golonga...
Senarai 50 Orang Terkaya Malaysia 2021

Senarai 50 Orang Terkaya Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 373 hits
Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes Ranking disusun berdasarkan net worth nilai bersih kekayaan mereka pada bulan Mei 2021 Senarai tahun 2021 menyaksikan peningkatan jumlah kekayaan...
Siapa Orang Terkaya Di Malaysia Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Bagi Tahun 2021 Oleh Forbes

Siapa Orang Terkaya Di Malaysia Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Bagi Tahun 2021 Oleh Forbes

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 304 hits
Jika anda ingat sekitar April lalu Forbes ada mengeluarkan senarai tahunan Bilionair Forbes ke 35 Menerusi senarai tersebut terdapat 2 755 individu terkaya di dunia dengan 493 dari mereka merupakan muka baru disaat dunia sedang berdepan cab...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri