Mencari Kita Yang Semakin Hilang


APALAH sangat cagaran bangsa untuk kekal dihormati atau disanjung jika nilai budi dan peradaban diketepikan? Catatan ini bukan untuk memperlekeh bangsa sendiri, namun untuk mencari ruang meletakkan martabat dan maruah bangsa sentiasa berada pada taraf tinggi dan disenangi semua.
Di antara slogan yang pernah disematkan kepada masyarakat Malaysia tidak lama dahulu ialah ‘kepimpinan melalui teladan’ dan ‘ke arah membina bangsa bermaruah tinggi’. Maka kini tertanya-tanyalah masyarakat, ke mana hilangnya slogan-slogan yang menarik itu

Munasabah bagi masyarakat untuk mengutarakan pertanyaan demikian memandangkan suasana yang ada pada persekitaran kehidupan masa kini tidak dapat diadunkan lagi dengan slogan-slogan berkenaan. Kepimpinan melalui teladan? Yang asyik bertelagah dan berebut kuasa dalam dunia politik tanpa reda itu karenah siapa

Kata masyarakat, kalau diselusuri slogan indah itu, tentu akan wujud nilai seseorang pemimpin itu ada disenang, tiada dikenang. Apa pun, konteks ini bukan sahaja dituju atau menjurus kepada kalangan pemimpin politik, tetapi mencangkupi mereka yang bergelar pemimpin di semua peringkat institusi termasuk ketua keluarga, ketua jabatan, ahli akademik, pendidik, pendakwah agama juga peneraju mana-mana komuniti atau pertubuhan

Benar, menilai ketinggian budi dan akhlak tertakluk pada sifat setiap individu, bukan cerminan nilai sesuatu bangsa atau kaum. Bagi umat Islam, formula mudah untuk dijadikan sandaran ialah dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah SAW. Cara bertutur kata dan santun budi baginda terhadap makhluk termasuk isteri dan segenap segmen masyarakat amat tertib dan menarik

Ikhlas dan jujur itu mengikut kiasan cendekiawan, ibarat seekor semut hitam berada di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita. Hanya semut berkenaan tahu ia berada di situ. Secebis kiasan semut itu turut mengajak masyarakat melihat dan menilai dengan jujur dan adil terhadap sesuatu isu. Ini kerana ada kala masyarakat terperangkap dengan unsur dakyah dan provokasi sesetengah pihak yang sengaja mahu menyelit agenda membenci, melaga-laga atau menyerang peribadi yang biasanya ditemui dalam kaitan politik. Sumber yang mempengaruhi persepsi ini biasanya dipetik dari media sosial

Istilah ‘persepsi’ dimaksudkan dengan sikap membuat andaian tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Contoh terkini dapat dilihat pada suasana bencana banjir yang melanda kawasan-kawasan tertentu khususnya di Selangor. Jangan nafikan di celah-celah kekalutan banjir yang melanda, ada pihak cuba mempolitikkan keadaan untuk menangguk keuntungan

Pantang berhadapan sebarang isu, para pemimpin turut menjadi sasaran cemuhan. Media sosial seolah-olah menjadi wadah untuk menampilkan ramai warga yang terlalu pandai membuat bermacam nasihat dan teguran. Sehingga terlintas pula persoalan, apakah tugas seseorang menteri itu terpaksa turun menyelamatkan mangsa banjir termasuk dengan memunggah barangan perlu untuk menyelamat keadaan? Bukankah sudah ada anggota-anggota penyelamat daripada unit-unit khusus? Tidak memadaikah mereka berbincang dan mengatur kaedah berkesan dalam menghulurkan bantuan di peringkat kementerian masing-masing

RUMAH KACA
Dalam hubungan ini, kedua-dua pihak yakni rakyat dan pemimpin perlu sama-sama mencari jawapan yang lebih tepat bagi menyerlahkan ikhlas dan kejujuran. Sering disebut, kehidupan masa kini umpama berada di rumah kaca yang semuanya bersifat telus (transparent)

Apa pun, budi baik kalangan mereka yang ikhlas membantu amat disanjung dan dihargai. Kebanyakan mereka tidak banyak bercakap tetapi lebih banyak bertindak

Hasilnya, ramai mangsa banjir dapat dibantu dan diberi pertolongan sewajarnya

Membina tamadun dan peradaban tidak boleh lari daripada tanggungjawab setiap yang bergelar ‘ketua’ dalam mana-mana institusi. Jadi, sama-samalah bertindak memikul amanah dan tanggungjawab untuk membina keperibadian mulia akhlak yang baik kepada sesiapa jua di bawah seliaan masing-masing. Dan jangan menganggap memperkatakan soal nilai tamadun dan peradaban sebagai klise atau ketinggalan zaman

Bahasa Melayu itu indah. Dipertuturkan oleh tidak kurang 300 juta umat manusia di sekitar Asia. Tidak terganggukah emosi apabila kini semakin sebati dengan ungkapan-ungkapan “Hai guys!”, “Ok guys!”, “Korang tahu tak?”, “Aku nak beritahu korang” dipertuturkan di pentas-pentas formal seperti dalam rancangan-rancangan televisyen tempatan? Apa tindakan pihak-pihak berkenaan dan pejuang-pejuang bahasa dalam melihat isu ini

Eloklah dicari jalan penyelesaian sewajarnya supaya penodaan bahasa ibunda tidak terus parah sehingga melenyapkan keaslian bahasa warisan bangsa itu. Jangan bersikap lepas tangan. Bagi umat Islam, hayatilah seruan bahawa setiap insan yang dilahirkan adalah sebagai khalifah, iaitu untuk memakmurkan makhluk di atas muka bumi. (al- Baqarah, ayat 30)
Dalam memperkatakan isu kepincangan santun budi nilai budaya ini juga, tidak adil untuk mempersalahkan golongan anak muda sepenuhnya. Golongan ini patut diberi panduan dan pengajaran secukupnya sama ada disampaikan secara formal atau secara memberi contoh teladan yang baik. Hapuskan gejala dadah yang banyak membuatkan struktur masyarakat menjadi terganggu dan pincang

Selamat datang tahun baharu 2022! Semoga tiada lagi terjelma kepada masyarakat isu-isu seperti buli di pusat-puat pengajian dan tiada berlaku lagi keganasan rumah tangga, sementara kadar salah laku dan salah guna kuasa biarlah semakin menurun, kalaupun tidak terhapus semuanya

Mari kita cari dan mengutip kembali nilai-nilai ketinggian tamadun bangsa seindah ungkapan, bersatu teguh, bercerai roboh; bergotong-royong, sederak seganding; bahasa jiwa bangsa; biduk berlalu, kiambang bertaut; cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit; dan banyak lagi

Jangan bohongi perasaan bahawa hidup sentiasa impikan damai dan keindahan!

Oleh: DATUK Sayuti Mukhtar
penganalisis sosiopolitik tanah air


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/mencari-kita-yang-semakin-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uang Rp200 Juta Di Ekspedisi Ninja Xpress Aceh Hilang

Uang Rp200 Juta Di Ekspedisi Ninja Xpress Aceh Hilang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 262 hits
Dia menjelaskan saat peristiwa itu terjadi dua orang saksi sedang melaksanakan piket jaga malam di kantor Ninja Xpress yang beralamat di Desa Blang Teungoh Kecamatan Kuala kabupaten setempat
Selera Hilang Secara Tiba Tiba

Selera Hilang Secara Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Hi korang Ini citer breakfst semalam SA leka lagi kat office walau dah sampai awal otak tak leh nak bekerja selalu sebelum sampai opis dah berkira kira nak pergi beli sarapan apa dan kat mana tapi semalam macam kelu blurr ot...
Nelayan Ditemui Lemas Pekerja Ladang Masih Hilang

Nelayan Ditemui Lemas Pekerja Ladang Masih Hilang

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 203 hits
BH ONLINE Antara kawasan dinaiki air di Beluran Foto NSTP BELURAN Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lalu di kawasan berasingan di Paitan kira kira 190 kilometer dari sini ditemukan maut di k...
Bocah 6 Tahun Di Sumba Timur Hilang Diseret Banjir

Bocah 6 Tahun Di Sumba Timur Hilang Diseret Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 276 hits
Laporan yang diterima dari warga bernama Rambu Amy tersebut langsung diteruskan ke Kasi Operasi dan Siaga Setelah dilakukan pengecekan ke Polsek Melolo Kantor Pencarian dan Pertolongan langsung bergerak membantu
Video Gaga Muhammad Mabuk Yang Sempat Hilang Kini Viral Kembali

Video Gaga Muhammad Mabuk Yang Sempat Hilang Kini Viral Kembali

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 294 hits
Video Gaga Muhammad saat mabuk di konten Erika Carlina yang sempat hilang kini muncul kembali
120 Ekor Lembu Hilang Jadi Mangsa Korban Banjir Di Segamat

120 Ekor Lembu Hilang Jadi Mangsa Korban Banjir Di Segamat

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 189 hits
WARTA RAKYAT TIADA kata yang mampu diungkap hanya air mata menjadi saksi kehibaan Tey Teng Swee apabila kandang lembu yang diusahakannya sejak lima tahun lepas hilang sekelip mata ditelan dalam kejadian banjir di Batu 7 Jalan Muar Segamat s...
Antara Sebab Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Sprm

Antara Sebab Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Sprm

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 170 hits
Antara Sebab Rakyat Hilang Kepercayaan Pada SPRM Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki percaya dia tidak melakukan sebarang kesalahan justeru tidak perlu memberikan reaksi terhadap tuduhan yang dikaitkan dengann...
Lelaki Hilang Dalam Hutan Selepas Terkejut Lihat Polis

Lelaki Hilang Dalam Hutan Selepas Terkejut Lihat Polis

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 317 hits
Seramai 44 anggota pasukan mencari lelaki yang dipercayai tersesat di dalam hutan selepas terkejut melihat rondaan polis di Kampung Nelayan Tok Bali Pasir Puteh FOTO IHSAN PEMBACAPasir Puteh Akibat terkejut melihat rondaan polis lelaki dipe...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean