Mencari Jaminan Hak Binatang Terjamin


 
Apabila seseorang manusia melakukan kekejaman terhadap binatang ada undang-undang khusus yang boleh digunakan ke atas mereka. Si pelaku boleh didenda malah dihukum penjara berdasarkan peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015. Akta ini boleh dilihat sebagai perundangan mencegah kezaliman terhadap binatang.
Memukul, menendang, menganiaya, memarahi, menakutkan binatang antara diiktiraf sebagai kezaliman terhadap haiwan. Apa lagi membunuh binatang. Kita maklum manusia (ramai yang tidak mahu istilah ini digunakan untuk golongan ini) yang kejam dan zalim terhadap binatang dikenakan hukuman mengikut akta yang disebut tadi.
Bagaimana pula jika pihak berkuasa bertindak melupuskan binatang? Dalam bahasa kasar ‘membunuh’ binatang. Pihak berkuasa yang dimaksudkan ialah penguat kuasa kerajaan tempatan. Dan biasanya sasaran ialah anjing yang dikategorikan sebagai ‘stray dogs’.
Jika diterjemah ke bahasa Melayu ‘stray dogs’ ialah ‘anjing liar’. Namun ‘anjing liar’ dalam bahasa Inggeris ialah ‘wild dogs’. Sebenarnya ‘stray dogs’ pada hemat saya ialah anjing terbiar, terabai, tidak bertuan, hidup merata-rata, merayau-rayau.
‘Wild dogs’ pula sesuai namanya bersifat liar dan boleh atau pernah menyerang manusia lazimnya tinggal di hutan. Bagi saya ‘stray dogs’ dan ‘wild dogs’ tidak sama. Tetapi tidak dinafikan kadangkala ‘stray dogs’ dilihat sebagai ancaman ke atas manusia. Pendek kata adakala ‘stray dogs’ menyerang manusia.
Ini antara sebab pihak berkuasa kerajaan tempatan bertindak melupuskan ‘stray dogs’ seperti yang diizinkan perundangan. Satu lagi sebab adalah mengatasi masalah bilangan anjing terbiar yang bertambah.
Baru-baru ini diberitakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu menerima aduan awam mengenai video tular yang mendakwa pihak berkuasa tempatan menembak mati seekor anjing bernama Kopi. Jabatan itu dilapor berkata kes sedang disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan.
Apa yang berlaku ke atas Kopi memang menyayat hati. Menurut catatan dan video di media sosial, si Kopi ialah anjing terbiar yang jinak, mesra dan manja dengan manusia juga binatang. Ada video menunjukkan Kopi bermain dengan anak kucing terbiar. Peribahasa seperti anjing dengan kucing tidak boleh digunakan jika mengambil kira kemesraan Kopi dan si anak kucing terbiar.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah dilapor berkata Majlis Daerah Besut melupuskan Kopi mengikut prosedur. Beliau memberi penjelasan panjang lebar dalam memberi ‘justifikasi’ operasi melupus anjing liar. Tidak perlu saya ulang di sini.
Cuma ingin memetik laporan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, ‘pelupusan haiwan liar’ adalah langkah terakhir dan kerajaan tempatan yang gagal mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 patut dikenakan tindakan.
Kata-kata Nga ‘does not sit well with’ S Sashi Kumar presiden Persatuan Furry Future Selangor, badan pelindung kucing dan anjing liar. Beliau bertanya sama ada pelupusan Kopi mematuhi garis panduan yang disebut Nga. “Jika kes tersebut memenuhi spesifikasi garis panduan maka garis panduan itu mesti disemak semula kerana jelas ia tidak berperikemanusiaan,” kata beiau. Saranan yang wajar sekurang-kurangnya dipertimbangkan.
Ada pihak mencadangkan kaedah tangkap, kembiri, vaksin dan lepas atau TNVR dilaksanakan. Ertinya anjing terbiar ditangkap, dikembirikan untuk mengawal pembiakan, diberi suntikan vaksin untuk mengawal penyakit merebak dan dilepaskan semula. Nga menyuarakan kebimbangan akan kaedah itu atas sebab ia belum diiktiraf sebagai mekanisme antarabangsa di samping melibatkan implikasi besar dari segi kos dan sumber manusia.
Saya kira kumpulan yang pro-TNVR berpendapat anjing yang dibebaskan semula setelah dikembiri dan divaksin harus diizin bebas sehingga tiba waktu ia mati dengan sendirinya.
Secara peribadi saya tidak suka anjing terbiar ditembak mati. Tetapi diakui ada masalah timbul. Ini termasuk kemungkinan penyakit yang dibawa dan hakikat bukan semua anjing terbiar jinak dan manja seperti Kopi. Dan tidak dinafikan masalah pembiakan.
Adakah kaedah terbaik ialah menangkap dan menempatkan anjing terbiar di ‘rumah perlindungan’? Milik kerajaan atau swasta. Demi menjamin hak haiwan dijamin atau terjamin. Namun, kita sering dengar keluhan pengendali ‘animal’ atau ‘dog shelter’ yang ‘struggle’ berdepan masalah bertambahnya penghuni rumah. Sekali gus membabitkan kos makanan dan ubat dan sebagainya. Ini boleh menjejaskan anjing yang di bawah penjagaan mereka.
Jadi apa penyelesaiannya? Jujur saya tidak tahu. Mana datangnya anjing terbiar ‘in the first place’? Menurut pencinta anjing, ramai orang gemar dan sayang anak anjing. Mereka pun beli ‘cute puppies’ untuk dijadikan ‘pet’ atau diberi kepada anak sebagai hadiah hari lahir dan sebagainya. ‘Cute puppies’ ibarat barang permainan. Apabila ‘puppies’ semakin membesar minat si pemilik berkurangan hingga sampai tahap jemu. Lalu puppies yang kini menjadi anjing dewasa dilepaskan di jalanan. Dan anjing yang dulunya dibelai dan dimanja ditinggalkan. Terabai.
Manusia akan marah jika anjing terabai menjadi ganas atau kotor lantas membawa penyakit. Padahal pencetus masalah ialah manusia sendiri. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/mencari-jaminan-hak-binatang-terjamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Mengalah Demi Anak Anak Asalkan Anak Gembira Punya Ayah

Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Mengalah Demi Anak Anak Asalkan Anak Gembira Punya Ayah

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 134 hits
Pempengaruh media sosial Cik Epal mendapat hak penuh penjagaan ke atas dua anaknya Han dan Yuki di dalam jagaannya Menerusi Instagramnya Cik Epal berkongsi mengenal hal itu kepada pengikutnya di Instagram malah bersedia mengutamakan anak an...
Pgb Dapat Hak Pembangunan Tanah Seluas 71 52 Ekor Di Iskandar Puteri

Pgb Dapat Hak Pembangunan Tanah Seluas 71 52 Ekor Di Iskandar Puteri

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 114 hits
Paragon Globe Properties Sdn Bhd baru baru ini menandatangani tiga perjanjian hak pembangunan dengan Iskandar City untuk membangunkan 71 52 ekar tanah di Iskandar Puteri Johor Di bawah perjanjian ini Paragon Globe Properties diberikan hak e...
Wan Rosdy Tanah Di Gebeng Yang Dijual Oleh Pasdec Untuk Pajakan 99 Tahun Bukannya Hak Milik Kekal

Wan Rosdy Tanah Di Gebeng Yang Dijual Oleh Pasdec Untuk Pajakan 99 Tahun Bukannya Hak Milik Kekal

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 135 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menjelaskan penjualan tanah perindustrian di Harbour Bay dekat Gebeng kepada sebuah syarikat adalah dengan tempoh pajakan 99 tahun bukannya menjadi hak milik kekal Menteri Besar Datuk Seri Hj Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 99 hits
Terkini pelakon Fattah Amin dikhabarkan bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya Nur Fatima Aisya kepada bekas isteri Nur Fazura Ditemui media peguam mewakili Fattah Puan Syamimi Ab Rahman berkata keputusan itu dibuat setelah kedua ...
Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast Bubblebee Didenda Rm17 500 Gara Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast Bubblebee Didenda Rm17 500 Gara Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 149 hits
Syarikat pengeluar air minuman Bubblebee Sdn Bhd dijatuhi denda berjumlah RM17 500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk kegagalan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Majistret Ameera Mastura
Dedah Salah Laku Suami Semasa Masih Berkahwin Yulhee Fail Tuntutan Hak Penjagaan Anak Nafkah

Dedah Salah Laku Suami Semasa Masih Berkahwin Yulhee Fail Tuntutan Hak Penjagaan Anak Nafkah

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 120 hits
Yulhee khabarnya telah memfailkan tuduhan undang undang terhadap bekas suaminya Choi Min hwan bagi mendapatkan hak penjagaan anak anak mereka dan pembahagian aset yang lebih adil Artikel Berkaitan Media tempatan melaporkan bahawa idola wani...
Hiburan Nonny Nadirah Berang Ada Pihak Curi Tiga Lagu Ciptaannya Itu Hak Saya

Hiburan Nonny Nadirah Berang Ada Pihak Curi Tiga Lagu Ciptaannya Itu Hak Saya

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 131 hits
Pelakon dan penyanyi menerusi satu hantaran di Instagram tampil meluahkan rasa kesal apabila ada pihak didakwa telah mencuri tiga lagu hasil karyanya sendiri Dia yang dirakam sedang berkemban itu dilihat turut menyanyikan salah satu lagu ci...
Sukan 4x4 Bagi Orang Sombong Dan Angkuh Yang Tidak Memperdulikan Hak Dan Keselesaan Pihak Lain

Sukan 4x4 Bagi Orang Sombong Dan Angkuh Yang Tidak Memperdulikan Hak Dan Keselesaan Pihak Lain

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 248 hits
Masyarakat Orang Asli desak sukan 4x4 dihentikan pada musim tengkujuhPaya Linda Yahyabhnews bh com myKeadaan jalan menuju ke Pos Bihai yang rosak teruk Foto NSTP Paya Linda YahyaGUA MUSANG Penduduk Orang Asli yang tinggal di pos pedalaman d...
Rentasan 1653 Panas Ini Sebabnya Pmx Enggan Beri Jaminan Perlindunga

Rentasan 1653 Panas Ini Sebabnya Pmx Enggan Beri Jaminan Perlindunga

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 132 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1653 1 TANDA PENGHORMATAN TERTINGGI PMX DIANUGERAH PINGAT EL SOL DEL PERU 2 ASEAN 2025 MALAYSIA AKAN PIMPIN ASEAN SEBAGAI PASARAN TUNGGAL 3 PEMBERI MAKLUMAT PERLU LALUI SPRM TERLEBIH DAHULU
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Resepi Kaswi Pandan

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad