Mencari Faktor X
Selalunya kita tidak perasan atau mengetahui apakah faktor X yang ada pada kita. Apakah faktor X? Faktor X adalah nilai yang paling menonjol dalam diri anda. Kelebihan, bakat dan kepakaran yang ada pada anda, juga kelainan diri anda yang lain dengan orang lain. Ia juga boleh terbentuk dengan cara yang tersendiri serta unik berbanding dengan orang lain. Faktor X boleh membentuk jenama bagi diri sendiri. Orang lain mudah untuk mengenali dan mengingati ciri-ciri yang ada pada diri anda. Faktor X boleh menentukan kejayaan kita dalam satu-satu bidang
Kenapa seseorang itu dibayar mahal berbanding orang lain? Ia adalah kerana faktor X yang terdapat pada diri seseorang itu. Kenapa seseorang pengurus itu dibayar lebih berbanding staff biasa? Kerana dia seorang penguruslah.. Ye la, tapi kenapa dia boleh jadi pengurus? Adakah kerana pendidikannya? Adakah kerana pengalamannya atau adakah kerana dia tu anak saudara bos? Jika kerana dia tu semata-mata anak sedara bos, sebenarnya bos sengaja memberi peluang dan pejam sebelah mata untuk kejayaan bisnesnya kerana mahukan hubungan kekeluargaan itu baik dan wang tercurah untuk keluarga sendiri
Jom kita melihat lagi contoh. Mengapa seorang pemain bolasepak boleh dibayar gaji lebih besar berbanding jurulatih? Mengapa hotel boleh menjual air mineral lebih mahal dari kedai biasa? Mengapa ada warung jual goreng pisang yang begitu laris berbanding pesaingnya yang lain? Apakah keunikan dari anda atau bisnes anda yang mampu membuat pelanggan membeli dan datang lagi membeli dengan anda?
Faktor X semestinya sesuatu yang positif dan baik. Di bawah ini saya sediakan contoh antara faktor X yang mungkin ada pada anda tetapi tidak pada orang lain. Mungkin salah satu di bawah ada pada anda. Ia semestinya konsisten dan itu memang sifat semula jadi anda. Jadi, tanya diri anda adakah anda seorang yang.
Sentiasa bersemangat
Bekerja keras dan gigih
Konsisten dalam setiap kerja yang telah direncanakan.
Tidak kenal erti jemu
Pantang mengalah dan menyerah.
Berusaha melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Melakukan sesuatu hingga menjadi kenyataan.
Bijak menonjolkan diri di mana anda berada.
Mengeksploitasi setiap peluang yang ada.
Kreatif atau inovatif dalam setiap kerja.
Menyiapkan sesuatu kerja dengan pantas melebihi dari sasaran yang ditetapkan.
Menukarkan dari sesuatu yang tidak berguna menjadi bernilai atau boleh dipakai.
Menjalankan kerja dengan teratur dan bersistem.
Bijak menyusun rencana dan merancang masa dengan baik setiap kali.
Bercakap dengan fakta yang benar dan logik
Nasihat anda orang lain boleh dengar dan ikut.
Mahir dan kreatif dalam berfikir dan memberikan idea.
Dan banyak lagi..
Faktor X ini perlu dikombinasikan dengan sesuatu yang anda minat, pakar atau berbakat untuk menghasilkan kejayaan anda kelak. Ok, adakah anda sudah tahu apakah faktor X anda? Jadi kita perlu menjadikan faktor X itu satu kelebihan yang akan membuahkan hasil yang lumayan buat diri kita. Apabila digabungkan antara kepakaran dan Faktor X, ia akan membentuk jenama dan faktor X yang lengkap buat diri anda. Jadi anda juga akan sentiasa diingati dengan faktor X tersebut.
Adios...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2011/08/mencari-faktor-x.html