Mencari Ceruk Yang Sesuai Untuk Anda Berikan Tumpuan Dalam Kehidupan




Habis dah tahun 2021. Pantas ..
Apa yang anda dapat belajar sepanjang tahun 2021 yang lalu. Masa yang agak banyak duduk di rumah sejak 2020, tentu banyak digunakan untuk berfikir.
Cuba kenali kehidupan. Cuba kenali diri sendiri. Paling penting cuba mencari ceruk.
Kat ceruk mana yang sesuai untuk anda duduk?
Untuk orang utara, perkataan ‘ceruk’ tentu dah biasa dengar dan pakai. Tak pasti pulak samada perkataan itu jadi kebiasaan dipakai oleh selain dari orang utara.
Dalam kamus, ceruk di beri makna seperti berikut:

[ce.ru/] | چروق
1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur;
2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung;
3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll);
4. teluk yg kecil;
5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-­mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk

Saya pakai perkataan itu untuk ganti perkataan ‘niche’.
Saya yakin anda biasa dengar dan pakai perkataan niche ni.
Jika sebut bisnes yang ada ‘niche market’, ia memberikan gambaran yang bisnes itu memberikan tumpuan pada sebahagian kecil pasaran sahaja.
Pasaran yang niche, adalah spesifik untuk pelanggan dari demografik yang ditakrif secara jelas dan tersendiri. Tak layan pasaran besar atau umum.
Sebagai contoh. 
Seorang Business Coach yang usahakan khidmat coaching, atau bimbingan usahawan hanya kepada usahawan kecil dalam bidang automotif selepas jualan. Itulah niche pasaran yang dia pilih.
Kita pakai perkataan ceruk sahaja untuk artikel ni. Mudah sikit. Saya jumpa ceruk digunakan untuk ganti perkataan niche dalam kamus dewan. Bagus juga kalau kita cuba selesakan penggunaannya.
Mencari ceruk yang sesuaiDalam dunia yang sangat luas. Diberikan pula kekangan yang sangat besar dan banyak, mencari ceruk adalah cara yang lebih pantas untuk berjaya.
Dalam perniagaan misalnya. Anda ada dua pilihan. 
Samada nak layan semua jenis perniagaan atau nak layan satu jenis perniagaan atau industri saja.
Bagi organisasi yang sangat besar, ada banyak sumber dalam segenap segi, memilih pasaran yang umum adalah mudah buat mereka.
Tapi bagi anda yang punya serba kekurangan dari segi sumber, melayan pasaran umum adalah satu usaha yang sangat mencabar.
Kalau nak mudah berjaya, elok pilih dulu pasaran ceruk dan berikan tumpuan untuk membesar dengan mengoptimumkan segala sumber terhad yang ada. 
Memilih ceruk adalah satu cara untuk fokus dalam bisnes yang terbaik.
Saya kongsikan di bawah macam mana nak pilih ceruk yang sesuai untuk anda.
Cara mencari cerukKatakan anda ada masalah untuk buat pilihan bidang yang mahu diberikan tumpuan. Ada banyak bidang yang berbeza dan kesemuanya anda rasa macam best saja.
Nak pilih bidang mana satu?
Cara terbaik adalah dengan mencari bidang yang membuatkan anda seronok dan suka melakukannya.
Penting juga untuk melihat pengalaman dan kemahiran yang anda ada dalam mencari ceruk yang sesuai.
Kalau duduk fikir saja dalam kepada, memang tak mudah nak kenal pasti apa bidang yang membuatkan anda rasa selesa dan gembira.
Jadi dia sarankan supaya anda imbau balik kisah hidup anda dari kecil sampai besar dan lihat apa yang berlaku dan perkembangannya. Mungkin dari situ anda akan dapat gambaran tentang siapa diri anda dan apa pengalaman yang dah anda tempuhi.
Imbau kisah hidup sayaOleh sebab cadangan itu sangat menarik, maka saya teringin juga nak buat aktivit mengimbau kisah hidup saya sendiri.
Dari mengimbau secara menulis atas kertas dan membuat nota pada setiap perjalanan, elok juga saya tulis saja menjadi satu artikel.
Jadi saya mulakan di artikel ini untuk aktiviti menimbau kisah silam.
Sambilmembaca artikel ini, anda juga akan dapat idea untuk melakukan perkara yang sama.
Kisah zaman kanak-kanakCerita tentang zaman kanak-kanak terlalu banyak yang saya tak ingat berbanding yang saya ingat.
Jika saya ingat, tentu ianya memberikan impak besar terhadap cara saya berfikir. Jadi tak perlu nak korek semua kejadian dalam hidup anda ketika zaman kanak-kanak. Cukuplah senaraikan kisah yang anda ingat sahaja.
Sebelum masuk belajar di sekolah, orang kampung macam saya akan dihantar terlebih dahulu pergi mengaji di masjid. Saya belajar mengaji Quran di Masjid Kubang Semang lama. Tok Imam kampung saya yang jadi guru mengaji. Kami panggil Pak Ndak Mud.
Apa yang saya ingat, pergi mengaji adalah satu aktiviti yang saya sangat tak suka. Keupayaan saya untuk kenal dan hafal setiap huruf jawi sangat lemah. Apatah lagi nak belajar membaca kesemua huruf arab tersebut dan seterusnya mampu membaca mukadam dan Al-Quran.
Apa yang saya buat masa tu adalah ikut saja apa yang disuruh sebut oleh guru mengaji. Zaman tu, untuk mudahkan proses belajar, Tok Guru akan suruh anak muridnya yang lebih pandai untuk ajar anak murid yang baru masuk.
Jadi saya belajar mengeja dari abang-abang yang lebih besar saja. Sedar tak sedar, habis belajar mengeja satu persatu dalam mukadam tu dan mula masuk ke bacaan ayat-ayat dari surah lazim.
Bermula dari surah Al-Ikhlas, kemudian 3 surah Kul dan begitulah seterusnya.
Yang saya ingat, memang saya tak tahu mengeja lansung. Jadi apa yang saya buat adalah cuba menghafal saja. Bila disuruh baca, saya ambil lidi dan tunjuk serta baca bacaannya.
Begitulah satu persatu surah saya baca secara hafal sedangkan saya tak tahu mengeja.
Makin lama makin susah sebab, ayat makin lama makin panjang. Sehinggalah satu hari kebodohan saya untuk tidak mengenal huruf terbongkar. Dan saya terpaksa mula balik dari bawah!
Apa yang saya belajar dari kisah ini adalah keupayaan untuk saya memahami sesuatu pelajaran baru adalah lebih perlahan berbanding orang lain. tapi saya sentiasa cuba cari jalan untuk lepaskan diri.
Cuma cara atau jalan yang saya ambil itu adalah jalan yang sukar yang akhirnya terbongkar juga.
Semua pengalaman itu membuatkan saya tak suka pergi belajar mengaji. Terlebih lagi jika ada guru yang garang dan harapkan kegarangan dapat selesaikan orang yang degil macam saya.
Ertinya saya tak suka berhadapan dengan orang yang mahu kenakan cara yang terbukti berkesan untuk dirinya sendiri tapi tidak semestinya berkesan untuk saya.
Mungkin sebab itu saya peka dengan melihat orang lain yang saya mahu belajar terlebih dahulu dan tengok samada dia fleksibel atau tidak. Orang yang rigid keras dan tak boleh bertolak ansur memang saya akan jauhkan diri dan tak hingin berurusan.
Buat kisah anda sendiriSekadar contoh kisah hidup yang saya imbas semula kat atas dah dapat satu idea akan sikap dan cara saya berfikir dan belajar dalam kehidupan.
Jika saya imbau peringkat demi peringkat sampai ke tahap saya masuk universiti dan masuk dunia pekerjaan, tentu akan lebih banyak lagi yang saya dapat kenali tentang diri saya sendiri.
Jadi, cubalah anda buat sendiri imbauan kisah hidup anda pula dan kenali diri sendiri.
Seterusnya anda akan dapat cari apakah ceruk yang sesuai untuk anda berikan tumpuan dalam hidup samada pekerjaan atau perniagaan.
Selamat menyambut tahun baru 2022 dan selamat mengenali diri dan mencari ceruk yang sesuai untuk diri anda sendiri ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/12/mencari-ceruk-mana-yang-sesuai-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Like Mother Like Daughter Foto Emma Maembong Bersama Ibunya Cvri Tumpuan Ramai

Like Mother Like Daughter Foto Emma Maembong Bersama Ibunya Cvri Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 343 hits
Emma Maembong ataupun nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail merupakan artis yang dikenali ramai di Malaysia Bagi yang tidak mengetahui Emma Maembong mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland memang tak dapat dinafikan kecantikannya ...
Tengah Interview Pasal Banjir Wajah Gadis Pekat Loghat Kelate Jadi Tumpuan

Tengah Interview Pasal Banjir Wajah Gadis Pekat Loghat Kelate Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 405 hits
Seperti tahun2 yang sebelum ini pun memang setiap tahun negeri pantai timur iaitu kelantan lazimnya selalu mengalami musim banjir Walaupun setiap tahun banjir dilaporkan di kawasan2 yang selalu ditenggelami air tahun ini merupakan tahun sul...
Perbuatan Tebang Hutan Sehingga Binasakan Kehidupan Rakyat Jenayah Dunia Dan Akhirat

Perbuatan Tebang Hutan Sehingga Binasakan Kehidupan Rakyat Jenayah Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 215 hits
KANGAR Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat adalah jenayah dunia dan akhirat Beliau berkata perbuatan itu dilaknat Allah SWT dan terdapat hadis Rasulullah S...
Wang Kertas Malaya 1 000 Jadi Tumpuan Acara Lelongan

Wang Kertas Malaya 1 000 Jadi Tumpuan Acara Lelongan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 291 hits
Wang kertas 1 000 yang bakal menjadi tarikan ketika lelongan numismatik hujung minggu ini KUALA LUMPUR Sekeping wang kertas khas Malaya 1 000 dari 1959 yang tidak pernah dikeluarkan akan menjadi tarikan pada acara lelongan numismatik yang b...
Menko Airlangga Berikan Pembekalan Kepada 31 Taruna Akmil

Menko Airlangga Berikan Pembekalan Kepada 31 Taruna Akmil

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 220 hits
Menko Airlangga Berikan Pembekalan kepada 31 Taruna Akmil Menko menyampaikan TNI Polri memiliki peran luar biasa dalam penanggulangan Covid 19 Dalam kesempatan itu Airlangga juga membeberkan berbagai langkah untuk memulihkan perekonomian In...
Lirik Ku Berikan Bahuku Bona

Lirik Ku Berikan Bahuku Bona

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 167 hits
aku akan menunggu sampai akhiruntuk ku bisa bahagia denganmuteguhnya hatiku mencintaimuhingga darah ini membekuaku memang tak banyak butuh waktuuntuk bisa mencintai dirimujika kau menyuruh melupakanmutak cukup umur kulakukan ituku berikan b...
Mini Tsunami Dan Kehidupan Yang Semakin Sukar

Mini Tsunami Dan Kehidupan Yang Semakin Sukar

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 169 hits
F Gambar hiasan Covid 19 belum reda ditambah dengan kejutan varian baru kita merasa masih tidak selamat sama ada untuk terkinja kinja di pantai atau bersantai dalam mall mall di pusat bandar Sedang kerisauan ini melanda jiwa kita dikejutkan...
Bagaimana Saya Berjaya Meringkaskan Kehidupan Bila Buat Keputusan Untuk Berniaga

Bagaimana Saya Berjaya Meringkaskan Kehidupan Bila Buat Keputusan Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 320 hits
Idea untuk meringkaskan kehidupan hanya muncul setelah saya buat keputusan untuk berniaga Sebelum itu ketika rancak makan gaji tak pernah terlintaspun nak hidup secara ringkas Yang ada hanya satu kehidupan yang penuh serabut Serabut sebab t...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy