Bagaimana Saya Berjaya Meringkaskan Kehidupan Bila Buat Keputusan Untuk Berniaga




Idea untuk meringkaskan kehidupan hanya muncul setelah saya buat keputusan untuk berniaga.
Sebelum itu, ketika rancak makan gaji, tak pernah terlintaspun nak hidup secara ringkas.
Yang ada hanya satu kehidupan yang penuh serabut.
Serabut sebab tak tahu bezakan antara yang perlu dengan yang tak perlu. Hanya tahu nak perabis duit saja setiap kali cukup bulan gaji masuk dalam akaun bank.
Boleh pula terlajak berbelanja dahulu sebelum gaji masuk. 
Itu dapat dilakukan dengan mudah bila sebuah bank datang buat promosi berikan kad kredit kepada semua pekerja di tempat saya kerja dulu.
Waaa! punyalah seronok masa tu. 
Belanja saja dulu. Nanti gaji masuk baru bayar. Kalau tak mau bayar kesemua sekali gus, boleh bayar sikit-sikit. Bila dah terlampau banyak, boleh pula pindahkan jadi pinjaman tetap bayar secara bulanan dengan jumlah yang tetap.
Akhirnya saya termasuk dalam golongan orang yang terperangkap dengan hutang kad kredit. Rasa berserabut Tuhan saja yang tahu. Maca tak mampu nak keluar dari belitan kewangan itu selagi kerja makan gaji.
Akhirnya saya buat keputusan untuk letak jawatan dan berniaga. Tanpa pertimbangkan sama hutang kad kredit masih belum selesai atau tidak, saya nekad saja.
Mula ringkaskan hidupBila dah buat keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga, satu perkara yang saya mula nampak adalah, tak boleh sesekali nak bandingkan apa yang saya pernah dapat ketika makan gaji dengan apa yang saya mampu dapat ketika berniaga.
Cara berfikir masa tu, nasib baik berubah 360 darjah.
Kalau saya tak buat macam itu, memang tak akan jadi nak berhenti kerja. Saya perlu terima hakikat tak akan ada lagi kelebihan gaji masuk setiap bulan macam ketika kerja makan gaji.
Entah ada entah tak ada. Tarikhnya pula belum tentu tetap. Mungkin hujung bulan, mungkin tengah dan mungkin awal .. entah lah.
Bila dapat bayangkan perkara tersebut saya mula sedar bahawa kesemuanya sudah sama keadaannya.
Berdasarkan pengalaman yang dah saya lalui, saya boleh berikan panduan bahawa, kalau betul-betul nak berniaga, rancang kehidupan anda dari kosong semula.
Sejarah pemilikan yang lalu, kehebatan yang lalu, harta kebendaan yang pernah ada seketika dulu, semuanya masukkan saja dalam frame kenagan dan gantung kat dinding.
Itulah yang saya buat bila dah nekad nak berniaga.
Kenal pasti kedudukanDari gaji melebihi RM5 ribu sebulan, akan berubah secara drastik menjadi hanya RM1,500 sahaja sebulan!
Itulah yang berlaku bila letak jawatan untuk mulakan perniagaan sendiri.
Kalau anda berada dalam situasi macam tu, agaknya nak buat macam mana?
Adakah anda masih nak teruskan niat berhenti kerja juga sedangkan tak ada apa-apa masalah lansung dalam kerjaya makan gaji anda tu?
Jika hanya fikirkan perihal gaji yang sudah pasti akan banyak berkurangan, sudah tentu tak akan ada orang yang akan buat keputusan berhenti kerja.
Tapi hakikatnya, gaji atau duit, hanyalah salah satu sahaja dari perkara penting dalam kehidupan.
Ada banyak lagi perkara penting.
Antaranya adalah seperti kebebasan menentukan hala tuju hidup.
Bebas buat pilihan menggunakan masa yang ada. 
Bebas untuk tentukan siapa yang akan anda ikut dan tak nak ikut. 
Dan juga bebas dengan gaya hidup pilihan anda.
Duit boleh saja diusahakan untuk tambah naik dari masa ke masa. Tapi kebebasan akan kekal selagi anda kekal jadi boss kepada diri anda sendiri.
Alasan itulah yang buatkan saya nekad untuk berhenti kerja dan berniaga juga.
Untuk sesuaikan diri, perkara pertama saya buat adalah senaraikan apa yang perlu dilepaskan untuk boleh hidup dengan keadaan gaji sebanyak itu.
Komitmen hutang untuk pakai kereta Honda Civic dah tentu jadi benda paling atas yang wajib saya padam. Jumlah carumannya saja dah lebih kurang RM1,500. Harga tu sama dengan duit gaji yang mampu saya dapat bila berniaga.
Rumah sewa juga perlu cari yang lain, yang jauh lebih rendah.
Bab keselesaan tak masuk dalam senarai. Saya akan jalani satu kehidupan baru. Kehidupan berniaga dan bukan lagi kehidupan makan gaji.
Apa orang kata nanti?
Itu juga soalan yang memang akan muncul dalam benak fikiran. Biarkan saja ia muncul. Saya tak mau layan.
Saya yang nak hidup dan berusaha cari makan. Bukan orang yang nak kritik dan kata kat saya itu dan ini yang akan ada ramai macam tu. Jadi tak payah nak layan semua lintasan tersebut.
Buat tindakan dengan pantasBila dah buat keputusan, tak payah nak tangguh lagi. Terus lepaskan semua yang perlu dan hidup dengan apa yang ada.
Itulah yang anda wajib dibuat sebaik saja keputusan dah di ambil.
Tapi keperluan terhadap kereta masih ada. Saya perlu cari sebuah kenderaan juga untuk berniaga. 
Perlu cari yang jauh lebih murah bayaran ansurannya setiap bulan.
Saya mula meronda melihat-lihat kereta second-hand sekitar Glenmarie Shah Alam, di mana pejabat syarikat saya berada. Ada banyak syarikat kereta terpakai di sekitar kawasan tersebut masa tu.
Satu pagi, ketika lalu di sebuah syarikat menjual kereta terpakai tak jauh dari pejabat, saya ternampak sebuah kereta Kelisa Merah jenis Limited Edition.
Semalam ketika lalu kat situ, kereta tu tak ada lagi. Tentu pemiliknya baru tolak kereta tu.
Saya tak fikit panjang lagi. Terus berhenti dan masuk ke kawasan kereta terpakai tu dan mula melihat keadaan Kelisa tersebut. Saya orang pertama yang sampai ke situ. Kedai tupun baru saja dibuka pagi tu.
Tak lama setelah saya mengendap-ngendap melihat Kelisa tu, datang seorang Cina muda melayan saya.
“Ini kereta baru masuk petang semalam” terang Cina muda itu.
“Ya!’ saya perasan semalam pagi saya lalu masih belum ada kereta ini”, saya jawab.
Cina muda itu mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjinnya. Saya buka dan melihat keadaan dalaman kereta itu. Memang sangat elok lagi keadaannya. Kerusi kulitnya masih baik. Bau kereta itu juga masih segar.
Saya terus buat keputusan nak beli dan mula bincang dengan Cina muda tersebut.
Harganya ok. Bayaran ansuran bulanannya juga sangat murah, RM300 lebih saja. Saya terus setuju.
Kami masuk dalam office dan Cina itu minta saya berikan deposit sebagai tanda jadi jika saya benar-benar berminat nak beli.
Masa tu saya mana ada duit. Duit adalah benda rare yang jarang ada dalam poket saya.
Saya buka dompet. Yang ada hanyalah RM10 sahaja!
Saya ambil RM10 tu letakkan atas meja.
“Nah!, ini depositnya!”, saya hulurkan duit itu pada Cina muda itu.
“Ha ha ha .. !, you main-main ka?” tegur Cina muda itu tak percaya. Dia ingat saya hanya bergurau. Nak buat lawak pagi-pagi.
“Itu saja yang saya ada sekarang. Tapi saya serius mahu beli itu kereta. Kalau you setuju, ambil. Kalau tak setuju, saya balik”, saya jawab serius.
Cina itu terhenti dari ketawa. Air mukanya berubah menjadi kelat.
Tak lama kemudian dia mula tenang kembali. Bila dia nampak saya serius merenung mukanya sambil menghulurkan duit RM10 tu.
Dia ambil. Itu pertama kali dalam sejarah dia berniaga jual kereta terpakai dimana dia terima deposit RM10 sahaja dari pelanggan.
Oleh sebab saya pelanggan pertamanya hari itu di pagi hari pulak, maka dia terima RM10 tu sebagai deposit.
Dia sediakan semua dokumen yang diperlukan.
Saya balik ke pejabat dan sediakan semua dokumen yang dipinta. Dan semua permohonan loan diluluskan. Akhirnya Kereta Perodua Kelisa Merah itu menjadi milik bersama antara saya dan pihak Bank.
Pengajaran dari ceritaRancang gaya hidup anda semula dari zero bila nak ubah haluan dari kerja makan gaji kepada berniaga. Kenangan dan kemewahan lalu masukkan dalam frame dan gantung kat dinding sebagai hiasan saja.Ukur keupayaan diri dan hidup berdasarkan apa yang ada saja. Abaikan apa kata orang kecuali jika mereka bersedia nak bagi duit pada anda. kalau tak, tak payah nak dengar.Tak payah nak ikut logik sangat bila berusaha mendapatkan apa yang anda mahukan. Buat saja. Tak cuba tak tahu.Berlatih untuk buat keputusan dan laksanakan keputusan dengan pantas tanpa tangguh-tangguh. Kalau keputusan tu baik, baguslah. Kalau buruk, anda tahu awal dan boleh segera ubah buat pembaikan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/12/bagaimana-saya-berjaya-meringkaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 176 hits
MALAYSIA NOW Jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti perkara itu akan menyerahkan dapatannya kepada menteri undang undang yang akan membentangnya kepada Kabinet sebelum keputusan dimuktamadkan Seorang aktivid memegang sepanduk dalam sebua...
Keputusan Upkk Atau Ujian Mpkafa 2021

Keputusan Upkk Atau Ujian Mpkafa 2021

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 316 hits
Selepas seharian me reload berjaya juga akhirnya memuat turun keputusan UPKK anak Mama Yan Stress tau bila tengok semua kawan kawan dah up status di FB IG dan whatsapp keputusan UPKK anak masing masing Takdela letak harapan tinggi sangat un...
Gantung Parlimen Anwar Empat Wakil Rakyat Mohon Kebenaran Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

Gantung Parlimen Anwar Empat Wakil Rakyat Mohon Kebenaran Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 168 hits
BernamaAnwar memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Januari lalu menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua Gambar fail KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan...
Keputusan Upkk 2021 Si Kembar

Keputusan Upkk 2021 Si Kembar

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 255 hits
Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT atas kejayaan buat si kembar mama Semalam keputusan kuar Tepat pukul 11 pagi Cha Chu da siap sms dah Tapi tak reply pun Pastu cuba pulak buka laman web pun error manjang Konpem ni memang JEM Ye la memasin...
Keputusan Seorang Akibatnya Ramai Yang Tanggung

Keputusan Seorang Akibatnya Ramai Yang Tanggung

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 193 hits
KEPUTUSAN SEORANG AKIBATNYA RAMAI YANG TANGGUNG Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Sendiri sendiri Haluan masing masing Ikut citarasa dan cara aku aku kau kau Senyap senyap je Betul Tapi Jangan perna...
Alhamdulillah Keputusan Upkk Alisha

Alhamdulillah Keputusan Upkk Alisha

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 424 hits
Alhamdulillah Syukur sangat Jujur cakap terkejut juga dengan keputusan dia Terkejut sebab belajarnya pun last minute Abah dia lagi lah lega Siap cakap abah belajar dulu memang tak merasa A banyak banyak macam ni Hari periksa boleh ulangkaji...
Anugerah Juara Lagu 36 Senarai Lagu Keputusan Anugerah Juara Lagu 36

Anugerah Juara Lagu 36 Senarai Lagu Keputusan Anugerah Juara Lagu 36

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 207 hits
Anugerah Juara Lagu 35 Senarai Lagu Keputusan Anugerah Juara Lagu 35 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 1 Januari lalu dan telah mengumumkan dua belas buah lagu yang layak ...
Kehidupan Rakyat Amat Daif Hairan Kenapa Gps Masih Diterima

Kehidupan Rakyat Amat Daif Hairan Kenapa Gps Masih Diterima

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 189 hits
Kedaifan hidup sebahagian rakyat Sarawak mendapat perhatian Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan selama tiga penggal itu sukar memikirkan logik Gabungan Parti Sarawak masih diterima rakyat selepas ...
Badminton Terbuka India 2022 Jadual Keputusan

Badminton Terbuka India 2022 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 553 hits
Kejohanan Badminton Terbuka India 2022 akan bermula dari 11 hingga 16 Januari ini BWF TERBUKA INDIA 2022Tarikh 11 16 Januari 2022Kategori BWF World Tour Super 500Venue New Delhi IndiaPemain MalaysiaPerseorangan Lelaki Ng Tze Yon Cheam June ...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat