Menarik Majoriti Penduduk Malaysia Punyai Darah Kumpulan O



Gambar Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) merekodkan 180,651 penderma darah pada tahun lepas berbanding 180,052 penderma pada tahun 2016 , kata pengarahnya, Dr. Noryati Abu Amin.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 82,619 adalah penderma baharu pada tahun lepas berbanding 76,213 penderma baharu tahun sebelumnya yang menunjukkan peningkatan positif bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

“Di Malaysia, majoriti penduduk kita mempunyai darah dari jenis kumpulan O, diikuti A dan B dan paling sedikit ialah darah jenis AB.

“Ada dua jenis pendermaan darah yang dijalankan di PDN, satunya adalah pendermaan komponen penuh darah atau ‘whole blood‘ iaitu setiap tiga bulan sekali, manakala satu lagi jenis pendermaan ialah ‘aferesis‘ iaitu secara sistem temu janji,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pendermaan aferesis adalah pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet atau pun kedua-duanya sekali, di mana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Dr. Noryati berkata permintaan darah dari hospital di seluruh negara secara puratanya memerlukan sekitar 2,000 unit beg sehari dan permintaan darah bagi hospital di Lembah Klang pula adalah kira-kira 500 unit beg sehari.

Bagaimanapun, katanya, bekalan darah akan menurun dari paras selamat iaitu di bawah 3,000 unit beg darah sehari di seluruh negara menjelang musim perayaan dan cuti sekolah.

“PDN sentiasa memastikan stok bekalan darah sentiasa mencukupi pada setiap musim perayaan dengan mempertingkatkan kempen derma darah di lokasi sesuai seperti di kompleks membeli belah dan masjid-masjid.

“Selain itu, PDN juga akan akan terus bekerjasama dengan penganjur kempen darah antaranya ialah Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), badan bukan kerajaan, Prasarana Malaysia Berhad dan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd.,” katanya.

Beliau berkata permintaan untuk penggunaan darah mengalami peningkatan berikutan pertambahan bilangan pesakit, perkembangan teknologi perubatan dan perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh hospital-hospital di seluruh negara.



Sehubungan itu, orang ramai diminta menderma darah sama ada di PDN di Jalan Tun Razak di sini atau di mana-mana hospital kerajaan di seluruh negara demi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi pada setiap masa, katanya. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://newdwest.blogspot.com/2018/06/menarikmajoriti-penduduk-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intipati Menarik Belanjawan 2022 Keluarga Malaysia

Intipati Menarik Belanjawan 2022 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 544 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Belanjawan 2022 Keluarga Malaysia Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama...
Jumlah Penduduk Malaysia Baru 32 Juta Ramai Pelik Mcm Mana Janna Nick Dapat 86 Juta Undian

Jumlah Penduduk Malaysia Baru 32 Juta Ramai Pelik Mcm Mana Janna Nick Dapat 86 Juta Undian

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 338 hits
Dengan 86 374 777 undi trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 34 milik artis serba boleh Janna Nick Terdahulu pelakon pengacara penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popu...
Apakah Melaka Bakal Punyai Ketua Menteri Wanita Pertama Di Malaysia

Apakah Melaka Bakal Punyai Ketua Menteri Wanita Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 386 hits
Suasana sebuah rumah kampung di tepi sebatang jalan itu kebiasaannya tenang sahaja Namun bersempena Pilihan Raya Negeri Melaka ini bendera berwarna biru gelap Perikatan Nasional terpacak di pagar rumah itu Rumah itu dijadikan bilik gerakan ...
Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 247 hits
Bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas merekaAnlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis SeduniaDalam tinjauan terbaru yang dijalankan di...
Malaysia Reiterates Commitment To Eradicate Covid 19 With Asean Partners

Malaysia Reiterates Commitment To Eradicate Covid 19 With Asean Partners

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 295 hits
Malaysia reiterated its commitment to work closely with Asean countries in combating Covid 19 from the point the virus was first detected until the emergence of a new variant at present Foreign Minister Saifuddin Abdullah said Asean health ...
Sabah To Set Up Body To Develop New Malaysia Indonesia Border Town

Sabah To Set Up Body To Develop New Malaysia Indonesia Border Town

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 351 hits
Chief minister Hajiji Noor at the briefing on the Serudong border town at Menara Kinabalu in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU Sabah is planning to establish a regional development authority to manage the new border township at Serudong in ...
The Long Awaited Huawei Nova 9 Launches In Malaysia Priced At Rm1 999

The Long Awaited Huawei Nova 9 Launches In Malaysia Priced At Rm1 999

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 342 hits
Pre order the HUAWEI nova 9 from NOW till 19 November and receive free gifts worth up to RM829 Join the TikTok Challenge and stand a chance to win yourself a HUAWEI Band 6 from now till 18 November With much anticipation for the new flagshi...
Serba Dinamik Takes Legal Action Against Bursa Malaysia

Serba Dinamik Takes Legal Action Against Bursa Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 257 hits
Serba Dinamik Holdings Bhd filed an originating summons at the Kuala Lumpur High Court against Bursa Malaysia on Nov 3 in which it said the stock exchange regulator acted in excess of power with regard to directives given to the company con...
Calon Bn Dun Kesidang Ada Faktor Wow Tak Faham Bahasa Malaysia

Calon Bn Dun Kesidang Ada Faktor Wow Tak Faham Bahasa Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 221 hits
AGENDA DAILY Calon BN DUN Kesideng Leong Hui Ying dikatakan tidak faham soalan diajukan dalam bahasa Malaysia Seperti dinyatakan Barisan Nasional dan UMNO beberapa calon yang ditampilkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini mempunyai fa...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan